Halaman

04 Oktober 2010

Biar betoll..

Farisha dulu aku bagi susu Similic nie ler..selama setahun..Kakak x macam adik..aku bagi campur..not fully BF..reganya..mak aii...leh kopak gak ler..sbb sebulan sekurang2nya 4 tin abih..bermakna seminggu 1 tin..Bersyukur ler adik aku bagi sepenuhnya susu badan..x yah nak pikir2 tercemar atau mahall...hiiiii



ini aku upkan apa masalah susu nih..
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut membaca laporan Reuters bahawa susu rumusan bayi Similac yang dikeluarkan oleh Abbott Laboratories Inc, telah menarik balik berjuta tin susu rumusan bayi yang dipercayai tercemar dengan kumbang di Amerika Syarikat.

Susu rumusan bayi Similac juga turut dijual di Malaysia.Keputusan secara sukarela untuk menarik balik produk itu dibuat apabila dua laporan pengguna dibuat berhubung pencemaran itu.Pihak pengeluar juga secara sukarela menarik balik susu rumusan bayi itu di Guam, Puerto Rico dan pasaran Caribbean.

Hingga kini, pihak syarikat dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia tidak membuat sebarang langkah untuk menarik balik produk itu daripada pasaran Malaysia. Dalam kes seperti ini langkah berhati-hati perlu diutamakan.

Demi untuk kepentingan keselamatan pengguna, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menangani perkara itu dan mengambil tindakan menarik balik dengan segera terhadap produk itu sehingga keselamatannya boleh dipastikan.

CAP juga menasihatkan ibu-ibu supaya menyusui bayi mereka dengan susu ibu kerana “susu ibu adalah yang terbaik”.
*kredit pada blog Abdullah syakir dan hajar..

07 n 10

Actually nombor tu adalah tahun 2007 dan 2010..selang 3 tahun jer..ku nak tempak pic raya tahun 2007..masa nie guna kamera manual..ku belek2 album so aku nampak ada pic nih..so..aku upkan di sini..




2007 adalah tahun pertama berhari raya sebagai seorang isteri dan juga mama..ku nampak berisikan??? sbb hari raya jatuh pada hari ke 47 ku berpantang melahirkan Farisha..dan raya tahun 2010, suami ku recycle balik baju melayunya itu..kihkih..