Halaman

18 Julai 2011

Anugerah Perak

Hujung minggu lepas bukan masa utk shopping..tapi memenuhi aktiviti yang sememangnya dah di rancang.. Hari Sabtu merupakan Sambutan Hari Susu Ibu Peringkat MPSJ tahun 2011 yang dianjurkan oleh Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) dengan kerjasama PUSPANITA Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ..

Aku di antara penerima sijil bagi Anugerah Perak kerana telah berjaya menyusukan Filzah Qasrina lebih dari 1 tahun..actually aku BF filzah selama 1 tahun 10 bulan sepenuhnya tanpa campuran dgn susu formula..bermakna bila adik berumur 1 thn 11 bln, adik dh diberi susu tepung.. terasa sangat2 rugi..hanya 2 bulan je nak sampai 2 tahun..aku x pikir panjang masa memberi titisan susu formula yang pertama pada adik..maybe time tu aku sgt2 stress dgn kerja aku yang banyak di habiskan di luar ofis sehinggakan masa utk pump di ofis terpaksa dilupakan dan dlm masa yg sama stok susu pula makin kurang dlm freez...

Ye la, para ibu semestinya tertunggu-tunggu usia anak mencecah 2 tahun kerana dirasakan di situlah ukuran kejayaan ibu menyusukan anak sebagaimana yg telah digariskan di dalam Al Quran mengenai penyempurnaan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun.

Tapi, apakan daya..Filzah tidak sampai full BF 2 tahun..tapi masih menyusu badan bila dia berada di samping mamanya nie..dan mmg aku x kan sesekali memberikan susu formula sedangkan aku ada dekat dengannya.. dan adik x minta pun susu lain melainkan te*ek..

Tak per la..aku anggap ini satu cabaran..aku berniat next baby (ini termasuk dlm wistlist)..aku akan mencukupkan penyempurnaan penyusuan anak aku sehingga 2 tahun..Insyallah..

Bebalik pada program Sambutan Hari Susu Ibu..paginya aku mendengar ceramah yang dikendalikan oleh "Chief Knowledge Officer of Nurturing Concepts Sdn Bhd", Puan Nor Kamariah Binti Mohamad Alwi   tentang kebaikan susu ibu kepada anak, ibu dan komuniti.

Dan ada yang lagi best..hehehh..pada program ini , aku sertai Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu. Last minit join..dan alhamdulilah aku menang di tempat ke 2..salah seorang jurinya adalah pelakon dan pemilik butik pakaian ibu menyusu Dynas Mokhtar

Program berlangsung di Bangunan 3C, Bandar Sunway

bergambar bersama Dynas dan rakan urusetia..tu nampak tak yg baju maroon tu..org kuat program nie..Pn Wan Norasikin..Steady la Wan..Anugerah Emas...

Anak dara aku..sgt2 happy..kakak siap berjoget2 kat tepi kolam tu..

Ini ler antara hadiah yang aku dapat
voucher
fish pupet
cooler bag
buku resepi utk simanja

DNA Si Buah Hati Terbaru Dynas Mokhtar

Anak ku yang bermata sepet..

Sangat2 sayang sama ini budak..
kakak 3 thn 11 bulan
adik 2 thn 6 hari..

"kalian berdua ratu hati mama"

Masa utk BW..serangg!!!


Dah settle semuanya aku dah BW.. kebetulan Monday Blues..keja pon ada cm malas2 nak buat jadi ini berhubung dengan segmen yang di anjurkan oleh si comey Lulu Caldina~

best jgk bw nie..maklum la aku mmg jarang2 bw..terjah blog blogger yg lain..sbb tu trafik aku x naik2 pon..