Halaman

Pengikut

20 Ogos 2010

Khasiat makanan dalam islam

Sempena bulan yang mulia nie..apa kata kita mulakan sesuatu yang baru..misalnya makan makanan yang di anjurkan dalam islam seperti kat bawah nie...mmg ada di antaranya kita dah biasa makan..tp maybe ada di antara kita juga (termasuk aku) x brp pasti apa khasiat makanan nie..so check it out...


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.




Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.




Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.




Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.





Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.




Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap
demam.





Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.





Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.




Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.




Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.





Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.




Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.




Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.




Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.



Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.



Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.




Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.



Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.



Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau
kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.



Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'




Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.



Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.



Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.



Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).



Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.




Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.



Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk


19 Ogos 2010

myMetro | Mayat ditemui celah plastik

myMetro Mayat ditemui celah plastik

Artikel kat atas tu satu hal..dan yang kat bawah nie berlaku bbrp hari lepas..


Subahanallah..apa nak jadi sekarang nie..dah makin menjadi2 plak kes pembuangan bayi nie..aku rasa tiap2 hari ada je kes..x sanggup aku nak tgk gambar nie..Begitu hinaya baby nie di buang ke dalam lubang yang kotor..



Hukuman pada pembunuh bayi yg tidak berdosa nie mmg layak ke tali gantung...

Giveaway Raya

Haaa..kali nie nk cuba nasib utk dapatkan barangan deko ala2 english style dari blog http://mrsnorhobi.blogspot.com.. First time plak aku baca blog loghat Klate. Best plak..cm klakor pon ada gk..(hihi..jgn mare yer kak..). Loghatnya idak ler pekat sgt dan masih boleh difahami oleh aku..lagi pon abang ipar aku pon org klate..ner tau tempiasnyer tu leh lekat GA nie kat aku..kihkih....Syaratnyer mudah jer..x sama ngan mana2 contest @ GA yg pernah aku join sblm nih..Melalut pjg pon x guna..mintak2 tembak mengena.....ahakksss...


ThiS iS The BanNeR




GA untuk barang deko english style...
Nak join..JoMMM..........




18 Ogos 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

Salam..Alhamdulilah dh seminggu kita berpuasa..bermakna lagi 3 minggu kita di bulan yang mulia ini..sekejap jekan..ku belum lagi bendera merah..x tau bila dia nk muncul sbb dr lahirkan Filzah sampai la skrg lom muncul2 bendera merahku itu..alhamduillah..maybe hormon prolaktin aku masih lagi tinggi di sbbkan masih breastfeed my dother..

Ckp pasal BF, aku berkenan ngan satu GA nie..yg di anjurkan oleh cik Puan Aishah Megahasz yg begitu obses dengan BREASTFEEDING & BABYWEARING..dan sekarang beliau dgn bermurah hatinya menganjurkan GA dan hadiahnya berupa senaskah buku ilmiah yg sgt best..sbb ia dikarang oleh Wardina yg mmg diketahui, ketiga2 anaknya semua fully breastfeed..so aku x nk ketinggalan utk join this GA


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com/





Mudah2an adalah rezekiku untuk menang this GA..insyallah..amin


17 Ogos 2010

Akhirnya...adik dah boleh berjalan..

Begitu la tajuknya..syukur alhamdulilah..akhirnya Filzah dah boleh berjalan dah..walaupun seperti orang x tentu arah...kihkih...at least x perlu la aku dukung seperti kebiasaanya dan kebarangkalian untuk dia didukung pon dah makin kurang..yang pasti raya yang akan datang adik dah dapat kaki..yeyyehhh

Filzah boleh berjalan waktu usianya 1 tahun 1 bulan..masa Farisha dulu boleh berjalan, umur dia 1 tahun 2 bulan..cuma cepat sebulan jer adik dari kakak..dan adik masih lagi menyusu badan..tapi lately aku cam seriau plak nk nyusukan adik sebelum dia tido..coz bila dia dah tido tanpa dia sedar (kot) pasti ni**le aku di gigitnyer...makk aihh...sakit nyer....time tu aku dah mcm x tentu hala nk buat utk dia lepaskan ni**le aku tuh..sbb dia tengah tido..kata org klu nk bagi dia lepas tutup idung dia atau tampar manja mulut dia..tp Dia Tengah Tido..so what can i do...huuhuhhu???


16 Ogos 2010

Ye ke..???

N3 nie aku dpt masa tgk ber'blog walking'di blog tintacomellote.blogspot.com..actually aku baru je berjinak2 ngan en.Nuffnang nih..aku pon x berapa tau detail menda nih..tp ramai blogger kata bleh menjana pendapatan..x tau la cmner..aku pon try la daftar last week..pas tu letak banner kat sidebar blog aku nih..antara info yg aku baca kat bawah nih..

En. Nuffnang Lebih Suka Blog Peribadi
Ini adalah berdasarkan pengalaman ibu sendiri, mungkin lain orang lain pula penilaiannya, terserah.Ibu mula kenali Nuffnang dengan BlogShop sebab memang itupun blog yang mula-mula. Hampir 7 bulan kemudian barulah ibu buat satu lagi blog yang berbentuk peribadi ini. Niat asalnya dulu hanya untuk menceritakan dengan lebih lanjut barangan yang dijual di BlogShop tetapi bertukar kepada lebih peribadi pula.Jika hendak dibandingkang dari segi traffic, jumlah unique visitor bagi blogshop adalah berganda-ganda daripada blog ini, tetapi untuk BE blogshop jarang sekali dapat CTR bonus. Berlainan dengan blog ini yang punya visitor yang malu untuk ibu beritahu kalian tapi selalu mendapat extra income melalui CTR Bonus.Ibu berpendapat bahawa En. Nuffnang memang lebih menyukai blog bersifat peribadi yang anda boleh ceritakan tentang apa sahaja daripada blog menjual barang yang terhad entrynya berkaitan barangan yang dijual sahaja.Takkan lah ibu nak cerita pasal puasa pula di blogshop kan? Tidak sesuai rasanya, jadi lebih baik di sini menjadi mediumnya.Walau apapun blog pilihan En. Nuffnang kita, terima kasih kerana beri kita peluang jana pendapatan tanpa sebarang modal.

Season 4 - Cute Funny Eating Baby..

Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...sorry to say....
Haaaa..yang nie best...pic anak mkn..ermmm..hadiahnyer pon leh tahan..g holiday..cheewahh..aim grand prize jer aku nih...kihkih...nk kena godek2 pic nie..ner tau ada yg sesuai ngan contest nie..godek pye godek aku terpikat ngan pic kakak yang satu nie..

Tapi sbelum aku terlupa..baik aku ikut syarat Wajibnyer coz aku tgk cm straight jer pembuat acara nih..heheh jgn marah haa...nie aku nak tempekkan banner contest yg cute nih..



4 detail info regarding this contest leh la terjah di blog suziey yer...
Pic yg aku kira sesuai adalah di bawah ini...masa nie kakak tgh mkn ais krim coklat ngan lahapnyer..oppsss..ngan sesungguh hatinyer..maklum la 1st time dia di beri izin utk mkn ais krim.. Abis comot hingga ke dahi..Pic nie pon dh lebih setahun aku snap..(leh ker nie kak suziey???)


Nama : Farisha Qasdina bt Md. Fazly
Umur : 2 Tahun 11 Bulan (28 Ogos 2007)

Ayat2 cinta yang WAJIB di ungkapkan adalah :

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

dah..nk g comment ke blog beliau...daaaa


15 Ogos 2010

"Cuties Stripes n Line Contest"

.
.
.
.
Join lg...dan lagi..hehehe...saje suka2 n cuba nasib..Syaratnyer juga lebih kurang sama jer.. so mari kita lihat sapa yg kena...Mula2 ikut seperti syarat yg telah diberikan...



Tajuk: "CUTIEST Stripe & Line Contest"

Penganjur: Mama RifQy

Tarikh Tutup : 15 Ogos 2010

Syarat-Syarat Peryertaan sila KLIK di sini

dan gambar belang yang dimaksudkan adalah di bawah ini...



Nama : Farisha Qasdina bt Md Fazly
Berumur 2 Tahun 11 Bulan (28 Ogos 2007)


Sila la nilai yer..hehehe..

13 Ogos 2010

Lucky Draw: Miss Zahidah Mom's Birthday

Last day penyertaan..blogwalked di http://dihaz17-foryou.blogspot.com/, so kebetulan ada Lucky Draw..nk join gk la..sempena bufdey puan hajah..ntah sapa ntah..heheh..tp mmg aku nak join..ner tau ada luck dan pn hajah pilih nick aku ..kuikui.. sapa yg lom join meh la..klik





Syarat-syarat:
1. Mempunyai alamat di Malaysia
2. Buat satu entry tentang GA ini
3. Hantarkan permalink anda di ruangan komen
4. Tarikh tutup 14 OGOS 2010 11.59pm

GA Contest

Haaa..rajin lagi nk mencuba..cuba sampai lebam..kihkih...tgh rajinkan diri berblog walking tertarik lak nak join GA yg satu nih..x pernah join lg hadiah sebegini...Ia di anjurkan oleh Ros..uihhh..sabar je la aku tgk cup cake kat blog beliau..sgtt2 comel dan menyelerakan..jom la join dn memeriahkan suasana..jom join..klik sini





nie hadiahnyer



Hadiah utama 6pcs homemade choc with/wo filling with bookstyle packing



4 Hadiah saguhati 2pcs homemade choc with/without filling perset

Ok..checklist....

Buatlah entry mengenai GA ni kat blog anda - Dah
Link kan ya blog Coklatchoc4u dengan blog anda - Orait
Letakkan link Coklatchoc4u diside bar anda - Blum..jp lagi
Kemudian letaklah komen anda dekat Entry nih ya -
jap lg terjah blog beliau
Dan anda mestilah follower @ baru nak jd follower @ tak jadi lagi follower pun boleh join ya..(tapi kalau tak nak jd pun takpe..kalau nak jadipun takpe..follower yg ke-700..ada hadiah misteri..menanti anda) - jap lg nk ikut..moga2 ke 700
Terbuka kepada semua follower Coklatcho4u..tak kiralah di dalam Negara @ di luar Negara ya - ku kat m'sia jer
GA nih bermula pada 11 Ogos sehingga 11 Sept 2010 - ari nie 13 ogos

** selamat berjaya**

12 Ogos 2010

I LOVE MYSELF CONTEST

Salam...
Dah 2 contest x dak rezeki..x per..join contest pon just suke suki jer..tp klu menang..alhamdulilah..mesti ler terlebih suke sukii...heheh..kali nie nk join contest
I LOVE MYSELF CONTEST

contest nie dianjurkan oleh Miss AngelicShope!!(cam barbie la)




dan gambarnya yang x seberapa nih...



Tag

Farra
teppeijourney
sya

*Buat entri bertajuk I LOVE MYSELF CONTEST - Dah

dan letak gambar korang - Dah

Syarat gambar adalah seperti syarat di atas- Dah

*Be my Follower- Jap lagi nk wat

Letak banner kat atas tu dkt sidebar anda - Dah
*Entri berkenaan mestilah di link kan terus ke contest ini -Paham
*Tag minumum 3org kwn anda- Ok
*Tinggalkan nama & link dkt comment entri -
Ok..jap lagi akan ku terjah utk bagi comment

HADIAH MENARIK DAN TARIKH TUTUP AKAN DIUMUMKAN MINGGU DEPAN !^___^


Merundum

Alhamdulilah...ari nie hari kedua umat islam berpuasa di bulan Ramadhan..tapi yg sedihnyer 2 hari jugak produk aku merundum..selalu 1 sesi pump paling kurang dpt 5 auns tp pg td baru 1 sesi dpt 3 auns jer...smlm pon cam tu gak..adakah begini sampai hari yang ke 30 ramadhan..huhuh..bermakna aku kena lipat gandakan usaha utk mengepam supaya si Filzah mendapat bekalan yang mencukupi untuk dia minum di taska..



p/s: gerammm.. 1botol susu MLO filzah ilang di taska..maybe pengasuh silap letak dlm beg baby lain..dh tau bukan hak anak ko PULANGkan ler...wat cm harta sdiri plak...kus semangat..sabar yer fara..bulan pose nie..jgn mare2..


zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)