Halaman

Pengikut

17 Februari 2011

Segalanya Strawberry

Baru berkesempatan untuk upload pic bercuti di tanah tinggi tanah rata Cameron Highland..wahhh..masih terasa2 sejuknya lagi..^-^..mmg la sejuk sbb ada air cond dlm opis nih..hahahha..dh kata g cameron sure ler yang fofuler di sana buah strawberry..bestkan..nak2 lagi fresh dari ladang kebun..


ngan ball strawberry..nenek belikan..utk adik pon ada gak..

Aku ada gak rasa buah strawberry bersama coklat..kak aku beli kat pasar malam Brinchang..mak aii..masamnya..ilang rasa manis coklat tu..ada gak ku beli buah tu untuk di bawa balik ke Puchong..actually sblom g sana, farisha asik tanya aku..'mama strawberry apa??".. coz dia tgk dlm buku bergambar huruf S ~Strawberry~..

so, puas ati aku bila dpt tunjukkan kat kakak buah strawberry yg sebenar.. tapi klu setakat buah sure tak tahan lamakan..??so, untuk sentiasa mengingati buah strawberry yang segar bugar tu ku membeli sumthing agar ku n kakak sentiasa mengingati buah yang julung2 jarang dapat dilihat kat sini..  

masak ranum nih..nyum..nyum...

hikhik..kasut tido..hahah..kakak punya sepasang, ku pye spsang..teka la klu pandai..ngehhh

beg hanpon..kecik je..ada 3 zip..leh letak 2 hp..i like...

sebab utama aku beli menda2 kat atas nih tak lain dan tak bukan kerana ia berwarna MERAH...
I LIKE RED..* tetiba plak...



 

ConTest Dia Dan LoLLiPoP

Jom ramai2 kita memeriah Contest Dia Dan Lolipop yang dianjurkan oleh cik anna-jueanna dan hadiahnya di sponser oleh sepupu cik jue..ini blognya..sila la singgah blog beliau ~ Ragam Keluarga Inchik Moza. Kepada sape2 yang nak join sila klik banner di bawah yer.


Syarat contest ni kena upload pic kanak2 dan lolipop. Sebenarnya byk pic Farisha mkn gula2 yang bertangkai tapi hat tangkai tu mesti x nampak..huhuhu..jadi ku godek2 pic raya, rupanya ada..tapi ramai2 ngan sepupunya..yang pasti bukan lolipop macam kat banner tu. Cuma ada gambar dia sedang pegang chupa-chupa dan itu merupakan salah satu sweeties faveretnya.
 
mkn chupa-chupa..i like..hehehhe
   
Possing raya tahun lepas..masing2 ngan aksi tersendiri..

tu tgh kumam chupa chupa gak tu..

tarikh tutup penyertaan 20/2/2011


16 Februari 2011

ConTeSt ' When Raining Day '

Sila klik pic cik adik manis nih yer..

Salam..wahh..baru berpeluang ke udara setelah sekian lama ku bercuti..hahahah..nak up foto g cameron highland nnt dulu la..ku tertarik plak nak menjoinkan diri utk contest ini.. Di anjurkan oleh Cik Hidaya Sarbini ..so..jom pakat2 join * wpon ku ketiinggalan ketapi..huhuh 

Tag

hifazphat
izwa
Hana kirana

 
Ini ler pic ku..berpayung di bawah terik mentari..hahaha..bersama k.ana a.k.a mak andam..leh ker cik Hidaya

Tarikh Tutup : 20 February 2011


Keputusan pada : 27 February 2011



11 Februari 2011

beautifulgirlshop give away





Blog Beutiful Girl wat GA..Jom join dgn mengklik banner tengkorak yg kiut di atas yer..
Tag
hifazphat
izwa
Hana kirana

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 04/04/11

Hadiah dah Sampai

Wah..ku dah terima hadiah untuk 1ST GIVEAWAY LOVELY MASHA (1st Winner) dan Tudung Giveaway (4th Winner)..sangat2 xcited..

Jom kita tgk apa hadiahnya..^-^ 

hadiah datang serentak..

hadiah ~1st GA Lovely Masha


Bekas wat agar2..brand Tupperware

Hadiah~ Tudung Giveaway


Ku dapat shawl..so bertambah la koleksi tudung xpress ku..hiiii

tq penganjur kerana memberi gift ini..

p/s: x sabar nk nunggu hadiah dari contest Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

N3 ringkas..ku mula bercuti..

Salam Jumaat..Ari nie bersiaran di rumah coz ku bercuti..sesaje cuti..lagipon sok ku sefamili akan ke Tanah Tinggi Cameroon Highland..Bestkan..mmg dh lama x ke sini..seingat aku kali terakhir g sana 5 tahun yg lalu..tu pon family day opis aku..masa tu aku di jabatan lain dan still bujang lagi..kiranya nie 1st time utk anak2 aku..so aku direct cuti hingga Selasa..xcited bangat klu bercuti ngan anak2kan..hehhehe

10 Februari 2011

"Aku dan Tudung Express"

 Klik banner utk join

Cik Emas Putih telah menganjurkan 1st kontest..so let's join..
ku nak tag

izan idma
izwa
firahadifa

Actually aku ada banyak tudung ekspress..dan sblom nie pon aku pernah wat n3 pasal tudung ekspress..nak tgk ..klik sini..So, dlm banyak2 pic, ku tempek je la pic nih..konon2 cam model org jual tudung..hahah..Tudung nie keler Grey dan bersaiz M..ia antara tudung faveret aku selain tudung kaler brown kat bawah nun..


ok x??

Tarikh Tutup 28 Februari 2011

:: Be urSelf Contest ::

 Klik banner utk membawa anda ke blog mrsawe

 Ku klu possing duduk, secara spontan mesti style cam pic kat bawah nie..
Senyum nampak gigi + kaki silang + tangan mesti kat peha

Senyum nampak gigi + kaki silang + tangan mesti kat peha

Senyum nampak gigi + tangan mesti kat peha

Memang susah nk tengok pic aku bila snap x nampak gigi..senyuman manis ler katakan...ahahhahaks


Ku nak tag
Qasih dalia
nurkima
Izwa
Aras 10
Auni miyukie


tarikh tutup pade 24 Februari 2011


"Comelnye Berbaju Kurung"



Klik banner utk join

Siti Khadijah dh wat contest nih..so jom ler menyibokk ikut serta


Antara syarat kontest~


Pertama sekali kene buat satu entri mengikut kreativiti berkenaan dengan 'kenapa korang rasa perempuan yang memakai baju kurung itu nampak comel'...Kemudian, link kan entry tersebut dengan entry di blog ct ni ...So, of coz la letakkan gambar kiut memakai baju kurung, tak kira lah time tu tengah raya ke, gamba nk pi kuliah ke or kenduri kawin atau paling hebat sekali korang yang kawen kan...hehe..Asalkan berbaju kurung..


Boleh buat entry dan gamba sekreatif yang mungkin juga..Dan yang terakhir sekali beri pendapat bila korang tengah pakai baju kurung ni..Maybe rase confident ke, rasa selamat ke, rase ayu, comel kiut ke or ape-ape je...ikut pendapat sendiri la..nak merapu meraban pon x pe..Make it as fun as possible dan jangan stress-stress pulak waktu tulis entri ni sbb nk kuarkan idea kannnn...=p..kemudian, tag 5 orang rakan untuk ajak diorang join contest ni...Simple kan..


ok..jom start...memula kita google dulu fakta mengenai baju kurung


Dasar bagi lakaran baju kurung
Baju melayu tergolong dalam baju kurung iaitu baju kurung cekak musang untuk perempuan dan baju kurung melayu cekak musang untuk lelaki. Selalunya, baju melayu dirujuk kepada baju lelaki sahaja, bukan untuk baju kurung perempuan.

Tak pernah dengar baju melayu cekak musang untuk perempuan? Nama Baju Melayu itu dipanggil khas untuk lelaki, manakala Baju Kurung pula khas untuk perempuan.


Jenis - jenis Baju Kurung:

Baju Kurung Teluk Belanga
Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Riau-Pahang
Baju Kurung Kedah
Baju Kurung Moden


Baju kurung cekak musang diperkenalkan pada tahun 1930-an. Baju ini mempunyai kolar setinggi 3.5 cm, dua biji butang di kolar dan tiga butang sederet dibawah. Baju ini labuh hingga ke lutut, berpesak dan berkekek, dipadankan dengan kain sarung ombak mengalun.

Dalam buku Sulalatus Salatin memang ada disebutkan bahawa orang Melayu yang lelaki memakai baju kurung. Itulah nama asal bagi pakaian tradisional orang-orang Melayu tidak kira lelaki atau perempuan.

Berikutan peredaran zaman, bagi membezakan pakaian untuk lelaki dan perempuan, maka timbullah panggilan Baju Melayu untuk pakaian lelaki manakala Baju Kurung kekal untuk pakaian perempuan.

Okey..dah penat ker cik CT baca fakta mengenai baju kurung tu..sekarang tiba la masanya utk aku menempek pic aku berbaju kurung.


Memula zaman muda remaja..Form 5, aku 2 dari kiri..actually aku berbaju kurung ke sekolah dari darjah 3..sopan tak??..hehehhe



Pic kat bawah nie, aku belah kanan sekali..bergambar bersama bos n opis mate, baru pas abis pantang bersalin 2 bulan..terlari tema hijau plak..


Pic nie baru balik keja..Farisha plak x sihat..so singgah klinik..sempat possing kat klinik tanpa rasa segan & silunya..


Possing dalam kereta, baru pas balik dari kenduri kawen..ngan farisha


Yang nie plak sedang wat 'road tour' ke sekolah utk Program Pengkomposan

baju kurung kegemaran aku..that why ler asik tempek baju ijau nih jer..hikhik..

Pic mencangkung nie semasa mengambil bacaan kualiti air tasik..wah berbaju kurung tu..batik lagi..hehehe


Ini tengah inspection..biasa ler nk settlekan aduan awam..kang x pasal2 masuk Aduan Rakyat plak..


yang nie masa tengah mengedik..hahahah



Pendapat aku kenapa perempuan berbaju kurung tu comel sbb baju kurung tu menutup aurat means longgar.. dan nampak ayu je.. lagipun baju kurung adalah pakaian tradisional negara kita..dan aku paling suka tengok bangsa lain juga berminat utk sarung baju kurung nih..klu budak2 sekolah pon x semestinya melayu je berbaju kurung, anak india dan cina pon dah pandai berbaju kurung di sekolah..apatah lagi klu tgk anak2 kecik berbaju kurung especially time raya..comey kan.. 


Actually, masa ku sekolah menengah ku amat suka berbaju kurung..mmg x suka nk pakai baju ikut 'cutting' badan..aku rasa malu sgt..x tau napa..ku rasa cam org akan tgk bahagian dadah dada aku jek..n aku sgt2 rasa sopan bagaikan perempuan melayu terakhir dan selamat bila berbaju kurung sbb ia baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. So sweet kan..heheh ^-^ dan jgn x tau aku pernah belajar menjahit pada tahun 2001 dan boleh menjahit baju kurung sendiri, tapi setakat pakai sendiri je la..x amik tempahan pon..
 

Tapi bila dah kenal dunia durjana luar coz further study, totally change my dressing..huuuhu..pengaruh rakan sebaya..baju kurung sudah hampirku lupakan..klu g kuliah pon amat2 jarang ku sarung baju kurung..asik jeans, cutting tshirt or kebaya..

Tapi sekarang bila dah tua berumah tangga imej perlu berubah seiring ngan perubahan usia..so cinta lama bertaut kembali..I Love Baju Kurung ..lebih2 lagi pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala dan semestinya aku mencari kain yang tak perlu di gosok.
Peace..Baju Kurung + Tudung Ekspress

 ku nak tag mereka2 ini utk joinkan diri..

izwa,
dyahaha
farah shamsudin
mimie
tomatokering
bambam
hasrisa
dan sesiapa yg baca n3 nih.


TARIKH TUTUP: 20 FEBUARI 2011




09 Februari 2011

Curi pasir....

Last week kan cuti pjg coz CNY..so my family balik Johor la..pepaham la bila kat kampung..suasana kampung..tenang je..pulak tu klu halaman rumah tu sure luas..bebudak mmg amat2 suke sbb leh berkejar2an kat halaman asmara rumah tu..

Amat2 suka waktu petang sbb klu tido sure nenyak mcm tido mamposs malam..sbb sunyi tanpa lalu lalang kenderaan..tapi bebudak plak cam tak reti nak tido..asik memain ler memanjang..termasuk ler anak dara aku nih..

haippp budakk!!! wat apa tuh...

ingat kolam air panas ker..main rendam2 kaki...
Nak tau apa jadi pas tu..anak aku melalak sebab cousinnya nie main simbah2 air rendaman kaki tu kat rambut dia..biasa la tu..memula mmg sukee..bergelak ketawa bagai berada di syurga pas tu bila dah penat main ada jer la salah sorg akan menangis...

Tapi..ini juga salah satu pembelajarankan...mak tak kesah jika sesekali farisha main menda2 kotor cam nie..sekurang2nya boleh meningkatkan daya kreativitinya..lagi pon aku tgk imunitinya kuat jer..x demam or selsema pon bila main pasir tuh..idak ler asik main game hanfon or teddy bear jer...heheh..tak gitu...

tapi aku berminat pada satu artikel nie..nak tau lanjut klik sini

Ciri interaktif, mekanikal perlu jadi pilihan ibu bapa

KANAK-KANAK dan mainan tidak dapat dipisahkan. Bermain adalah cara paling efektif untuk belajar kerana melalui aktiviti bermain akan mencetuskan gembira dan seronok yang mampu merangsang saraf atau neuron pada otak anak untuk saling berhubung dan membentuk memori baru. Melalui proses ini, anak-anak mudah belajar sesuatu yang baru melalui permainan.

Sayangnya ramai ibu bapa masa kini cenderung untuk membelikan permainan yang berharga mahal dan melambangkan status walhal mahal atau murah bukanlah soal utama bagi anak. Apa yang paling penting bagi kanak-kanak ialah permainan itu menyeronokkan dan alat itu boleh dijelajah.

Menurut Pakar Psikologi Klinikal Hospital Pantai, Kuala Lumpur, Datuk Dr Md Saad Baki berkata, ibu bapa perlu bertanya kepada diri sendiri apa tujuan dan mengapa sesuatu permainan itu patut dibeli. Malah adalah penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti pemberian permainan itu secara bersyarat atau tanpa syarat.

"Contohnya permainan yang dibelikan sempena sambutan hari jadi, itu adalah pemberian tanpa syarat (unconditionally) manakala permainan bersyarat (conditionally) pula mengajar anak-anak berusaha selain tahu menilai jerih perih mendapatkan sesuatu ganjaran," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tiada salahnya membeli permainan yang berstatus dan mahal harganya, cuma dalam kebanyakan kes, permainan jenis ini tidak dimainkan sepenuhnya dan dikawal ibu bapa kerana takut cepat rosak. Akhirnya ia akan tersimpan kemas di dalam almari sehingga anak hilang minat untuk bermain. Walhal, permainan mahal seperti yang menggunakan alat kawalan jauh seperti kapal terbang dan kereta mengajar anak-anak mengenai asas fizik.

Apapun, sangat disarankan ibu bapa membeli permainan yang banyak merangsang penggunaan jari jemari.

"Jika anda terpandang sebuah rumah yang mainan anak-anaknya tersimpan kemas dalam almari, ini bermakna kanak-kanak itu hidup dalam kawalan, sebaliknya rumah yang permainannya bersepah di atas lantai membawa maksud anak-anak ini sihat, aktif dan bebas bermain," jelasnya.

Jelasnya, kanak-kanak yang aktif, kreatif dan pandai, alat permainannya akan cepat rosak kerana sering dijelajah dan dilakukan uji kaji. Sebaliknya, permainan yang dibeli sejak tiga bulan lalu dan masih berkeadaan baik menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak itu.

Soalnya beli atau tidak, anakanak akan tetap bermain malah mencipta permainannya sendiri. Jika tidak, mana mungkin wujud permainan tradisional seperti main tempurung, konda kondi, baling tin, buat sampan, buat seruling dari daun kelapa dan macam-macam lagi. Itu yang membezakan antara kanak-kanak dulu yang lebih kepada kreativiti artistik berbanding anak zaman sekarang yang lebih interaktif dan mekanikal (permainan komputer, video dan lain-lain).

Kesimpulannya, bukan harga atau status yang menentukan baik atau tidaknya sesuatu permainan itu tetapi fungsi permainan yang membawa keseronokan dan merangsang otak untuk menjelajah.


Fungsi mainan

* Merangsang fungsi otak
* Merangsang penggunaan jari jemari
* Membina perhubungan
* Mengawal/menguruskan emosi

Jenis permainan

* Permainan statik
* Permainan interaktif/ mekanikal
* Permainan yang boleh diubah-ubah.

Permainan khusus untuk si kecil

* Bermain Sosial - Mengajak si kecil berinteraksi dengan Anda dan orang lain sangat penting di tahun pertama kehidupannya.

* Bermain objek - Menggunakan objek tertentu bermain sentuh, goyang, buang dan tekan akan membuat bayi 4 hingga 10 bulan riang dan gembira.

* Bermain Pura-Pura - Gunakanlah benda-benda yang biasa untuk bermain. Contohnya kereta yang dijalankan di rumput, atau menggunakan sikat sebagai gagang telefon. Ini permainan imaginasi yang disukai anakanak 12-21 bulan.

* Bermain Simbol - Jenis permainan ini biasanya dilakukan pada anak usia 2 tahun. Ajak mereka memanfaatkan kotak kasut untuk dijadikan bus sekolah atau ajak mereka menggigit gelang-gelang warna yang dianggap sebagai kuih donat.

* Bermain Peranan - Di usia 30-36 bulan, si kecil sudah mampu diberi peranan utama dalam memainkan babak `doktor-pesakit´, `guru-murid´ atau `Polis-nenek tua´.

Main tanah...cam seronok je...hehehheh

Amat bergunakan info nie wat parent mcm aku ..hiiii





nyut..nyut...kepala..

Salam..Selamat pagi ..ada sihat..???heheh..ku ada sdikit kureng sihat..sejak last week asik batuk2 jek..tp kepala aku nih dari sabtu lepas asik berdenyut2 jer..ntah ler x tau naper..penyakit barah migrain ker aku nih..x tau ler camner sakit migrain tu sbb aku x pernah pon migrain sblom nih..huhuu..kekdg nk pusingkan kepala pon rasa ngilu..masalahnya sebelah kepala jer..hat sebelah kanan..mintak jauh ler penyakit yg dasyat2 tuh..klu sakit cam nih camner nak preggy...hikhik...


Nie aku google utk cari info pasal migrain..nk tau lanjut leh klik sini..

Apakah yang perlu anda tahu tentang migrain dan tanda-tanda amarannya?

Migrain ialah sakit pada sebahagian kepala yang mungkin boleh pulih selepas beberapa jam atau berlarutan selama beberapa hari. Sesetengah pesakit mungkin mengalaminya setiap minggu dan mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Migrain selalunya dihidapi pada peringkat umur empat puluhan dan boleh diklasifikasikan migrain jenis klasik atau migrain jenis biasa.

Anda dapat mengetahui yang anda akan diserang migrain sebelum sakit kepala itu bermula. Tanda-tanda amaran serangan migrain ialah rasa mual, muntah dan kepekaan terhadap cahaya, bunyi bising atau bau-bauan. Migrain jenis klasik bermula dengan tanda amaran seperti kilauan cahaya atau warna. Anda mungkin terasa yang anda seperti sedang melihat ke dalam terowong. Sebahagian kepala anda mungkin akan terasa seperti dicucuk, panas atau lemah. Tanda-tanda amaran ini akan berlarutan selama 15 hingga 30 minit dan diikuti oleh sakit pada bahagian kepala.

Migrain jenis biasa tidak mempunyai sebarang tanda-tanda amaran. Bagaimanapun, anda mungkin akan berasa letih, murung, tidak selesa atau akan menjadi lebih banyak bercakap 2 hingga 3 hari sebelum sakit kepala itu bermula.


Apakah yang menyebabkan migrain?

Migrain bermula apabila salur darah di dalam otak mengecil (mengecut) untuk seketika. Apabila ini berlaku, jumlah darah dan oksigen yang mengalir ke dalam otak akan berkurangan.

Seterusnya, ini akan menyebabkan salur darah yang lain membesar (mengembang) dan apabila salur darah mengembang, ia akan mengalami radang, denyutan dan kesakitan amat nyata. Migrain ialah sejenis sakit kepala vascular kerana ia melibatkan perubahahan atas salur darah.

Para ahli sains percaya bahawa mereka yang mengalami migrain mewarisi kecenderungan sistem saraf untuk bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap perubahan dalam tubuh dan persekitaran mereka. Beberapa perkara lain juga mungkin akan mencetuskan kesan tindak balas pada sistem saraf seseorang dan seterusnya mengakibatkan serangan migrain.

Antara penyebab migrain adalah:-

Tekanan dan gangguan emosi
Kedatangan haid (mengalami PMS)
Pemakanan yang tidak teratur
Pengambilan minuman yang mengandungi tahap kafeina yang tinggi (seperti minuman kola)
Makanan (seperti keju, coklat, ais krim, makanan bergoreng, daging dalam tin, hot dog, yogurt, pemanis tiruan, kacang, jeruk dan kismis)
Kurang tidur
Perubahan cuaca

Bagaimanakah cara untuk menghalang migrain?

(i) Patuhi arahan doktor anda dan makan ubat mengikut arahan
(ii) Mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat
(iii)Cuba mengambil makanan kesihatan tambahan
(vi) Bebaskan diri daripada tekanan dan belajar menenangkan diri
(vi) Sentiasa bersenam
Lebih banyak yang anda ketahui mengenai migrain, lebih mampu anda mengatasi dari serangannya.

Okehh..dah terjawab ler persoalan aku nie..maybe kepala aku nie sakit2 sbb migrain la kot sbb tanda2nya tuh cam ada jer berlaku kat diri aku nih...klu x berambus elok lagi sakit nih, kena g klinik ler gamaknya...





zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)