Halaman

Pengikut

28 Februari 2012

THE AWESOME GA BY SWEETYBEAUTY SHOPPE







GA dibuat sempena nak promote NEW AND FISRT ONLINE SHOP 
 
tag
sayangku zie
mizah

GA AKAN TAMAT PADA 19/3/2012

25 Februari 2012

kakak wat persembahan 2



Lama dh x updated entry nie..padahal byk nk citer tp kemalasan melanda..Ok..citer pasal kakak dulu la..Hari Sabtu lepas kakak wat persembahan sempena Sambutan Tahun Baru Cina..Actually persembahan tu utk kanak2 yang berumur 6 tahun..tp kanak2 umur 6 tahun sangat kurang di 3C tu jadi mereka pilih kanak2 yang berumur 5 tahun utk join persembahan. Aku tgk senarai yg masuk persembahan tu, kelas 5 Orkid kakak sorg jer..Aku paham apa sbb cikgu kakak pilih kakak..maybe dia tgk kakak nie mmg suka bab2 kebudayaan nie..cm mama dia..ahakkss...kakak wat persembahan Dikir Barat guna lagu Dikir Putri..


Dalam aturcara tu suh amik anak kul 8 mlm pas buat persembahan..so aku ngan MIH pon g la dewan tempat kakak wat persembahan pas maghrib..rupanya persembahan pon lom buat lagi..Aduiii..dh la dikelilingi kaum dorang pastu ngadap nyanyian dorang yg bising tu..ngan tarian naga la..lom gendang lg tuh..aku rasa klu bkn nk ngambil anak mmg aku x dtg kat sini..

Sudahnya persembahan budak2 Kompleks 3C jam 915 mlm..Apa pon aku x sangka kakak buat diluar jangkaan aku,,bila suh tunjuk camner kakak wat persembahan, dia x mau tunjuk..tp kat dewan tu, pandai plak dia berdikir puteri..cam nak nangis plak rasanya...terharu sungguh..





selesai wat persembahan..be a gud gurl doter...


12 Februari 2012

CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD





CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD

Ini la yang paling ringkas untuk menceritakan sejarah Nabi junjungan kita...

tag
mamaishazah
sayangkuzie

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW  
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
  sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang   menyerang kota Ka'abah)  
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
  perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)  
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
  Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
  malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)  
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
  perniagaan.  
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang   pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa   itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
  jilid   1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah   14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan   berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
  binti Khuwailid Al-Asadiyah.  
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk   meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
 
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
  Mekah.  
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan   batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
  akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
  Bakar Al-Siddiq.  
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam'ah
 
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra'


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
  Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,   Khadijah adalah seorang janda).

 

SAUDARA SUSUAN
 
1..  Thuwaibah
 
1.  Hamzah
 
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1.  Halimah Al-Saidiyyah
 
1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
 
3..  Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
 
4.  'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-'Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
 
8. Abdul Ka'bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. 'Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam   syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Tarikh tutup 
20 Feb 2012






07 Februari 2012

4F

Saje suka-suka..layan je la..nnt bila dh tambah sorang lagi ku letak namanya yer..hiii

FAZLY
FFleksibel
AAmanah
ZZingy
LLemah-lembut
YYakin

FARA
FFleksibel
AAmanah
RRamah
AAlim

FARISHA
FFleksibel
AAmanah
RRamah
IIkhlas
SSuci
HHarum
AAlim

FILZAH
FFleksibel
IIkhlas
LLemah-lembut
ZZingy
AAmanah
HHarum



03 Februari 2012

Susu Ibu..moga menjadi kenyataan..

Untuk 3rd baby nnt masih lagi memasang niat utk ekslusif BF sehingga 6 bulan dan meneruskan pemberian susu ibu sehingga 2 tahun usia baby..insyallah..moga Allah memberi rezeki dan kesabaran untuk aku n baby nnt..sebagaimana aku nyusukan Filzah dengan jayanya tanpa campur susu formula sehingga usianya hampir mencecah 2 tahun..

Untuk itu mari aku nak share kebaikkan susu ibu..sure ramai yang dh tau..tp utk refreshkan lagi terutamanya utk diri aku sendiri..hiiii....






p/s: tgk member guna pump kecil n comel teringin plak aku nk guna jgk..tp Spektra 3 aku tu mana nk humban sedangkan elok lagi..Klu bgtau dengan MIH sure dia x sokong beli baru..

02 Februari 2012

FRIENDSHIP GIVEAWAY

NAK JOIN?KLIK BANNER


Antara syarat2nya ialah:
 
  • be my follower (bertuah untuk mereka yg dah follow)
  • tinggalkan komen dan link blog anda pada post ini ya supaya senang sy menjejak anda ;-)
  • kalau ada lebih dr 7 orang yg joint FRIENDSHIP GIVEAWAY ni, sy akan pilih secara random ok.
  • 7 orang sahabat sy yg bertuah akan sy hubungi secepat mungkin utk dapatkan alamat surat menyurat ya. (kalau sambutan menggalakkan, sy akan cuba tambah lagi hadiah ya. klu blh nak bagi hadiah penghargaan kat semuaaaaaa yg joint giveaway ni kerana sudi menjadi sahabat sy)
  • then lepas sy pos kan hadiah ni, kita dgn rasminya bergelar sahabat ok? walaupun hanya di alam maya....
Jom tgk hadiah penghargaan yang sy sediakan:

1) set lengkap buku 'bacalah anakku'

2) yellow meal box from wyeth

3) Lex Bath Towel (WHITE) from wyeth. sgt lembut sesuai untuk anak anda :D

4) Lex Bath Towel (BLUE) from wyeth. sgt lembut sesuai untuk anak anda :D

5) creative play book volume 1 and 3 from wyeth

6) 2 VCD of wordworld and 4 pieces of upin ipin car sticker from wyeth

7) 1 blue face towel from wyeth
 
 
DUE:14 FEB
 
 
 

Cheritera hati 1st Giveaway


 tag
zaza mawar merah
asnani girang

HADIAH??


Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
 Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.


Saguhati (untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty


Dateline : 3 Feb 2012
 
 
 
 

01 Februari 2012

nak update apa....

Lamanya x updated blog..rasa2nya mcm dh nak bersawang dh nie..sangat2 malas plus kat opis langsung x blh updated blog ..sangat kedekut kan..bukannya nk berfoya2 di FB..just blogwalking another blog pon x bleh..
Jadi sekarang hanya blh updated blog di rumah je la..tu pon klu rajin..klu x alamatnya sawang lagi...
So..nak citer apa yer..ptg tadi balik kerja singgah klinik utk check up pregnancy..kali nie betul2 nak confirm..biru ker merah jambu..ok..dh confirm..baru boleh dengan tenang membeli barangan baby especially pakaian yg sesuai dgn si comel..hiiiii...ikutkan kiraan dh 32 minggu usia kandungan aku nie..bermakna hujung bulan Mac bertambah lagi ahli keluarga Farzly...ok la tu...5 tahun kahwin dh 3 anak..cukup la kot...

Next check up lagi 2 minggu..so akan g hospital yang aku pilih..mana lagi klu bukan DEMC, Shah Alam..2 anak aku pon bersalin di hospital nie..tp masa tu belum berpindah di Seksyen 14, Shah Alam..masih lagi di Seksyen 9..utk kali nie di lokasi yang  baru..so excited jgak..harap2 layanannya better than before..


Ok la..sok last aku kerja..wahhh..mcm dh x nak kerja plak ekkk..actually aku amik cuti 2 hari..direct terus sampai Selasa depan..tengah sarat cm nie mmg lagi malas aku nak kerja..cam x sabar2 nak rehat lama 3 bulan..tension..nak2 lagi skrg tgh siapkan projek KIK..pastu melayan klik yang macm bagus..arrggggghhh...stress..plus tension..klu slalu mcm nie mmg tarikh aku bersalin lg cepat dari yg dijangkakan...OMG...so x nak citer panjang..mgata orang dlm entry aku nie..wat tambah dosa..anggaplah org tu terlalu teruja dapat naik gred..hahahha..dh STOP..x nak ngata dia lagi..blog nie pasal aku dan familiku..apahal plak ada citer org lain..hiiii




sampai jumpa lagi..babai...


31 Januari 2012

Birthday Give Away

Salam..dh lama rasanya x join contest @ GA..kali terakhir menang pon masa join GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)..Harap2 ada lagi tuah/ rezeki dgn menjebakkan diri dlm contest di blog nie..

So..permulaan tahun, aku nak join GA yang ini..akan ada GA/contest2 yg lain yer..kan dh kata sebelum nie blog aku nie mcm rojak..ikut suka hati aku nak update entry apa..ahakkss...



ini entry melekat..syarat dari penganjur..
entry baru..sila scroll bawah yer..



Ok ok .. untuk tu taraaaaa ni hadiahnya yg penganjur nak bagi pada yg bertuah..


Cotton Long Dress (Blue)

ohsem kan..bestnya klu dapat..leh pakai ngan cardigan..x kan nak pakai tudung ngan baju tanpa lengan cam gitu...gilo kr haper....


Jom memeriahkan GA nie coz tarikh tamatnya penghujung Januari..



20 Januari 2012

Pelangi Kasih

Pelangi Kasih akan mula bersiaran Khamis ini pada jam 10.30 dan membariskan pelakon yang sudah sinonim dengan drama Melayu seperti Nabila Huda, Beto Kushairy, Johan Asa’ri & Puteri Sarah sebagai teraju utama.
Secara ringkasnya, drama Pelangi Kasih ini mengisahkan ikatan persahabatan yang kukuh & murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri & membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.

Hari nie dh start drama nie..mesti layan nie..sebab kedua2 pelakon lelaki dalam drama nie aku minat..siapa lagi klu bukan Beto Kushairy dan Johan Asa’ri..tapi yg x bestnya pelakon pompuan dia..yang hat putih tu ok lah..tp yg hat kulit golap tu..aku kureng skit..x sesuai gitu bergandingan dengan kedua2 pelakon nie..apa2 pon..x kisah la..asal citernya menarik dan leh layan....





15 Januari 2012

Baju pertama anak

Salam..nak update preggy dh 30 minggu..ari tu g check up n amik darah..scan sekali sbb nak sure betol2, boleh prepare baju baby baru nie sbb x beli lagi..mmg lom wat apa2 persiapan utk bby nie..barang2 utk letak dalam beg yg akan diletakkan dalam kereta pon x di asing lagi..adoiii..napa la preggy 3rd baby nie malas yg amat..

Akhir bulan Disember ari tu, aku g Penang..wakil jabatan utk Lawatan Sambil Belajar gitu...actually ia lebih kepada Landscaping Bandar dalam taman dorang kat sana..banyak juga la waktu senggang masa lawatan kat sana..

Berpeluang juga aku g HardRock Cafe dorg kat sana..tpi bahagian jual accssesories..belek pye belek..sbb x tau nak beli apa..harganya sumer mahal2..original la katakan..jd utk dijadikan kenang2an sbb ini 1st time aku g Penang..jd aku beli baju baby..romper..kiranya ini la baju pertama bakal baby aku nie..HardRock Cafe tu...hahhaha


Salah satu tempat lawatan aku..

masa g melawat kat sini..ada satu bangunan lama..actually itu rumah banglow lama yg telah ditinggalkan..ada citer di sebalik rumah lama itu..seram juga bila dengar sejarah rumah nie..


 Sempat juga la berposing berlatar belakangkan jambatan Pulau Pinang..cuaca plak time tu mendong cam nak hujan..angin jgn citer la..kuat tol..tp cantik la view kat situ...
Yang preggynya sorg je..yg sebelah tu x..hiii

 Nie possing hadapan hotel tempat aku menginap 3 hari 2 malam..

Aku ngan opismate merangkap teman satu bilik..wan norasikin..dh jadi mak buyong gak tu..berjangkit..hiiii
Balik naik feri..sangat best..nasib baik x mabuk laut..alhamdulilah..



Sampai juga aku kat Penang..dalam x nak..x nak pergi tu, rasa best juga lawatan tu...hiiii




13 Januari 2012

2012 SPECIAL GIVEAWAY

 2012 SPECIAL GIVEAWAY 

Pemenang akan dikira menggunakan random.org. Pemenang akan memenangi 16 biji Red Velvet cupcake yang super Yummy secara percuma ekslusif dari Teha Dessert khas untuk warga Kuala Lumpur.
Jika pemenang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur jangan risau! Disebabkan cupcake tak boleh nak pos, anda akan diberi hadiah berupa 25 biji homemade coklat yang super delicious secara percuma ekslusif dari Teha Dessert. Coklat boleh pos =)
 
Nak tag
sayangkuzie..(zie dh join ke lom ehh..??)


Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January 2012

 

 

Tikar Upin & Ipin n macaron..

Ala..baru nak updated..dh beli hampir sebulan pon..actually ada mcm2 design tp aku berkenan utk belikan tikar nie utk anak dara aku tu..slalu pas dorang makan aku akan sapu klu ada makanan yang bersepah2..tp dengan adanya tikar ini klu kotor senang..lap @ mopkan aje..aku beli online..

tu..barang dh sampai..siap berbalut..
time aku buka tikar depan budak2 kenit tu..meloncat2 tgk pic geng upin & ipin..
kakak berangan tido ngan upin & ipin..buat2 tido la tu..
Budak kenit 2 org..sangat2 teruja..
   
Satu lagi, korang pernah makan Macaron x??..1st time aku dapat rasa menda tu..selama nie tgk kat blog dorg yang buat bisnes nie..leh tahan gak rasanya..yang menarik tu..warnanya yang berbagai2..lembut jer..tp manis sangat la plak..aku dapat gift macaron nie pon sbb aku menang dlm salah satu GA yang pernah aku  join..




Nyum..nyum....
Sila abaikan rumah aku yang bersepah itu..sangat2 malas utk mengemas...sangat terukkan...???

07 Januari 2012

kakak ngan beg dan rambut baru di tahun 2012..

salam..tahun baru yang ceria..alhamdulilah ku dan bby dalam perut nie baik2 aje..cuma jantina anak masih samar2 lag wpon dh 7 bln preggy..1st time scan ari tu doc ckp bby blue..tp x mo excited sgt sbb masa 2nd bby dulu pon doc ckp cam tu jgk..akhirnya yg kuar baby pink..

This week cuma berkisar pasal anak2 je..Rabu lepas register Farisha ke Taska utk 5 tahun..kali nie kelas 5 Orkid..sib baik x ramai yg daftar hari tu..sbb dh di pecah2kan umur budak2 yg akan masuk taska pada hari yg lain..lagi pon aku x cuti ari tu..bg peluang pd member2 yg daftar anak ke sekolah..

Bbrp hari sblm register farisha, aku dh booking online beg sekolah dia tu..aku beli sekali utk Filzah sbb x sampai hati tgk dia meleleh air liur tgk kakak dpt beg baru..kan mama mithali gitu...hahahha...aku buat pembayaran pada hari Khamis 29/12..tu pon aku beli online kat salah satu web yg aku pernah sertai contest yg dia buat melalui blog..Malangnya masa aku booking tu salah satu beg dah habis stok..jd kena tgu restok pd next week..jd farisha x sempat nak bawa beg baru ke sekolah masa hari register..sbb penghantaran pada hari Selasa dan akan sampai pada hari Rabu (register day..). Hari yg sama tu jgk dpt panggilan dari Pos Laju barang dh sampai tp x dak org kat umah..aku mmg bag alamat umah parent sbb dorg sentiasa ada kat umah berbanding kitaorg nie bekerja..tp masa tu parent x dak kat umah..dorg kuar..so just tinggalkan kad jer kat mail box..


Tghari MIH g pos ofis brg x sampai lg sbb dorg akan hantar petang..dorg akan hantar brg ke tempat lain dulu..minah kat pos ofis tu suh dtg petang dlm kul 6 utk amik brg..katanya...Petang tuh MIH aku g balik sbb sian tgk anak x dak beg sekolah baru..sedangkan member2nya suma tayang beg baru masa hari register..Rupanya van hantar barang tu x sampai lagi..MIH aku hot la..berulang alik ke pos opis jer ari tu..call driver yg hantar barang tu dia ckp sorry dan suh buang kad yg dia letakkan dalam mail box pg tadi..dlm masa 1 jam dari waktu MIH aku call, dia akan hantar barang tu semula kat umah parent aku.,dan MIH akan amik kat situ..klu ckp awal2 nk wat camtu kan senang..

Ini la rupanya beg yang di nanti2kan tue...




Perasan x rambut kakak dh pendek???..ilang dh rambut kerinting lawanya bila diikat..nie gara2 dia asik tergaru2 waktu tido malam sbb rimas rambut halusnya tu asik melekat2 kat leher..ku ckp klu nak potong rambut ckp ngan ayah..MIH aku ok jer..sudahnya balik dari register taska terus g saloon potong rambut dia..kiranya nie 1st time potong rambut selama dia berumur 4 tahun..masa baru lahir pon x pernah cukur atau botakkan rambut..sbb tu rambut dia x tumbuh lebat..Filzah pon cam tu jgak..  
rambut kakak yang kerinting bhagian bawah bila di ikat..


rambut dh pendek..depan pon aku suh aunty saloon tu trim..konon2 dia nak jd mcm DORA The Explorer..


zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)