Halaman

Pengikut

08 Februari 2011

Jom Rebut RM 100

Sila klik banner utk join..

Kali nie ku nak main teka2..nak teka sapakah yang empunya senyuman kat atas nun..korang tau ker sapa..aku sekali tgk jer dah tau..Ccehhh wahh..berlagak nak mamposss...!!!..ckp banyak pon x guna sbb tuan tanah, Mika Fasha si pembuat contest kata wat n3 ringkas.. seringkas yang boleh..

Sila la berkenalan ngan gadis di atas yer..hikhik...

oppsss...dh berpunye la..

heheheh

Sebelum tu ku nak tag mereka2 ini..

izwa,
dyahaha
farah shamsudin
mimie
tomatokering
bambam
hasrisa
dan sesiapa yg baca n3 nih.



okeh..jom kita ker pic yang pertama..yg hat atas sekali tuh..

Ini ler gerangan orangnya..x kan ler korang x tau senyuman maneh Datuk Siti Norhaliza Tarudin..haaa..


ok..let's to 2nd pic..

Sapa lagi klu bukan host Mari Menari..Awal Ashaari..ooppss..bkn ler..tuh jantan..hikhik...Penerima Anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem ke-21 sicantek manis Lisa Surihani Mohamed..


Samakan senyuman dalam banner tu ngan pic yg aku google nih...tp tu senyuman dorg..ingat senyuman aku x manis ker...

manis jugakkan..


So, Mika Fasha..sila la beri aku RM 100..hikhik....ngeh..ngeh... *ngan muka x malunya...

Ringkas kan N3 aku nie..hikhik...ringkas la sgtttt....!!!

tarikh tutup~ 3 Mac


CONTEST AKU POSSING DALAM KERETA..ko Adeee..???

Makcek si pemilik blog budak separa matang dh wat kontest..so mari ler menjoinkan diri..


Ok x..??snap pic sendirik..make up bagai nak rak sebelom kuar umah..rupa2nya lupa touch up lipstick..aiseymen...pucat bibirku....sesuai la possing aku cam gitu..

Klu dukung anak cam colek budak cam nie x leh la jd model keta kan..kan..???


sesapa yg nama di bawah sila la join yer..:

izwa,
dyahaha
farah shamsudin
mimie
tomatokering
bambam
hasrisa
dan sesiapa yg baca n3 nih..



duedate: sebelum akhir bulan tiga




07 Februari 2011

'Guess The Baby's Weight Contest'

click banner 2 join

Ku nak join sbb tuan tanah BumCuk dh tag nih..

Ku teka berat Ariff..ermm...4.53kg..yer ker..??heheh..ku bayangkan Farisha pas sebulan beratnya cam nie ler..


hadiahnya ialah:

satu beg jeans exclusive yang ada button Mickey Mouse. saaaangat cantik. macam gambar dekat banner tu

tag
izwa,
hasrisa


bermula 1 FEB 2011-28 FEB 2011.



"[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!"



Aku sgt bersemangat nak hp nih sbb ~



Keypad hp nih cam BB..heheh..ku sgt lama dh berkenan nk hp keypad camgini..ner xnya hp lama ku N95 tuh baterinya cpt sgt 'kong' wpon dh cas lama..jd hujung thn lepas ku telah mengepau My Incik Hubby (MIH) utk beli hp baru..dia setuju..ku sgt happy..^-^..ku usyha Nokia yg keypad cam gini..tp MIH telah meracun pemikiran aku utk membeli Sony Xperia (touch screen)..sudahnya aku terkial2 ler nk menggunakannya..nk taip sms pon lembab yg amat..cam kurak2..Jd sudi la kiranya Jejaka Terhangat menghadiahkan hp free nih kepada hamba supaya ku blh menaip sepantas yg mungkin.. wpon jenama hp nie x dikenali tp klu org yang pemurah sprti Jejaka Terhangat nak bg, aku amik jew..hiiiii



Model hp e-Touch 212 Pro


Ku nak jemput

dyahaha
farah shamsudin
mimie
tomatokering
bambam
hasrisa
dan sesiapa yg baca n3 nih..


Tarikh tutup contest ni pada:
11 March 2011 (11.59 malam)



02 Februari 2011

-CONTEST CUTE SPECKY WOW!!!

Klik banner utk join kontest yer..


Farisha memakai 'red specky' di rumah sambil mkn summy..yum..yum...


ku nak jemput
izwa
eb ezrin2
tomatokering
dan sesiapa yg baca n3 nih..


Hadiah : berupe sepasang mata untuk mama si cilik...( CONTACT LENS)..^-^


Tarikh Tutup:12 Februari 2011



Cuti lagi...

Salam..wah bestnyer..cuti 4 hari..actually sebulan lepas dah rancang CNY nie nak balik Johor..kampung hubby..dan bulan lepas tu jugak la atok hubby (nenek) meninggal..so dh hampir sebulan arwah di semadikan..jadi balik nnt nie makcik2 kat Johor tu nak wat Tahlil n kenduri doa selamat..jadi ramai ler saudara mara hubby berkumpul kat umah pusaka tu..mana tidaknya adik beradik MIL aku jer dah ramai..campur anak beranak dorg lagi..
Selalu klu balik Batu Pahat, kitaorg akan gerak mlm..dlm kul 9 cam tu ler..sampai sana kul 2@3 pg..pastu akan ada bibik tolong bukakan pintu sbb atok dah tido..yelah pagi2 buta..tp skrg umah tu dah kosong..jadi klu sampai sana sapa nak bukakan pintu..mak andak yg pegang kunci..x kan nak ganggu dia plakkan..jwbnya kena bertolak siang skit ler..ku lebih suka bertolak mlm sbb sejuk skit..klu siang tu panas la..
Apapon seronok balik kampung sbb aku baru ada kampung 4 tahun yg lalu bila dah kahwin..selama 27 tahun aku idup membujang sblm nie x dak kampung halaman sbb mak n abah aku org Selangor..klu ada pon Kampung Pasir kat Puchong...heheheh..
jadi Selamat Cuti2 yer pada semua rakan2 blogger..hati2 memandu n
'Happy Chinese New Year'

**ZuraIwan GiveAway ~ I Love Genting**

click banner 2 join

3 orang yang bertuah...akan memenangi FM "I Love Genting"

Tarikh tutup adalah pada tarikh ulangtahun kelahiran beliau iaitu 16hb Februari 2011

Jom ler join...


01 Februari 2011

Menang extreme makeover from kenitchiko


Alhamdulilah..ku menang lagi..tgk bloglist kenitchiko~keputusan my giveaway..ku tempat pertama..memenangi Geo lens..best..

Klik sini utk keputusan penuh..


Ini ler dia Mohd Aiman Darwisy..si tenit yg sudi memilih daku utk jadi pemenang..tq yer budak chumell..n ibu tenit jugak..murah rezeki mu..

jom join cabutan bertuah Raflessia Collection nak??

click banner 2 join
dateline: 6.3.2011

Raflessia Collection bakal menyambut ulangtahun yang pertama pada 6 March ini..jadi sbg anniversarry, adik manis nie dengan murah hatinya nak buat cabutan bertuah..
So..apa tgu lagi..mari la join sekali...



Menang "TUDUNG GIVEAWAY"


Alhamdulilah..pagi td buka blog tgk shoutbox..eida tinggalkan jejak..ku di antara pemenang "TUDUNG GIVEAWAY" . GA nie di buat sempena 4th Wedding Anniversarry beliau...


Sila klik link utk keputusan yg lain yer..

Tq mamamika n mika..senang2 wat la GA lagi..n murah rezeki slalu..

31 Januari 2011

Menang GA MASHA..


Alhamdulilah..ku menang lagi..meh ku nak wat n3 plak..kali nie utk **Giveaway_MASHA**..ku menang tempat pertama..sila klik utk tgk keputusan yg lain yer..



Tq mama n masha sbb sudi pilih daku sbgi 1st winner..sila la wat GA lagi..n
'happy belated bufdey my dear MASHA..'




30 Januari 2011

"Baby & Me Shopping Style Contest"

Baby & Me

Ku yang malu2 bila My Incik Hubby snap pic ku tgh org ramai..hikhik...malu gilak..kihkih..(sorry sayg sbb gediks mintak amik gambar semata2 nk join ini contest...^-^)


Nama Anda: Faradiyatul Liana
Nama Kanak-Kanak & Umur: Farisha Qasdina (3 thn 5 bln) & Filzah Qasrina (1 thn 6 bln)
Hubungan dengan Kanak-Kanak: Mama @ Anak


Antara syarat contest~


Berikan TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.


Tiap kali g shopping especially klu kat hypermarket cam gini, letakkan aje dorg kat dlm troli..so x dak la dorg berlari2an dan bertebaran kemana2..lagi pon dorg amat suke dok dlm troli sbb suke di tolak..tapi klu beli byk brg, terpaksa la salah sorg keluar dr troli..n satu lagi klu dorg ngade2 n mtk mcm2..yelah kan ker namanya budak2..kitaorg g ker tempat mainan dulu..so pilih ler apa yg berkenan dan belikan utk dorg..x kisah la toys ker, pinggan mangkuk mainan ker..apa2 ler..asalkan dorg suke.. jadinya sepanjang bershopping tu dorg akan senyap sbb dah dapat apa yg dorg nak..amat2 berkesan buat camnih dan dorg x byk kerenah..


Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh

Baby & Me
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada

3f (Sewfabby)

Gewecun's Closet

BabyIbu Shoppe

Sumijelly.com


Redjambu

Hafiy.com


Tarikh akhir penyertaan adalah pada 3 Feb 2011@ 11.59pm.


27 Januari 2011

Contest Baby Tido

click banner 2 join

dateline : 06 Feb 11
Hadiah : Barangan bayi bernilai RM100
Hadiah di taja oleh MyKawaiiStore
Filzah Qasrina
1 tahun 6 bulan
of coz ler my doter
tag;
Izan Idma,
Izwa,
auni miyukie,
ayuakira,
tomatokering
"Saya sukakan MyKawaiiStore kerana ... ia menyediakan pelbagai barangan yang menepati citarasa masakini iaitu Moden & Segar.."

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula ?

**Barang kosmetik murah tapi branded~dapatkan di sini**



klik banner utk join..




Haah..nie aku sukee...kali nie blog Gedung Rasa buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan..ada kaitan dgn kerja aku dalam bidang Alam Sekitar..apa tah lagi Kitar Semula adalah major job unit alam sekitar tempat aku bekerja..Alam Sekitar dan Kitar semula tidak dapat di pisahkan..heheh..hah..dimana ?? salah satu PBT di Selangor. PBT yang gah tu..kihkih..banyak aktiviti atau program yang telah di anjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan kitar semula.



Antara pamplet yang akan diedarkan semasa membuka pameran alam sekitar/kitar semula


Let's straight 2 the point..


~Apa Itu Kitar Semula ~

Ia meliputi proses yang melibatkan usaha:~mengumpul~memproses dan ~mengguna semula bahan yang kita anggap sampah.


Pengurangan penggunaan sumber bermakna mengurangkan penggunaan dan pembuangan yang meliputi 3R iaitu:

Pengurangan (Reduce)
Menghasilkan produk-produk yang tahan lama bagi membolehkan ianya digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Penggunaan produk yang dapat bertahan untuk tempoh yang panjang dapat membantu ke arah pengurangan penghasilan sampah.
Mengguna Semula (Reuse)Dengan membaiki semula barangan yang rosak atau menderma kepada pertubuhan amal turut membantu mengurangkan sampah. Menggunakan semula produk adalah lebih baik daripada mengitar semula kerana tidak perlu menjalani proses pemprosesan semula.

Kitar Semula (Recycle)
Ia ditakrifkan sebagai mengubah semula bentuk bahan yang asalnya dianggap sampah atau bahan yang tiada nilai kepada sesuatu produk yang bernilai.

~Jadi, Mengapa Kita Perlu Mengitar Semula?~


Dengan mengitar semula kita akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah, pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Selain itu dari segi jangkamasa panjang, dengan menjalankan kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain dan yang paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.


~Siapa yang terlibat??~

Pihak Berkuasa Tempatan
Sekolah – sekolah
Pertubuhan Bukan Kerajaan
Syarikat-syarikat Konsesi
Pengumpul Bahan Kitar Semula
Persatuan Kitar Semula
Persatuan Penduduk
Sektor Awam



Jangan tak tau..di kawasan PBT tempat aku berkhidmat telah menyediakan sebanyak 21 buah Pusat Kitar Semula..Ada di antaranya telah dibina oleh pemaju kerana telah mensyaratkan pemaju supaya menyediakan pusat kitar semula sebagai satu keperluan bagi menampung jumlah sampah yang boleh di kitar semula apabila pemaju tersebut ingin membangunkan perumahan di sesuatu kawasan. Usaha ini juga dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan aktiviti kitar semula orang awam.


Antara Pusat Kitar Semula yang telah disediakan.
Penghantaran barang kitar semula ke pusat kitar semula
~Apa Yang Boleh Dikitar Semula?~

Plastik



Boleh dikitar semula:
Semua jenis plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg membeli belah, botol minuman, bekas makanan, botol bahan pencuci dan botol ubatan.

Tidak boleh dikitar semula:
Bekas cat, bekas bahan toksik, alatan makmal atau apa-apa bekas yang telah tercemar dengan sisa toksik, makanan, minyak dan lain-lain.


Ia di letakkan ke dalam tong Jingga


dengan cara~

●Tanggalkan penutup.
●Bersihkan dan keringkan botol atau beg plastik yang kotor.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat kitar semula.

Kaca




Boleh dikitar semula:
Semua jenis kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman, bekas makanan, botol ubatan dan bahan kosmetik.

Tidak boleh dikitar semula:
Kristal, cermin, kaca tingkap, seramik, porselin, alatan makmal dan bekas bahan toksik atau apa-apa bekas yang telah tercemar dengan sisa toksik, makanan, minyak dan lain-lain.

Ia di letakkan ke dalam tong Coklat



dengan cara~
●Tanggalkan penutup, bahan plastik atau dan label.
●Bersihkan dan keringkan botol atau bekas kaca.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat atau hantar ke pusat kitar semula.


Kertas



Boleh dikitar semula:
Semua jenis kertas berwarna dan tidak berwarna seperti surat khabar, majalah, buku, katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak.

Tidak boleh dikitar semula:
Kertas tisu, kertas karbon, kertas pengelap dan kertas yang kotor tercemar dengan bahan toksik, makanan, minyak dan lain-lain.
Ia di letakkan ke dalam tong Biru

dengan cara~
●Ikat suratkhabar dan buku secara berasingan.
●Buka kotak kadbod, ratakannya dan ikat dengan kemas.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna biru atau hantar ke pusat kitar semula.
Besi/Aluminium

Boleh dikitar semula:
Semua jenis bekas/tin aluminium dan besi seperti tin makanan dan minuman.

Tidak boleh dikitar semula:
Bekas cat, bekas bahan toksik, bekas bahan pelekat dan bekas bahan pelarut.
Ia di letakkan ke dalam tong Jingga



dengan cara~
●Buang isi kandungan●Bersihkan dan keringkan●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat kitar semula.
Salah seorang staff memasukkan barangan kertas ke dalam tong biru

Antara program yang telah dijalankan:
~Membuka Pameran Alam Sekitar & Kitar Semula
Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kitar semula dan faedahnya.

Antara pameran yg telah dijalankan
~Program Kitar Semula Taska / Tadika“Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya”
• Tong kitar semula dibekalkan ke taska/tadika di kawasan MPSJ
• Melalui program ini, kanak-kanak di ajar untuk mengitar semula dan membiasakan diri untuk
mengasingkan sampah

~Program Kitar Semula Jabatan/Bahagian
Setiap jabatan di mestikan untuk mempraktikan 'reuse' melalui penjimatan penggunaan kertas..Guna kedua2 belah kertas yer kengkawan..lagi elok guna email jer..^- ^
Tong kitar semula yang disediakan di setiap jabatan (opis)


kengkawan mana yang mengamalkan 3R nie pasti dapat habuan..nie ler contohnya..kan dah dapat hamper..leh ler mnunjuk kat kengkawan yg malas nak 'recycle' tuh..

~Program Kitar Semula Sekolah/ 3R

Pendedahan amalan kitar semula bagi pelajar sekolah di kawasan MPSJ

Pertandingan 3R untuk sekolah menengah..Antara sekolah yang menyertainya..pic kat atas nie bekas telur di 'Reuse' dan menjadi tempat meletakkan tabung uji di makmal sekolah. So creative..
Yang nie plak tin susu di susun dan dijadikan tong sampah sekolah..so colourful

Antara poster pelajar yang menyertai pertandingan melukis poster alam sekitar & kitar semula
~Program Hari Alam Sekitar & Kitar Semula bersama penduduk
Persatuan penduduk juga memainkan peranan dalam memastikan penduduk di dalam kawasannya mengamalkan kitar semula..klu kita tgk rumah sampah di perumahan bertingkat cam umah flat tu..pasti berbulu jer mata nie sbb umah sampahnya bersepah2 yang membanyakkannya bukan hanya sampah yg tidak boleh di gunakan lagi tp ada brg yg boleh 'recycle'..sbb tu la ada jer pakcik2 indian yg akan selongkar tong2 nih utk cari brg2 'recycle'.

Pengerusi JKP memberikan hamper kepada pemenang kuiz kitar semula dan penduduk yang banyak menghantar brg kitar semula

~Mengitar Semula atau Mengotor Semula ?~
Benarkah Malaysia mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi pemikiran rakyatnya kelas ketiga ?
Anda yang menentukannya…

sampah dilonggokkan di hadapan tong kitar semula...

Sampah dilonggokkan di pusat kitar semula..kenapa sebegini MALAS???
Nie antara tips2 untuk mengamalkan kitar semula yer..so simple..

~ AMALAN MESRA ALAM DI RUMAH

1. Simpan bekas kaca dan plastik untuk digunakan semula terutamanya di dapur sebagai bekas menyimpan pelbagai barang.
2. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan sebagainya kerana kain boleh digunakan semula berbanding dengan tisu.

3. Beg plastik membeli belah boleh digunakan semula untuk mengisi bahan buangan
4. Kitar semula surat khabar lama, jangan membuang atau membakarnya.
5. Membasuh kereta menggunakan paip semburan amat membazirkan. Sebaiknya gunakan air yang telah diisi di dalam baldi.
6. Berilah galakan dan sumbangan kepada program kitar semula tempatan. Kitar semula barang-barang buangan anda sebanyak mungkin.
7. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja
8. Jimatkan penggunaan elektrik dengan menggunakan peralatan elektrik yang efisen. Padamkan jika tidak menggunakannya.
9. Jimatkan tenaga dengan menggunakan bekas memasak yang mempunyai saiz yang bersesuaian untuk memasak. Menutup dengan penutup juga menjimatkan tenaga.
10. Sesuaikan kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran yang rendah boleh menggurangkan 25-50% penggunaan air.
11.Gunakan ‘shower’ untuk mandi dan elakkan mandi dalam takungan air. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Ini menjimatkan penggunaan air.
12.Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air paip mengalir berterusan.

13.Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Dengan kaedah ini anda boleh menjimatkan 15 kali penggunaan air dibandingkan dengan cara membasuh di bawah paip air yang dibuka berterusan.
haaa..nie nak bangga skit ler..kitaorang pon ada lagu kitar semula tau..di cipta dan di nyanyikan oleh Aris Ariwatan..klu nak tau aris nie salah seorang penyanyi kebudayaan MPSJ..kat bawah nie adalah lirik lagu tu..best melodi lagu nih..cuma ada dlm cd jer..akan di pasang jika ada pelancaran /program yang melibatkan recycle di MPSJ. So..baca bait2 lirik tu je la yer..

Lagu Kitar Semula MPSJ
Tak Perlu Kreativiti, Hanya Menghargai
Untuk Mencuba Ini
Tak Perlu Buang Lagi, Ayuh Selidiki
Nilai Yang Dimiliki

Nun, Semakin Menimbun
Beban Tak Tertanggung
Sampah Tak Terlindung
Oh, Asingkan Berbeza
Kertas, Plastik, Kaca
Amatlah Mudahnya
Sampah Yang Dibakar, Bikin Udara Tercemar
Bagaimanakah Dunia Akan Berputar
Dengarkan Wahai Insan, Bersama Kita Jayakan
Kemajuan, Kepesatan Bukan Pembaziran


Kitar Semula, Guna Semula, Masih Berharga
Rugi Namanya, Jikalau Kita, Abai Faedahnya
Alam Sekitar, Milik Bersama, Harus Dijaga
Masyarakat Pintar, Negara Terkenal, Alam Terpelihara
Buktikan Kita Sedar, Pentingnya Alam Sekitar
MPSJ Memulakan, Mewar-warkannya
Bersama Kita Jayakan, Kempen Alam Sekitar
Haruslah Mencuba (Mencuba) Praktikkannya
(Praktikkannya)Kitaran Bermula Kitarlah Semula

Projek membuat baja kompos juga termasuk dalam skop kitar semula kerana ia mengguna pakai barangan yang tidak diperlukan untuk membuat sesuatu yang berfaedah.
Taklimat mengenai cara pembuatan juga akan diberikan kepada kakitangan jabatan yang berminat untuk mempraktikkannya di rumah. Bagi menghargai usaha mereka, kami memberi tong kompos individu secara percuma untuk mereka lakukan sendiri di rumah..dengan syarat pemantauan akan dilakukan 3 bulan kemudian untuk tujuan sport check..ye la kan..ner tau tong tu di salahgunakan ..heheheh




Sesi memberi taklimat kepada opismate

Selain tu taklimat juga di berikan kepada orang awam yang berminat untuk melakukan pengkomposan di kawasan taman perumahan mereka..

Aku pegang mikrofon tu bknnya tgh berkaraoke yer..hehehh..pic sebelah kanan tu ler puteri di Unit Alam Sekitar MPSJ..hiii....*cittt..puteri la sgt....

Penyerahan tong kompos individu
Okey..tapi itu educated kepada orang awam..bagaimana dgn diri sendiri..??.. x guna klu aku asik ler bercakap bagi org lain buat atau lakukan amalan kitar semula tapi diri sendiri x buat..itu namanya cakap x serupa bikin..kan...aku akan rasa bersalah klu x melakukannya so kat umah pon aku akan mengamalkan kitar semula..secara x langsung ia dapat mengajar anak aku especially kakak menghargai environment..of coz ler bila dh kumpul brg nie kita akan jual n dpt duit..wpon x byk sekurg2nya kita membantu melambatkan lambakkan tempat pembuangan sampah.


Barangan kitar semula haruslah di asingkan mengikut jenisnya..tau x..!!!!

Fuhh...panjang betul entry aku kali nih..tapi sbb tanggungjawab sosial..mak x kesah..heheh
Tarikh tamat pertandingan adalah pada 15/2/2011 jam 11.59 malam.
zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)