Halaman

Pengikut

14 Oktober 2010

Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)

Syarat penyertaan:

- Terbuka kepada semua.
- Buat 1 entri di blog anda untuk menyatakan bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.
- Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
- Salin dan tampal logo
DuniaSusuIbu.com ini di permulaan entri anda.
- Masukkan blog DuniaSusuIbu.com dalam senarai blog anda

Peraduan bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010.

Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada 15 November 2010

Ok..berminat..??Jom join..tp utk ibu2 yg BFeed jer...


Nak mula dari mana ehh..??ok begini....



Setiap hari semenjak bekerja kembali setelah abis cuti berpantang selama 2 bulan pada bulan September 2009, rutin harianku di pejabat akan di selitkan untuk sesi mengepam susu untuk anakanda bongsuku Filzah Qasrina..Alhamdulillah, selama usianya kini 1 tahun 3 bulan aku masih mampu untuk menyusukannya dengan susu badanku sendiri secara exclusive..


Filzah tengah minum susu yang ku pam ke dalam botol dan di sebelahnya kakak Farisha


Aku akan peruntukkan 3 kali sesi mengepam di opis dengan menggunakan mesin pam elektrik Spectra 3 yang aku beli ketika aku masih hamil dulu. Mesin pam tu memang aku tinggalkan di laci mejaku. Permulaan dulu memang tiap-tiap hari aku bawa balik mesin pam tapi bila aku fikir2kan apa perlunya aku bawa balik mesin tersebut..bukannya aku nak pam di rumah pun..dan lagi satu aku terpaksa gendong beg yang berat walaupun aku ada membeli Pro Mom Bag

Laci agak berselerakkan...huhuhu



Di rumah cuma beri 'direct' pada Filzah. Lagi pun jika terdesak atau pun stok tak cukup untuk di bawa ke taska, aku boleh gunakan pam manual Pigeon yang aku beli dan guna semasa anak pertamaku dulu. Tapi amat2 jarang aku gunakan pam di rumah.

Pam Manual Pigeon yang banyak berjasa sejak 3 tahun dulu


Untuk sesi pertama, setiap hari, aku akan mula mengepam pada jam 10.30 pagi..sebab semasa perjalanan hantar Filzah ke taska, aku telah menyusukannya terlebih dahulu di dalam kereta (suami pandu kereta). Dulu, pasti aku akan guna botol 9 oz sbb pengeluaran banyak..best ler masa tu..tp bila anak dah lepas 1 tahun nie pengeluaran dah makin merundum..sekarang akan dapat paling banyak 4 oz untuk sesi pagi..huhuhu..dan masa untuk mengepam pun makin lama..ada kalanya menjangkau setengah jam..

Sesi kedua aku akan pam pada jam 1.30 @ 2 ptg..lepas lunch..akan dapat 5 oz..untuk sesi tengahari selalunya sekejap je sbb baru makan tengahari. Dan sesi ke tiga pada jam 5 petang sebelum pulang. Misalnya jika salah satu di antara tiga sesi tu pengeluaran susu amat sikit jadi bila di rumah aku akan top up pada susu yang juga sedikit..aku akan pastikan tetap 15 oz susu yang akan Filzah minum di taska.

Aku akan simpan ke semua susu yang aku pam nie dalam cooler bag Moms Precious.


Cooler Bag Moms Precious yang aku bawa ke opis

Setiap pagi seperti biasa kecuali Sabtu dan Ahad aku akan letak 3 botol kosong brand Mom Little One (MLO) 5 oz dan 3 ice pack dalam cooler bag tersebut. Manakala 3 botol yang dipenuhi susu yang aku pam semalam aku akan masukkan dalam cooler bag empat segi bersama 3 ice pack untuk dibekalkan ke taska.

Cooler bag ini khas untuk di bawa ke taska. (thanks 2 my sis 4 this bag)


Filzah akan minum susu di taska sekurang-kurangnya 15 oz sehingga pukul 5 ptg...Aku sengaja bekalkan cooler bag tersebut kerana tidak perlu pengasuh keluarkan botol susu untuk di pindahkan ke dalam peti ais taska..Aku rasa begini lebih terjamin, lagi pun tidak perlu memikirkan susu tersilap beri pada bayi lain atau pengasuh meletakkan susu di ruang sejuk beku dan juga di pintu peti ais. Ketika dalam perjalanan pulang, aku akan beri 'direct' pada Filzah.

Dulu, sebelum usia Filzah 6 bulan stok susu memang meriah sehinggakan tempat sejuk beku peti aisku penuh dengan botol-botol susu. Ada juga ku letak dalam bekas dadih untuk menjimatkan ruang. Tapi ketika memindahkan susu beku untuk mencuci peti ais..susuku banyak rosak..masa tu aku tak cukup info sebenarnya : bila stok beku telah dicairkan tak boleh dibekukan balik!!. huhuhu..jadi buang je laa...


Stok setahun yang lalu..



Sekarang tiada stok..susu yang aku pam ari nie untuk di minum oleh Filzah keesokkan harinya. Ku dah kemiskinan stok..Bila ku blog walking blog mommy yang Bf babynya dan terdapat banyak gambar stok susu..geramnya aku tengok.. Tapi aku masih bersyukur.. Alhamdulillah setakat nie 3 botol pasti akan dapat. Jika tidak terkejar, baru la aku akan pam di rumah.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, aku akan keluarkan botol-botol kosong dari cooler bag yang di bawa ke taska untuk dibersihkan. Aku akan rendamkan botol-botol itu ke dalam periuk dan rebus supaya lemak2 susu yang terlekat pada botol akan hilang dan untuk mengekalkan kebersihan botol susu...


Setelah itu, aku akan alihkan botol-botol tersebut ke dalam bekas untuk di keringkan..


Amat mudah sekarang, setiap kali sesi mengepam tidak perlu pergi ke surau atau satu ruang lain untuk aktiviti tersebut. Cuma di opis sahaja. Di mejaku..rendahkan kerusi, sarung blazer dan mulakan operasi..

Memulakan operasi..tengah pam pun masih boleh buat kerja..heheheh


Dan yang pasti sejak setahun yang lalu aku dah tak galas handbag..sbb ku asik gendong cooler bag ke opis..walaupun berbaju kurung atau berkebaya tetap cooler bag..heheh

x per kureng feminin asalkan anak terjamin..kuikui...


Aku enjoy ketika mengepam di opis, klu dulu semasa guna pam manual dan ke ruang lain untuk mengepam sangat la memboringkan..tapi sekarang untuk merangsang pengeluaran susu, aku cuma menghadap komputer di meja dan klik screen server, jadi akan terpampang la satu persatu wajah Filzah..memang berkesan.

juga boleh tgk N3 ini..

aktiviti baru
stok makin meriah


13 Oktober 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

ok simple..jom klik jika nk join yer...


Cik puan Nadia kata, hanya mencari 3 org yang bertuah! :)Senangkan? So apa tunggu lagi..Jom join! :)

Keputusan : Insya Allah pd 8/11/2010
Tamat pada 03/11/2010 (12am)

haaa..mudahkan..jom ler reramai..

12 Oktober 2010

Wonder peT..

Salam..wahh..lama toll aku cuti..start ari Jumaat sampai ler ari Isnin..ari nie (Selasa), baru start keja..uikhhh..maleh toll ler...best wooo..bersantai2an ngan anak2...
Ari Jumaat ari tu sesuatu yg x terduga datang..tp i like it...kihkih...tgh ku bersantai2..tetiba dapat msg dari member opis nk bagi hamster..maunyer x terkojut den..cam gini..Khamis (kat opis..last day keja)..sesaje jer borak ngan member- Rina..gatai mulut mintak hamster dia..sebab katanya hamster dia banyak...lgpon pengalaman lampau masa muda remaja ada gak membela hamster..sampai beranak pinak byaknyer..

Ku plak x dak kat umah..so suh member ku itu antar kat umah mak..balik dari bercoti trus g umah mak amik hamster..ada 2 ekor, sepasang youuuu...kakak la yg paling happy bangattt..dia kata Wonderpet...x terpikir langsung aku yg farisha boleh pikir hamster tu wonderpet..aku punye ler nk bagi dia tau hamster tu hapa ke mendanyer..coz aku ada ckp pada kakak..'nnt kita singgah umah nenek..kita amik hamster okeh..bukan cat tau..''okey..' farisha ckp..

Sampai je umah nenek..atok dia tunjuk hamster tu..dalam besen biru besau..terus dia jerit.."wonderpet la mama..."..ermmmm..aahh laa... ^-^...

So..esoknya g pet shop utk beli umah hamster..beli yg simple jer..sbb cuma 2 ekor..ku dah angan2 dah..klu dah beranak pinak hamster nih bru ler beli umahnya yg besau skit..yg ada trowong ker..kuikui..


Tu ada 2 ekor..

Si kenit Filzah pon x kurang gak xcitednya..letak jari dalam sangkar tu..kakak siap chop..hamster kaler tompok itam putih tu (betina) dia punyer..yg hat jantan tompok coklat putih tu adik punyer..Adik x kesahhh...


Yang pasti keceriaan anak2 aku semakin menjadi2 sejak ada wonderpet nih...hiiiiii...






Thank you to Fazerina coz bg akak Hamster..

10 Oktober 2010

"Funny Pose On Raya Contest"

**Sticky Mood until 9 October 2010**
Contest ni di lancarkan oleh cik kak Masrina..ini linknya shadamina.blogspot.com ....Jom join..!!!!

Nama : Filzah Qasrina bt Md. Fazly
Umur: 1 Thn 3 Bulan (12 Julai 2009)
Email:Zaijalal@yahoo.com

Pic Filzah tengah menganga..kuikui..x tau la naper..tgh baekk nyer mama tersengih..ayah pon 'steady'..adik lak melopong...kakak lak masam jer...

ok ker pic nih kak Mas..???

Tarikh Tutup :9 Oktober 2010

07 Oktober 2010

"Pakaian Tradisional The Contest"

Nak join..jom ler ikut serta..si pembuat acara nie adalah cek mek molek iaitu Hafidzah..mude remaje lagi..bru 22 tahun umurnyer..sweettt...
fieza 1
http://hafidzahhafidz.blogspot.com/


Ini gambo yg nak dipertandingkan...

Amacam..ok x??..pic salah satu baju persalinan masa ku kawin..kihkih..terkenang memori lama...jadi ler cam model jap..

mamarifqy

ummizaihadi

Tarikh tutup 27.10.2010..

06 Oktober 2010

"KONTEST CANDID CAMERA"

Kali nie cik kak Noie buat lagi kontest untuk ke sekian kalinya..so, aku masih lagi x berputus asa nak menjoinkan diriku..Jom reramai..Klik sini...

Kata cik kak Noie kita nih..hadiahnyer memang best...tapi masih memikirkan hadiah yang paling sesuai gituuu..




TARIKH TUTUP :
25HB Oktober 2010

tag..

ayu
syahira

" JOM RAMAI-RAMAI JOINT KONTEST NI!! "

05 Oktober 2010

CONTEST SENYUMAN MANEH

Nk join..jom klik...

Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.. Jadi, kupilih pic bersama rakan taulan..



amacam..manehhh x senyuman kami..kuikui..nghheeeee..ku yg nombor dua dari kiri..

Tag minimum 2 atau lebih rakan anda~

dyahaha
aris

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.

1st GA by twolittlejj

untuk kesekian kalinya 2littleJJ ingin menganjurkan GA yang pertama kali setelah sekian lama blogshop ini diwujudkan ;). Memandangkan ini GA yang pertama kali maka syarat-syarat penyertaan adalah sangat simple-dimple ;)

Contest ni courtesy by twolittlejj.blogspot.com ....Jom join..!!!!
DATELINE : 10.10.2010


04 Oktober 2010

Biar betoll..

Farisha dulu aku bagi susu Similic nie ler..selama setahun..Kakak x macam adik..aku bagi campur..not fully BF..reganya..mak aii...leh kopak gak ler..sbb sebulan sekurang2nya 4 tin abih..bermakna seminggu 1 tin..Bersyukur ler adik aku bagi sepenuhnya susu badan..x yah nak pikir2 tercemar atau mahall...hiiiii



ini aku upkan apa masalah susu nih..
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut membaca laporan Reuters bahawa susu rumusan bayi Similac yang dikeluarkan oleh Abbott Laboratories Inc, telah menarik balik berjuta tin susu rumusan bayi yang dipercayai tercemar dengan kumbang di Amerika Syarikat.

Susu rumusan bayi Similac juga turut dijual di Malaysia.Keputusan secara sukarela untuk menarik balik produk itu dibuat apabila dua laporan pengguna dibuat berhubung pencemaran itu.Pihak pengeluar juga secara sukarela menarik balik susu rumusan bayi itu di Guam, Puerto Rico dan pasaran Caribbean.

Hingga kini, pihak syarikat dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia tidak membuat sebarang langkah untuk menarik balik produk itu daripada pasaran Malaysia. Dalam kes seperti ini langkah berhati-hati perlu diutamakan.

Demi untuk kepentingan keselamatan pengguna, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menangani perkara itu dan mengambil tindakan menarik balik dengan segera terhadap produk itu sehingga keselamatannya boleh dipastikan.

CAP juga menasihatkan ibu-ibu supaya menyusui bayi mereka dengan susu ibu kerana “susu ibu adalah yang terbaik”.
*kredit pada blog Abdullah syakir dan hajar..

07 n 10

Actually nombor tu adalah tahun 2007 dan 2010..selang 3 tahun jer..ku nak tempak pic raya tahun 2007..masa nie guna kamera manual..ku belek2 album so aku nampak ada pic nih..so..aku upkan di sini..




2007 adalah tahun pertama berhari raya sebagai seorang isteri dan juga mama..ku nampak berisikan??? sbb hari raya jatuh pada hari ke 47 ku berpantang melahirkan Farisha..dan raya tahun 2010, suami ku recycle balik baju melayunya itu..kihkih..

01 Oktober 2010

Demam pon musim ker..???

Asik update GA or contest jer..Nk citer skit pasal my dother..masuk ari nie dah 5 hari anak2 ku x sihat..demam..yg si kenit tu dah la last week kena oral thrush/candiasis..alhamdulilah kerak2 putih dalam mulut dia dah beransur ilang wpon ada skit2 jer lagi kat lidah n tepi2 dalam pipi tu..dan skrg demam plak..asal mlm jer suhunya meningkat..risau jugak..dah la payah nk mkn ubat..ubat titis utk candiasis tu pon mmg sgt2 susah aku nk bagi..sampai kan satu tahap aku terPAKSA titiskan kat ni**le waktu aku nk suakan utk dia myusu..tawakal jer la..buatnyer dia serik nk isap..padan muka aku..tp kena wat camtu sbb dah x dak cara lain nak bg dia ubat tu..
Nie pic masa g klinik check up oral thrush adik..abah aku yg anto..hubby aku keja n aku amik EL..hiii...

(Pic agak kekaburan..aku x pandang kamera sbb malu giilerr..mana x nya abah aku selamba jer snap pic..ramai pesakit kat klinik tu..malu ler beb...)

Belum lg bg ubat demam + batuk + selsema..huiihhh...lagi ler..melalak2 bila bagi..pas bagi muntah..sia2 jer..eee..gerammm..tp aku tau sbenarnya dia x sihat tu kerana ada 4 batang gigi baru nk tumbuh..bermakna akan ada 8 batang la gigi adik nnt..dan yg pasti smakin seriau la time aku nak Bfeedkannya..takottt kena gigitttt.....

Itu hal si adik..yg si kakak plak pon demam jugak..tp baru 3 hari..makan pon dia x nak..asik minum air rebina jer..sampaikan najisnya pon cair sbb x dak menda yg dia mkn..mlm kelmarin tgh dia bebel2 kat aku (biasa la budak2 bercakp)..tetiba mengalir darah kuar kat idung kakak..aduhh...panik aku...tp kakak nie mmg camnie..klu demam pasti idung dia berdarah..takot gak aku..ner tau ada penyakit lain plak ker...mintak dijauhkan..amin

yang pasti dari hari Selasa hingga la hari ini (Jumaat) aku x hantar dorang ke Taska..dah tentu la anak aku xpecially kakak sukeee bangat..sbb klu dorg g umah atok nenek dia..kehendaknya sumer dilayan..pepaham je la klu atok nenek yg jaga..

nie pic masa g klinik ari tu..sempat lg berpossing..org x ramai ok la..x la malu sgt..kuikui

Mama_Balqis 2nd GiveAway

Pada 21 Sept yg lepas adalah tarikh bufdey mamabalqis..ehemmm dah masuk 26thn dah eh..(muda lagi...^-^)..So..beliau wujudkan GA nie bersempena bufdey beliau nie ler..wahh..kelasss gitu..


HAPPY BELATED BIRTHDAY, DEAR!!

Moga dimurahkan rezeki & di berkati selalu serta sentiasa ceria seceria saluran ceria anda...kuikui..ermmm...rerajin ler wat GA or contest yer..hiiiii.. amin..
ok. back to the GA..
kengkawan jom ler meramaikan GA nih.. klau nk join, klik SINI yerk!
due : 8 Oktober 2010

30 September 2010

"ADAM HIFDZAN 1st BESDAY GIVEAWAY by ZuraZari",

Diilhamkan oleh Zurazali sempena besday anaknya, Adam next month pada 24/10/2010 yang pertama..wahh..xcited gitu..of coz la..bermakna sudah setahun beliau bergelar ibu..maunya x xcited..ku juga mcm tu gak dulu...bila anak dh umur setahun mula la planning nk menambah..hikhik...
Ini Banner GA..


Sesapa nk jon klik di sini Zura Zari

Antara syarat beliau adalah ~ dlm entri mesti ader gambar anak yg sedang beraksi di stereng keta...

~umur anak dlm lingkungan 0 bulan - 5 tahun.....

Okeh..ku pilih pic ini ..

Nama : Farisha Qasdina bt Md. Fazly
Umur: 3 Thn 2 Bulan (28 Ogos 2007)


org yg nk ku tag..

Ayu
Nuyue
Anna

tarikh tutup penyertaan: 10/10/2010

zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)