Sabda Rasulullah s.a.w
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan
6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh
dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.
Rasulullah bersabda:
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama
2.Berhati-hati dalam lidah
3.Senyum di muka
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.
Seorang hakim berkata :
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang
bodoh
Luqman Alhakim
Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.

Muadz r.a
Muadz r.a pernah meminta nasihat dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak lain hanya hasil dari lidahnya.
Muadz r.a pernah meminta nasihat dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak lain hanya hasil dari lidahnya.
Abu Said Alkhudri r.a berkata :
Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah, hai lidah kami tuntut engkau dengan nama Allah, jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka.

Seorang sahabat berkata:
Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu.
Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu.
Pesanan Alqamah pada puteranya ....
Hai anakku...jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar...jikalau engkau berselisih faham dengannya...ia akan mengalah untuk kepentinganmu.."
Saiyidina Ali pernah berkata..
"Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu...."
Dalam hal bersahabat ini juga....ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat" Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki diri....moga-moga...kita akan menjadi sahabat yang sejati...yang dicintai.....dan dikasihi....aminn.

Sangka-sangka
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
*kredit pada web http://rieonline.netfirms.com/pedoman.htm