Halaman

Pengikut

20 Ogos 2011

Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker

**Ingin tahu bagaimana mendapatkan RM 500 secara mudah~klik sini**

~N3 Autopublish~

SEGMEN PERTAMA
Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.
 Menjadi seorang ibu adalah impian bagi setiap wanita yang telah berumah tangga.Ia adalah suatu saat yang benar2 membahagiakan. Mengandung...melahirkan..membesarkan...indahnya terlalu sukar untuk dilukiskan/digambarkan dengan kata2. Alhamdulilah, aku di antara golongan yang Allah swt berikan rezeki sebagai pemegang amanah untuk menjaga anak yang semestinya dari darah dagingku sendiri. 
Pertama kali aku tahu aku mengandung selang 3 minggu dari tarikh aku bernikah. Alhamdulilah aku bunting pelamin. Berita itu sangat2 mengembirakan kami sekeluarga. 
Setelah 9 bulan 10 hari aku mengusung perut, tanggal 28 Ogos 2007, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang kami beri nama Farisha Qasdina (kakak) , Alhamdulilah sihat dan comel. Dan dari situ lah bermulanya momen yang paling bermakna dalam hidupku.
    
Aku menempuhi alam berpantang
Sememangnya ia sesuatu yang baru dalam hidupku. Selama ini aku tidak pernah merasai makanan/ masakan yang selalu di hidangkan ketika seseorang wanita itu sedang berpantang kerana bersalin. Suasananya sangat lain dari hari2 biasa. Kini aku telah menempuhinya sendiri apatah lagi aku boleh menyusukan Farisha dengan susu badanku sendiri. Malah terus terang aku katakan saat ini aku rindu pada kenangan ketika dalam tempoh berpantang. Entah mengapa aku sangat rindukan saat itu, mungkin kerana kini aku sudah bersedia untu menambah cahayamata lagi. *-*

Berjaga malam
Sejak aku berbadan dua aku kerap brjaga di waktu malam..mungkin itu adalah latihan utk ku menempuhi alam keibuan sekiranya aku telah punyai anak. Sangkaan ku tepat. Tidur yang merupakan kesukaanku ketika zaman bujang telah ku korbankan setelah punyai anak dan alhamdulilah aku mudah utk berjaga di waktu malam walaupun anakku bukanlah menangis terlalu kuat. Tapi Allah mudahkan mataku utk terbuka kala tengah malam semata2 utk menyusukan Farisha.
Perkataan pertama anak
Tidak dapatku lupakan perkataan pertama anak sulongku, Farisha Qasdina adalah "MA..MA". Aku sangat teruja bila anakku sendiri memanggilku MAMA ketika berusia 1 thn 2 bulan dan ketika itu juga ku telah hamil 2 bulan untuk anak ke duaku. Kenangan yang sangat2 berharga dalam hidupku, sehingga aku mengalirkan airmata saat ayat pertama itu keluar dari mulut comel anakku. Betapa syukurnya aku Ya Allah kerana di kurniakan zuriat yang memberi berjuta makna dalam hidupku. 
Glitter Words


Kad Hari Lahir
Pada tahun lepas (2010), airmataku mengalir saat ku baca kad ulangtahun pemberian Farisha & Filzah. Walupun ia sekadar kad tapi ia memberikan kesan yang mendalam dalam hati sanubariku. Kad itu sangat simple dengan ayat "Selamat Hari Jadi MAMA..Kakak, adik dan ayah sayang Mama.. Mama adalah mama terbaik dalam dunia" dan yang paling aku tersentuh ada lukisan kelima2 jari kanan kakak dalam kad itu. Aku kurang pasti apa maksudnya..yg pasti itu lah jari yang suatu ketika dulu sangat2 kecil dan kini telah berumur 4 tahun.  Aku tanya My Incik Hubby (MIH), itu tulisan siapa sbb aku tgk tulisan itu bukan tulisan MIH sbb buruk *-* ..MIH aku ckp "itu tulisan kakak, ayah pegangkan tangan dia sbb tu nampak buruk...lepas tu dia cakap nak lukis gambar apa jadi ayah suruh dia letak tapak tangan atas kad dan ayah lukis tepi2 jari tu "..aku senyum tanpa sedar air mataku mengalir sambil memeluk kedua2 permata hatiku....
Anakku semakin membesar
Tahun ini adalah tahun pertama Farisha ke pra sekolah. Masihku ingan hari pertama dia ke sekolah. Kami hantar Farisha ke taska sbb dari taska akan naik bas utk ke sekolahnya di Kompleks 3C, Subang Jaya. Farisha sangat happy sbb dapat pakai uniform baru dan maybe dia teruja dapat naik bas. Tapi aku yang sedih sbb sepanjang 4 tahun usianya dia belum pernah merasai pengalaman naik bas. Aku bimbang dan macam2 benda yang tidak elok aku fikirkan..aku bimbang Farisha terjatuh saat naik dan turun bas, bagaimana pergaulan dia dgn kawan2, makan ker tidak dia di sekolah sbb Farisha sangat memilih makanan, selamatkah dia di sekolah..macam2 yg aku fikirkan. Saat aku lihat dia tarik beg utk beratur naik bas, aku  menangis lagi...aku memang sensitif pasal anak2..sampaikan MIH aku dah tau dan dia sempat mengusik aku sblum lepaskan Farisha naik bas. Ada ke dia boleh ckp "dah sediakan tisu ker belum..kang nak nangis x dak benda nak lap".. ^-^..
Mesti MIH pon masih teringat 4 tahun lepas saat aku pertama kali hantar Farisha ke taska ketika usianya 2 bulan. Hari pertama aku bekerja selepas habis berpantang. Bercucuran air mata aku menangis..rasa x sanggup nak berpisah dgn anak..itu kira logik la sbb Farisha masih baby..

Di hari pendaftaran & sesi suai kenal bersama guru

Hari pertama Farisha memasuki Pra Sekolah..Mama sedih tapi farisha sukeeee

Banyak lagi momen yang terindah
Kebiasaan MIH ku akan ambil mereka dari taska terlebih dahulu baru menjemput aku untuk pulang. Aku paling suka momen di mana mereka akan jerit2 gembira bila nampak aku melangkah masuk ke kereta dan kedua2nya akan datang padaku di tempat duduk belakang untuk peluk aku..sangat2 bahagianya ketika itu. Hilang segala penat seharian di pejabat.
Waktu malam pula, adik seperti biasa akan tidur awal selepas aku Breastfeedkannya. Jadi masa aku bersama kakak banyak. Saat kakak hendak tidur malam, dia nak aku tidur di sebelahnya. Ketika itu dia akan baca doa tidur dan akan cakap "saaaayang mama..selamat malam mama" aku pun akan balas balik "saaayaang kakak..selamat malam kakak"sambil cium pipi gebunya itu.
Kalau aku beri dia sesuatu yang dia suka contohnya hari tu aku ada buat kek muffin, dia akan cakap "terima kasih mama sebab buatkan kakak kek nie..saaayyannng mama"..berbunga2nya hati aku bila kakak kata begitu..pandai yer bodek mama..*-*

Farisha Qasdina bersama Filzah Qasrina

Anugerah yang tiada nilainya
Sekarang kedua2 anakku semakin membesar, hujung bulan Ogos nie usia Farisha genap 4 tahun dan Filzah telah berusia 2 tahun. Saat2 terindah bersama mereka ketika masih kecil kalau boleh aku tidak mahu walau sedikit pun hilang dalam ingatanku ini. Ia merupakan pengalaman berharga mengenai kehidupan indah seorang ibu.Mereka adalah anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya. Semoga mereka sentiasa menjadi anak yang baik dan taat pada mama & ayah serta perintah agama..Amin 
celebrate bufdey adik pada 12 Julai yang lepas



Tarikh tutup
20 Ogos 2011

Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.

**Ingin dapat kan VCO Catalyst percuma~dapatkan di sini**





 Arahan:
Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.

Glitter Words




Tarikh tutup
22 Ogos 2011


Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion

**Ingin tahu bagaimana mendapatkan RM 500 secara mudah~klik sini**






Arahan:

Lengkapkan ayat ini..

"Produk Fisher-Price meyakinkan kerana ......"
(tidak melebihi 30 patah perkataan)
IA DICIPTA MENGIKUT PERKEMBANGAN ANAK IAITU:  (6 AYAT)
RANGSANGAN (SIFAR BULAN), - (3 AYAT)
PERGERAKKAN BADAN (ENAM BULAN), - (4 AYAT)
PERKEMBANGAN BAHASA (EMPAT BULAN), - (4 BULAN)
MEMBESAR (12 BULAN) - (3 AYAT)
DAN - (1 AYAT)
BERJALAN/ MENEROKA (18 BULAN) - (4 AYAT)
BAGI MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK- ANAK. (5 AYAT)


Ku pun ada belikan Produk Fisher-Price untuk Farisha walaupon harganya boleh tahan jgk ler tapi yang penting berkualiti. Produk Fisher-Price yang aku beli seperti kat bawah nie..
Tertarik yang mcm piano tu sbb dia 3 in 1. Boleh di guna untuk baby yang masih meniarap, baby yang telah duduk dan baby yang dah pandai berdiri sbb stand piano tu blh di buka atau di lipatkan. Lagu dlmnya pun ada banyak dan berlampu2
Satu lagi aku beli Fisher Price Stride to Walk Walker. Menda nie boleh duduk mcm basikal. Model tembam tu Farisha Qasdina. Aku beli nie masa dia baru belajar bertatih 

Fisher Price Stride to Walk Walker nie juga sesuai untuk anak yang baru pandai dapat kaki..maksudnya baru belajar nak berjalan..Time nie Farisha yang sexy sedang berjalan guna Fisher Price Stride to Walk Walker. Sebenarnya tempat duduk tu boleh di kangkangkan dan anak akan berjalan di tengah2 sambil pegang handle. Menda nie juga ada muzik dan lampu..Tgk bakul kat depan tu, penuh ngan kain..apa aje la keja anak aku nie.. 

Skrg nie mainan tu dh di perturunkan kat adik plak..

Sangat suke eh naik menda nie...*v*


Tarikh tutup
22 Ogos 2011


Puteri Sulong

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Puteri Ke Dua

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Putera Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Recent Visitors

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)
Ends On 6 Sept

Pregnancy Moment Contest (3rd winner)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

1ST GIVEAWAY LOVELY MASHA (1st Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?(1st Winner- Entri Bijak)

Melati Mirror Giveaway (Top 5 Winner)

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)