Halaman

Pengikut

29 Oktober 2009

Kesian Anakku...

Huhuuu...waaaaaa...sedeynyer...patut la sejak 3 mggu yg lalu farisha asik on/off demam jer..rupa2nyer dia nk kena penyakit HFMD..apa tu..???ala penyakit tangan,kaki dan mulut..huhuhu...al kisahnyer...25 Okt ari tu baru kuar dengan jelas bintik2 merah kat kaki dan tangan dia..sebelum tu dah perasan dah bila dia nangis ada cam bintik2 kecil kat lelangit dalam mulut dia..ingatkan sbb dia panas dalam badan..rupanya itu la tanda asas penyakit nie..kat sekitar kawasan lampin dia pun ada bintik2 merah gak...aku ingat ruam lampin so aku sapu la ubat rash..bwk g klinik sbb tgk farisha dh x aktif mcm slalu..Sah, doc ckp mmg pyakit tu..

Penyakit nie mmg menyebabkan aku resah gelisah..ari nie kira nya dah 4 hari anak aku jd mangsa HFMD..patut la 2 hari lepas aku dapat surat dari taska, dorg bagi pd ibu bapa, menyatakan suh bawa comforter, bantal dan selimut sendiri..sblum nie bebudak nie tido atas tilam..isi surat tu menyatakan untuk mengelakkan penyebaran penyakit nie..abis tu ingat klu bwak brgan anak ingat boleh move ker pyakit nie klu pengasuh x jaga kebersihan...???tension tull aku..bila tanya pgasuh mmg dah ada kes ker..br dorg ckp dh ramai budak kena...sabor jer la...Semoga anak aku cepat sembut dan jgn la ada menda2 yang x diingini berlaku..

Aku nk upkan skit info pasal pyakit nie..

Deskripsi

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens

Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan Gejala

Di antara gejala jangkitan ialah:

• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan

Apa pun get well soon my dear....


zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)