Halaman

Pengikut

12 Februari 2012

CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD





CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD

Ini la yang paling ringkas untuk menceritakan sejarah Nabi junjungan kita...

tag
mamaishazah
sayangkuzie

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW  
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
  sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang   menyerang kota Ka'abah)  
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
  perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)  
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
  Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
  malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)  
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
  perniagaan.  
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang   pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa   itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
  jilid   1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah   14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan   berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
  binti Khuwailid Al-Asadiyah.  
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk   meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
 
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
  Mekah.  
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan   batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
  akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
  Bakar Al-Siddiq.  
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam'ah
 
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra'


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
  Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,   Khadijah adalah seorang janda).

 

SAUDARA SUSUAN
 
1..  Thuwaibah
 
1.  Hamzah
 
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1.  Halimah Al-Saidiyyah
 
1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
 
3..  Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
 
4.  'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-'Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
 
8. Abdul Ka'bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. 'Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
  aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam   syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Tarikh tutup 
20 Feb 2012






zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)