Halaman

Pengikut

02 Ogos 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Hari ini bermulalah "Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia" yang akan berakhir pada 7 Ogos nanti..



Bagi tahun 2010 ini, tema yang dipilih adalah :

PENYUSUAN SUSU IBU : HANYA 10 LANGKAH MENURUT CARA BAYI.10 langkah ini diterapkan dalam Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi.




Apakah dia 10 Langkah yang diwar-warkan itu?

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada
semua kakitangan kesihatan secara berkala.
2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan
polisi ini.
3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan
penyusuan susu ibu.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam
selepas kelahiran.
5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada
ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu
kecuali atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan
anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu
susu ibu.
10.Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu
ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

Bagaimana kita boleh membantu?

- Bantu kawan dan komuniti utk mendapatkan 10 langkah (Cik Pn. Wannorashi sila ulas..heheh)

- Libatkan diri dalam komuniti hospital dan tunjukkan sokongan anda

- Ambil tahu mengenai ibu-ibu yang sudah selamat melahirkan. Adakah terdapat
mana-mana kumpulan sokongan atau bidan dalam kawasan anda? Bantu
mereka dengan merujuk ibu2 itu kepada mereka yg berkenaan

- Libatkan diri dengan lebih besar, secara nasional dan global sekiranya mampu
* kredit sekali lagi pd Ayu- My Bf Journey..

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada diriku sendiri (kehkeh) sebab telah menyusukan anak kecilku Filzah Qasrina genap 1 tahun pada 12 Julai 2010 yang lalu. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar tanpa gangguan susu formula. Insyallah semangat ini akan aku bawa sehingga 12 Julai 2011 apabila anakku itu berumur 2 tahun..Semoga Allah permudahkan segala urusanku ini..Amin..


zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

Kad Penghargaan Ibu Menyusu

Salam..
Wah... siap ada kad penghargaan lagi nih..berbunga2 rasanyer bila ada yang menghargai...

Oleh itu, saya juga mgambil kesempatan ini untuk meghadiahkan kad ini juga kepada rakan2 yang masih menyusukan anak sempena "Minggu Penyusuan Ibu Sedunia".

Jemput ke Dunia Susu Ibu untuk mencetak atau tampal di blog kad penghargaan ini .

Terima kasih kerana menyebarkan


zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)