Halaman

Pengikut

31 Oktober 2010

" JOM JOIN CONTEST MUKA ITIK ITU CUN MISZNORUL"

(nota siku: ini adalah sticky post ye kawan2)
31 Okt 2010



Wah.wahh..wahhh..misznorul nie kata ada satu website yang sgt membencikan gambar2 yg model2 nya buat muka /bibir mencebik cam itik..
ANTI MUKA ITIK

dan disebabkan itu ler..beliau mendapat ilham utk membuat contest nih..ooo..begitu al-kisahnya...


Actually..mmg aku tgk byk budak2 mude klu bergambo, asik wat muka mimik cam gitu..naper ntah..aku x minat langsung ler nak wat muka cam gitu..aku lebih sukeee senyum/smileee..gitu..

tp..heheheh..ari tu farisha mgada2 nak main snap2 pic guna kamera hp..so..aku turutkan jer la kehendaknyer..x mau bising sbb adik tgh tido..dan yg bestnyer aku ler yg jd modelnya...kuikui..aku pon wat ler muka muncung itik tuh...dan ini ler hasilnyer..(adik dok tido kat situ..mama n kakak dok mengedikss...gediks nih time ayah x dak kat umah ler..hiiii)



Nak tag:

Teppei
Ini lagi pic kakak snap...heheh

Amacam..??ok x..kehkehkeh...

Jom ler join contest nih n sesama memuncungkan bibir..huhuu...

Tarikh Tutup: 31 okt 2010

30 Oktober 2010

Konvoi ulat bulu di Afrika Selatan


Konvoi yang luar biasa ini adalah jejak 136 ulat bulu kecil berangkat ke semak-semak. Adegan ini ditangkap oleh Jamie Rooney, ketika kenderaannya tersadai sementara konvoi sepanjang 5m (17 kaki) menyeberangi jalan di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Serangga-serangga halus yang dihubungkan oleh satu benang sutera nipis tunggal di tanah yang menetapkan jalan keluar ke semak-semak, di mana mereka akhirnya akan berubah menjadi kupu-kupu. Mereka mengambil sekitar 20 minit untuk menyeberangi jalan dengan selamat.

“Ini adalah suatu pemandangan yang luar biasa,” kata lelaki berusia 38 tahun itu dari High Wycombe. “Kami keluar untuk melihat lebih dekat dan sebanyak 136 ulat, semua bergerak bersama-sama di trek.

“Penunjuk arah (guide) kami belum pernah melihat itu sebelumnya tapi dia sudah mendengar tentang hal itu dan menjelaskan bahawa mereka berhijrah ke dalam semak-semak, di mana mereka akan bubar dan berubah menjadi chrysalises.”

“Ianya seperti penghijrahan beramai-ramai haiwan besar seperti rusa kutub tetapi pada skala dan kelajuan yang berbeza.”

Lihatlah keunikan alam ciptaan Allah S.w.t ini. Serangga-serangga pun pandai memberi contoh kerjasama dan muafakat, tetapi kenapa manusia sekarang ini semakin mahu bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri? Nampaknya serangga lebih bijak dari manusia yang sebegitu. Ulat bulu / beluncas sekarang ini bukan hanya pandai naik daun, tetapi pandai juga membuat konvoi,
subhanAllah …….

Cik Anita Songeh Giveaway.

**Sticky Mood until 30 October 2010**


GA di anjurkan oleh Cik Anita yg masih single mingle... Sila klik jika berminat yer..

ku nak tag

~teppei
~pinkgirl

Tarikh tutup pada 30.10.2010


"Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be "

Sticky Mode sehingga 30 Oktober


Ibu mengandung adalah cantik.Mungkin diri kita kadang2 rasa sememeh je bila tgh preggie, tapi sy suke sgt tgk org(dan diri sendiri) yg sedang pregnant....I always feel that mom-to-be(s) are always pretty and beautiful!!!!!..itu la kata2 Cik Puan Catlina..ini blognya..http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/10/catlinaflybaby-celebratesbeautiful-mom.html

memang betul pun apa yang dikata beliau..dan sekarang pon aku rasa dah ready nak menambah...kuikui..hehehhe...hahahah
ini adalah banner sponsors contest







The Honeybunch Marketplace: http://saleathoneybunch.blogspot.com/

Kategori (A)Contest Bergambar--------------------------------------------------------

Ini la gambar ku yang tengah preggy....


Pic kat atas tu kalau tak silap, masa aku tengah preggy 5 bulan

Tarikh melahirkan 12 Julai 2009 terawal 2 minggu dari tarikh yang dijangkakan (25 Julai -sama tarikh ngan bufdey aku..)

Baby yang aku usung selama 9 bulan dalam perut tu tak lain dan tak bukan Filzah Qasrina bt Md Fazly

Sekarang dah berumur 1 tahun 3 bulan
2 orang puteri kesayangan aku..farisha bersama filzah...
Sapa yg blom join contest..tggu apa lagiiii.....

29 Oktober 2010

Zuriat Hamster Yang Pertama

Salam..ingat tak ari tu aku ada citer pasal binatang peliharaan aku hamster..klu x ingat leh tgk N3 nih ..WonderPets.. dah 3 minggu aku bela..semalam, tak disangka2 yang betina tu (wonderpet kakak) telah melahirkan zuriatnya yang pertama..Alhamdulilah..tapi seekor je..kakak n ayah punye lah xcited sbb 1st time tgk baby hamster kecik yg amat..aku dah pernah tgk dah sbb sblm nih parent aku pernah bela hamster..


Berdasarkan pengalaman dulu pasti parent hamster akan mkn baby hamster..aku pon x tau napa..jadi utk selamatkan baby nih ayah sanggup tumpangkan hamster jantan (wonderpet adik) ke sangkar hamster anak jiran..dan angkat baby hamster tu ke tempat yg banyak habuk kayu..semata2 nak memanjangkan hayat baby nih..


Alih2..huhuhu..pagi tadi sebelum g keja seperti biasa akan jenguk hamster..tapi peliknya baby yg seekor tu dah x dak..huwaaa...sedeynyer...puas la ayah kuis2 habuk kayu tu ketepi..ner la tau tertimbus ker..tapi mmg x dak..

kat opis aku ckp ngan member (Rina) yg bagi aku hamster tu..dia ckp x mungkin dia beranak seekor je..maybe ada lg beberapa ekor tp dah kena baham dah sblum tu..lgpon baby yg seekor tu mak dia mkn, maybe sbb takot kitaorg amik baby dia...ada logik nyer jugak kata member aku nih sbb ayah mmg ada kalih baby tu ke tepi....


huhuhu...alamatnya lama lagi ler nk tgu pasangan hamster nie beranak lagi...ku siap mimpi2 lagi mlm td psl hamster nih..xcited sgt hamster dh beranak.. ^~^




28 Oktober 2010

" Kami 1st Giveaway "



Ada lagi 2 hari tarikh tutup " Kami 1st Giveaway " nie..ku pon baru nak join setelah BW ke malaysia giveaway


So..untuk sesapa yang juga baru nak join cam aku nih..sila la klik di sini yer...

TIGA hadiah menanti pemenang dan dipilih randomly dengan cabutan bertuah

Nak tau apa hadiahnya...

Kain ela..heheheh..biru youuuu...

Misteri: Manusia boleh lihat bunian


Ku tertarik pada artikel ini..mmg ler panjang lebar tp sesuatu yg kita x nampak..jom baca..
Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.


Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.


Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.


“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.


Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.


“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.


Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.


“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.


“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.


Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.


“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.


Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.


“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.


“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.


Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.


“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.


“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.


Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.


Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.


“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.


“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.


Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.


Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.


Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA


- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.


- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.


- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.


- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.


- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.


- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.


- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.





Ku baca nie..meremang plak bulu roma..aku nih mmg lemah semangat..penakot yg amat..huhuh..teringat plak slot Lagenda, Lagenda Sumpahan Puteri Bunian..Cam tu la kot ehh apa yg di ceritakan oleh Dr Jahid..


Apakah itu Zionis?


Zionis adalah sebuah pergerakan yang telah lama beroperasi, tetapi secara rasminya diasaskan oleh seorang jurnalis Yahudi Hungary iaitu Theodor Herzl pada tahun 1896. Matlamatnya adalah agar orang2 Yahudi kembali ke Eretz Yisrael, atau Zion. Nama Zionis diambil dari nama sebuah bukit iaitu Bukit Zion, sebuah bukit di mana Kota Jerusalem berada. Penyokong2 pada pergerakan ini dipanggil ‘Zionists’.

Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya “Der Judenstaat” (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini.

Pada hari ini, secara kasarnya seramai 40% penduduk Yahudi di dunia tinggal di Israel. Dan 40% lagi tinggal di Amerika Syarikat.

Zionis berbeza dengan Yahudi yang berpegang kepada kitab Perjanjian Lama, kerana Zionis adalah suatu badan sekular yang cuba memisahkan agama. Ianya dipengaruhi oleh illuminati iaitu satu pertubuhan besar yang ingin menakluki dunia suatu masa nanti. Yahudi yang berpegang teguh dengan PL menganggap perbuatan Zionis merampas bumi Palestine dan membunuh ramai jiwa itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

27 Oktober 2010

Ann's 1st giveaway: Sapa nak baucer RM 10

Wahhh..fast food kegemaranku...sehingga menjilat jari gitu...org nak bagi free..sapa x nak..toll x???

3 org akan dapat baucer KFC bernilai RM10 setiap seorang.

korang nak tak?

ku nak g tau pada:

teppei
izwa
pinkygirl
dan sesapa yang baca n3 nih..

Sok last day GA nih..so sesapa yg berminat..jom terjah blog Ann...

26 Oktober 2010

~Perbezaan otak lelaki dan perempuan~

Kata si Tengku Aizat nih dalam blognya..'Post ni bukan bertujuan untuk menggalakkan ‘gender war’, post ni post yang menegakkan keadilan. Hehehe,takde berat sebelah mana² gender pun'..itu antara kata2nya...




Dalam kepala wanita ;

1~umum tahu driving skills kebanyakkan wanita mmg worst
2~memang punca sakit kepala
3~membebel je keje
4~tau salah ‘kita’ je!
5~keperluan ditinggalkan kerana kemahuan!
6~ingat nak shopping je

7~pantang nampak benda berkilat
8~kuat gosip
9~sangat marah kalau kaum lelaki tak igt date² tertentu
eg : Birthday,anniversary dan lain lain
yang lain boleh rujuk gambar
.
.
Sekarang, kita pergi ke bahagian kepala otak lelaki pulak.




Dalam kepala lelaki ;

~Rajin segala bidang dalam rumah
~laki ni penyayang, sebab tu kami selalu mengalah
~kebolehan membawa manual transmision JAUHHHHHH lagi baik dari WANITA yang bajet
bagus!
~Kami berfikir sebab SEX pun disebabkan kaum perempuan jugak!
~Yang buruk² pasal laki dalam diagram di atas tolong abaikan, tipu je tu.
.
.
Sape setuju?


Sampai begitu sekali dia anggap pompuan..ishhh...ishhh...yang aku cam nak tergolak hat no 7 tuh..kuikui..x terpikir lak lelaki boleh pikir sampai ke situ....
Apa pun bersyukur la dengan kurniaanNYa..tiada manusia pun yang sempurna di muka bumi ini..So..sapa yang perasan baguihh tu..muhasabah la diri ekkk....

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

Sekarang nih memang dah wujud macam2 penyakit..antara faktornya adalah makanan yang kita ambil seharian..so apa lagi yg boleh menyebabkan rosaknya otak..ada beberapa kat bawah nih..sila la baca...

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

~ku kena sarapan walaupon hanya makan kuih jer..klu x macam mana pengeluaran susu nak ada..heheheh

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

~Klu lauk yang aku suke..time nih ler aku cam x hingat nak simpan skit perut tu utk esok..

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

~dah tentu ler aku x merokok..tp hubby aku perokok..tp dia jarang merokok apabila bersama ku dan anak2..

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

~Mmg aku x berapa suka menda2 manis nih..

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

~Ini isu global..klu stakat aku jer nak jaga alam sekitar mmg x jadi ler...

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

~Best hapa...bujang dulu mmg aku kaki tido...hahah (pengakuan ikhlas)..tapi dah beranak pinak nih..x dan dah nak tido cam dolu2..

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

~X sukee ahh..kang x bernafas...


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

~klu dah x sihat tu..dok je la umah..x yah sibukk2 pikir nak keja..x pasal2 mereng plak...

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

~lebih kurang berangan ler nih..best apa sesekali berangan..jadi Mem BEsauu...

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


~Nie kategori org yang malas nak pikir la nie..Lu Pikir la Sdiri...

Dipetik dari sumber Internet


MY GIVEAWAY!!!!!

Kagum tgk org yg tangan kreatif nih..tanganku keras..x kreatif langsung..huuuhu..tapi aku still bersyukur skurang2nya aku masih ada tangan..hiiii

tgh berblog walking rasa nk join plak GA nih..simple jer...so sapa nk join klik sini yer...

present dia pon comeey bangat..

Antara lain yg aku tertarik..hasil kraf dia nie haaa....

Comell kan..

24 Oktober 2010

"comei lotte contest by jaijina"

sticky post until 24 october 2010
scroll down for new entry

Kali ini az rina a.k.a jaijina telah membuat contest sempena ulangtahun kelahiran Nur Aisyah (anak daranya) yang pertama..HaPpy bufdey si kenit Aisyah..


Antara syarat contest..

Letak kan sekeping sahaja gambar kanak² yg korang rasa terbaik kecomelanya..kanak² (tak kira anak korang atau bukan..asalkan jgn colik anak org lain, sudaaaa) terbabit hendaklah berumur diantara 1tahun hingga 4 tahun..


ini pic yg aku nk tempek..(of coz ler anak ku sendiri..heheh)

NAMA : Filzah Qasrina Bt Md Fazly
UMUR: 1 Tahun 3 Bulan
NAMA IBU n BAPA: Fara n Fazly

Kupilih pic ini kerana......masa nie adik x sihat..kena demam campak..abih muka dia ada bintik2 merah..dah ler kulit dia putih gebu..huhuhh..sib baik bukan cacar air..that way ler nampak monyok jer muka dia tu..tp kemonyokkan dia ler yg membuatkan face dia nampak comeii..ku saje jer sarungkan baby hat kat kepala dia sbb aku baru beli hat tu online..dia wat x tau je aku letak menda tu atas kepala..so..aku snap ler..bukan senang adik nak dok diam waktu bergambar..sian adik..

ku nak tag..

hadiah untuk penyertaan adalah sangat lumayan
1st prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM50
2nd prize : 1 set baby gap pyjamas + duti raya RM40
3rd prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM30

tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 24 oktober 2010 jam 12 tgh malam. So..apa tguu lagi jom join..sila Klik..

23 Oktober 2010

1st Hotz~Mama.. Cabutan Amat Bertuah

**sticky mode till 23 Oct 2010..
scroll turun fr new entries**


1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaikaberserta tas tangan exclusive dari SyazLurve Couture Collection

JOM JOIN 1st HOTZ MAMA LUCKY DRAW! Nak join..?? Ini linknya..http://www.tokeyalya.com

Tarikh tutup: 23 Okt

22 Oktober 2010

CONTEST GAMBAR PERCUTIAN YANG MENARIK LAGI TERTARIK

Ku terasa MaU JoiN GiVeWaY ini!!!

DiAnJuRKan oLeH cik KoJah:
Klik
sini yer untuk join..

Klu tgk blog si Kojah nie..mmg ler dia nie sukee berpossing..sbb picas percutian dia byk pic tgh berpossing..heheh...I like..

TerJAh CePat!!!!

Ini ler pic nyer cik Kojah..


Aku tempek pic nie sebab pemandangan belakang tu sesejuk mata memandang..lautan luas tu seperti tiada penghujungnya..walaupun time possing tu panas yang amat..dah tersepet2 mata kitaorang memandang kamera..Actually, pic nie masa bercuti di PD..(dokek jer) pada bulan April yang lalu..Ini adalah kali pertama bawa anak2 ke laut..sebelum nie tak berani..tapi walaipun kali pertama kami tetap naik bot...hiiii...

Pic nie x dak kena mengena ngan kontes cik kojah yer..hiii


okehh..tarikh tutup penyertaan adalah 5 Nov..

Puteri Sulong

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Puteri Ke Dua

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Putera Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Recent Visitors

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)
Ends On 6 Sept

Pregnancy Moment Contest (3rd winner)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

1ST GIVEAWAY LOVELY MASHA (1st Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?(1st Winner- Entri Bijak)

Melati Mirror Giveaway (Top 5 Winner)

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)