Halaman

Pengikut

24 Januari 2011

Isteri hamil dibunuh untuk dapatkan janin buat tangkal menang loteri

HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.
Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan.
“Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP


Apa punye laki la cam nie..sanggup membunuh..dok ler dlm jail tuh..nyusahkan org jekk..teringat plak ler citer 'Ngangkung' ..layan DVD ngan My Incik Hubby mlm tadi..wahahah..lawak ar citer dia..aku yg penakot nih pon leh berani tgk citer nih..hahaha...lawak bkn sebarang lawak..tetap ada message utk penonton..




Ular Kepala Tujuh!!!

ULAR KEPALA TUJUH?... Hasrat tiga pemuda dari Kampung Ngulang, Kangar untuk memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, baru-baru ini terbantut selepas terserempak dengan seekor ular dipercayai jenis tedung selar berkepala tujuh. Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan. Gambar ini dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang pemuda yang kebetulan memberanikan diri dan selepas itu mencetak gambar itu di kedai gambar. Inilah kebesaran Tuhan supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajarannya. - Foto BERNAMA
takotnyer la hai...camner ler klu cicak berkepala tujuh...eeeee....mintak jauh la dari terserempak...

7 Perkara Yang Dilarang Selepas Makan, Berwaspadalah Bagi Mengekalkan

Nak update aper yer..terasa seperti kehilangan mood seketika..
So jln2 untuk dapatkan info yang sihat..lupakan seketika pasal contest @ GA..ok..
Ini ada info JANGAN yg sangat2 berguna..so check it out..
1. Jangan merokok – eksperimen yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat kanser adalah tinggi)
2. Jangan terus memakan buah-buahan – Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana dimasuki angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam sebelumnya.
3. Jangan minum teh – Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan akan menjadi keras, justeru ianya lebih sukar untuk dihadam.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda – Melonggarkan tali pinggang sesudah makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan amp tersekat.
5. Jangan mandi - Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah disekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
6. Jangan berjalan-jalan – Biasanya orang akan mengatakan bahawa berjalanlah seratus langkah sesudah makan dan anda akan hidup sehingga berusia 99 tahun. Hakikatnya, ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan.
7. Jangan terus tidur – Makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.
Pas nie leh ler kita amalkan yer..untuk kebaikan diri sendiri jugak..
zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)