Halaman

Pengikut

23 Julai 2011

korang vote saya, saya kasi hadiah

korang vote saya, saya kasi hadiah

TARIKH TUTUP
31 OGOS 2011
 

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011

**Barang kosmetik murah tapi branded~dapatkan di sini**



Berikan email di duniasusuibu@gmail.com / Facebook Dunia Susu Ibu

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 bermula 1 Julai 2011 – 31 Julai 2011.
Hadiah bernilai lebih RM1500 untuk dimenangi!

Kategori:
1. Bersalin secara normal

Tarikh Lahir Anak:
12 Julai 2009

Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih):
Alhamdulilah..tanggal 12 Julai 2009 (Ahad) jam 3.41 ptg aku selamat melahirkan seorang lagi puteri ke dua secara normal walaupon terpaksa di 'induce' kerana laluan utknya keluar masih tidak terbuka walaupon kontraksi perutku ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Semalaman aku bermalam di Hospital Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Shah Alam kerana aku merasakan telah tiba masanya untuk aku bersalin walaupon duedate sebenar yang dimaklumkan oleh Dr. Norleen adalah tanggal 25 Julai 2009 bersamaan dengan tarikh lahirku..seboleh2nya aku tidak mahu bersalin secara caesarean.

Aku sangat2 cuak masa itu..Syukur suami masih ada di sisi, menemani ku di hospital sejak malam kami ke hospital sampai la di saat aku ingin melahirkan.
Dalam hati sanubari aku juga turut hiba mengenangkan puteri sulungku Farisha Qasdina yang semasa itu berusia 1 tahun 11 bulan. Hari itu adalah hari pertama Farisha tidur bersama nenek dan atuk tanpa mama dan ayah di sisi. Aku sangat2 sebak mengenangkan anak sulongku itu..ntah macamana lah dia di saat mama dan ayah berada di hospital. Tanpa di sedari air mata aku bergenang dengan sendirinya. Suami aku faham situasi aku di kala itu..dia hanya mampu menenangkan perasaan hibaku ..sesungguhnya naluri keibuan ku sangat2 kuat sementelah di saat itu adalah saat yang paling getir bagi seorang ibu yang ingin melahirkan.
Acapkali aku berdoa dan beristighfar memohon kehadrat illahi agar Allah mempermudahkan urusan untukku bersalin. 

Jam 2.45 ptg aku di hantar ke Labour Room memandangkan setelah diseluk bukaan ku masih juga 2cm. Hampir 1 jam ubat induce di masukkan, perutku di pasang dengan tali pinggang mesin CTG, perut ku teramat2 sakit. Kontraksi untuk bersalin makin kerap..Suamiku semakin bimbang dan kerap menenangkan aku..Aku memohon jutaan kemaafan kepada suamiku..Mungkin ada kekhilafanku padanya membuatkan aku sukar untuk bersalin. Sekali lagi airmata ku mengalir ke pipi..(klik sini utk Puteri Baruku..)



 Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
Mendapat zuriat yang kedua sangat mengujakan aku..alhamdulilah, aku telah selamat melahirkan seorang lagi baby perempuan yang kami namakan Filzah Qasrina seberat 2.80kg. Nama itu bermaksud Istana Belahan Jiwa. Aku redha..walaupon dalam hatiku ingin memiliki anak lelaki. Itu semua kuasa Allah, Dia Maha Mengetahui kenapa kami masih dikurniakan anak perempuan. Bagiku dikurniakan anak yang sihat dan sempurna, itu sudah cukup mengembirakan kami suami isteri.

Setelah aku dihantar ke bilik untuk berehat kerana melahirkan..aku minta jururawat menghantarkan Filzah untuk disusukan. Pertama kali melihat wajahnya, hatiku terdetik..saling tak tumpah macam wajah Farisha. Syukur ke hadratMu ya Allah.



Misi pertama untuk menyusukan Filzah ku lakukan walaupon susu badanku masih belum keluar. Aku nekad..aku tidak mahu pekara yang berlaku pada Farisha berulang kali ini. Alhamdulilah, Filzah pandai menghisap walaupon ini pertama kali ku suakan puting ke mulutnya. Hampir 2 jam juga Filzah bersamaku..dikala ini ramai saudara dan rakan datang melawat. Ku mmg sengaja tidak tidor bersama Filzah di malam itu sbb ku masih lagi penat dan bimbang Filzah kelaparan kerana susu badanku masih belum keluar. Jadi ku serahkan Filzah kepada jururawat untuk menjaganya. Aku rasa itu lebih terjamin dan aku izinkan jururawat utk memberi Filzah susu formula sementara susu badanku masih belum keluar.

Keesokkannya jururawat menghantar Filzah kepadaku untuk di susukan. Bila ku suakan saja puting ke mulutnya, dia menghisap seperti semalam. tapi aku rasa terlalu amat sakit seolah2 putingku melecet..sangat pedih dan terasa kepanasan. kenapa??..ku bertanya dalam hati..ku tarik puting menjauh dari mulut Filzah dan dia mula merengek..aku risau..dan ku belek putingku dan kudapati ..Ya..memeng melecet..aku cuba ubah Filzah utk hisap puting sebelah kiri pula..dan ia mengalami pedih yang sama..Mmg aku sedar air susuku masih belum keluar.

Kebetulan Doktor datg melakukan pemeriksaan ke atasku..dan ku mengadu yang putingku ini sakit dan pedih. Doktor menasihati aku supaya tidak terlalu stress utk menyusukan baby kerana air susu belum keluar dan baby hanya hisap puting sahaja bukannya air. Bermakna aku tidak boleh menyusukan Filzah buat sementara waktu sehingga putingku sembuh. Ku sapu ubat krim bepathen dan memikirkan bagaimana Filzah akan dapat kolustrum jika masalah ini berlarutan

Tengaharinya (Isnin) ku dibenarkan pulang. Bermula la episod berpantang..(sangat rindu waktu berpantang)
kali ini lebih mencabar, dengan melayan karenah Farisha dalam masa yang sama menjaga Filzah. Maklumlah usia Farisha yang hampir 2 tahun nie begitu memeningkan aku.


Farisha membantu mengacau dan menyibokk nak tolong nenek mandikan adik
Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
Hampir 3 hari juga puting aku nie melecet. tapi aku tetap BF Filzah. Bila sembuh dan ku nyusukan Filzah, ia jadi lagi..tapi aku nekad..Itu bukan penghalang untuk aku meneruskan niat menyusukan Filzah. Karenah Farisha pula makin memeningkan. Dia seakan memberontak kerana aku kerap bersama adik berbanding dirinya. Tak seperti sebelum ini..sepenuh perhatian ku tumpukan padanya. Seperti kelahiran pertama, kali ini ku masih juga berpantang di rumah mak.

Pernah suatu malam, tengah malam tak silap aku..dalam jam 2.30 pagi macam tu, Farisha merengek2 tak tentu hala. Memang Farisha akan terjaga malam untuk mintak susu. tapi di sbbkan aku tido dengan adik dan Farisha tidur sebelah emak jadi susu lambat buat. Apa lagi merengek2 la dia. Aku dan emak pujuk banyak kali pun masih tidak mahu senyap. Akhirnya, mak tarik Farisha dan bawanya ke dapur tanpa buka lampu..dengan harapan dia senyap kerana takutkan gelap. Tapi, aku kecil hati mak buat Farisha begitu sehinggakan aku mengeluarkan perkataan tanpa sengaja mengecilkan hati mak. Maybe aku terlalu beremosi apatah lagi aku masih dalam pantang.
dalam hati berkata2.."kan elok kalau Farisha masih BF..agar mudah..x perlu buat susu"..
Alhamdulilah..selang seminggu usia Filzah, aku dapat menyusukannya seperti biasa. masalah melecet sudah tiada. Mesin pump Spectra 3 yang aku beli seawal usia kandunganku 6 bulan masih belum di gunakan..Kebanyakkan masaku banyak menyusukan Filzah secara direct dan aku tidak terfikir pun untuk buat stok sepanjang 2 bulan aku cuti bersalin.

Seminggu sebelum ku bekerja baru la terhegeh2 aku nak buat stok susu badan. Ku guna mesin Spectra 3 dan aku dapati air susuku sukar utk keluar..Aku dah pusing volume hampir separuh tapi setitis air susu pon tidak kelihatan. Nasib baik pump manual brand Pegion yg aku beli ketika zaman Farisha dulu masih elok. Jadiku gunakan pump itu utk perah susu utk dijadikan stok. Bila suamiku nampak ku tidak menggunakan pump Spectra 3 tu, dia mula bersuara.."beli mahal2..sudahnya pakai pump lama jgk..'..aku terdiam..

 Sokongan yang diperolehi
"Kenapa tak keluar susu nie??"..."letih guna pump manual".."stok tak cukup utk Filzah bila aku kerja nnt"..itu antara soalan yg bermain difikiranku..di kala itu orang yg aku ingat adalan rakan sekerjaku iaitu Wan Norashikin. Beliau adalah Peer Councellor dan sering menjadi rujukkan tentang penyusuan susu ibu di pejabat. Lagipun dia berpengalaman menyusukan kedua-dua anaknya dengan susu badan sepenuhnya.

Darinya baru lah aku tahu bahawa sekiranya sebelum ini ku guna pump manual jadi bila menggunakan pump elektrik perlu volume yang tinggi supaya sedutan tersebut mengeluarkan air susu. Ku ingat volume separuh tu dah cukup tinggi rupa2nya nasihat Wan betul..ku cuba dah barulah nampak hasilnya. Itu lah akibatnya tidak mencuba terlebih dahulu sebelum beli..

Kebetulan juga jiran dihadapan rumahku yang ku panggil Opie, juga  beranak kecil..Semasa Filzah hampir menginjak 2 bulan, anaknya itu berusia 4 bulan. Dia juga menyusukan anaknya itu secara ekslusif tanpa campuran susu formula. Sebelum ini, anak sulungnya juga full BF tapi dia lebih beruntung sebab tidak bekerja. Semasa kami berbual2, aku ada cakap padanya yang aku berniat utk menyusukan Filzah tanpa campuran seperti dia tetapi tidak yakin sbb aku bekerja dan kerja aku juga banyak berada di luar pejabat. Opie sangat2 menyokong niat aku itu.

Antara katanya yg aku ingat sampai sekarang, " Itu bukan alasan utk beri anak susu botol, susu ibu adalah hak anak. Fara akan rasa puas jika tgk anak membesar tanpa susu botol. Kalau tak percaya bagi la susu badan dan cuba tgk apa bezanya dengan anak pertama nanti"
Kata2 Opie itu benar2 memberi aku semangat dan aku begitu teruja utk melihat perbezaannya sbb anak sulungku Farisha telah ku beri susu formula + susu badan seawal aku berpantang. Dalan usia Farisha 9 bulan, dia minum susu formula sepenuhnya kerana air susu badanku telah tiada.

Selain itu, ku juga mendapat sokongan dari kakakku yang ku panggil Angah. Walaupon dia jarang meluahkan melalui kata2 tapi dia menghadiahkan aku cooler bag, botol susu, ice pack dan teh untuk perbanyakkan susu badan untuk aku meneruskan niatnya yang tidak kesampaian. Sebenarnya Angah ingin menyusukan anak ketiganya yang lahir awal tahun 2009 dengan susu badan. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana masalah pembekuan susu pada breastnya. Sehingga dinasihatkan doktor agar tidak meneruskan penyusuan susu badan kerana ubat yang diberi oleh doktor tidak merangsang pengeluaran susu. Untuk tidak mensia2kan pemberian Angah, ku akan menggunakan hadiah tersebut semaksimum yang mungkin.. Insyallah.

      Tiba masanya untukku bekerja. hatiku mula terdetik, ada kemungkinankah susu Filzah akan tertukar dengan susu baby lain kerana botol tersebut di letakkan dalam peti ais taska yang penuh?. Ya..ada..sbb mmg ada kes baby lain di beri susu badan milik baby lain. Waktu rehat itu juga ku ajak suamiku untuk beli
set Moms Precious cooler bag (klik sini utk Aktiviti baru..)
Beg nie adalah utk menyimpan susu yang sudah di pump di ofis manakala cooler bag yang Angahku beri adalah utk di letakkan susu dari rumah utk di letakkan di taska. Jadi tidak perlu keluarkan susu utk di letakkan ke dalam peti ais taska (klik sini utk Stock makin meriah...)

Hari demi hari, Filzah membesar dengan sihat..terus terang aku katakan susu ibu tiada tandingannya. Adik sangat jarang sakit/ demam dan membesar dengan gebunya. Apabila ada ibu2 yang bertanya anakku minum susu apa dan aku dengan bangganya memberitahu hanya susu badan.



Filzah ketika usianya hampir 3 bulan




Sememangnya sepanjang hampir 2 tahun aku menyusukan Filzah Qasrina, alhamdulilah Allah mempermudahkan segala urusanku. Masalah semasa penyusuan juga tidak banyak berlaku dan tidak sesukar apa yang di fikirkan. Cuma aku ralat sebab kurang 2 bulan sahaja lagi utk Filzah melengkapkan proses penyusuan sepenuhnya kerana aku telah mencampurkan susu formula ketika usianya 1 tahun 10 bulan kerana masa utk aku pump di ofis semakin terhad. Jadi stok susu juga makin berkurangan dalam peti ais. Tanpa fikir panjang dan stress ku berikan susu lembu kepadanya.
Insyallah..jika di murahkan rezeki dari Allah Taala, akanku teruskan perjuangan ini utk anakku yang seterusnya bak kata pepatah...

"Hendak Seribu Daya..Tak hendak Seribu Dalih"

Sila rujuk N3 dibawah ini juga~

(klik sini utk Taklimat Penyusuan Susu Ibu)
(klik sini utk Ice blended kurma)
(klik sini utk Kad Penghargaan Ibu Menyusu)
(klik sini utk Merundum)
(klik sini utk Meningkatkan penghasilan..)
Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)
(klik sini utk Anugerah Perak)


 Gambar berkaitan penyusuan

Gambar semasa aku menyusukan anak sulongku - Farisha Qasdina. Tapi tidak full breastfeed. 
 
Ketika makan diluar..Mudah. Bila Filzah ingin menyusu, ku suakan aje.. 

Menyusukan Filzah ketika berusia 8 bulan
 
Cooler bag yang ku gendong selama 1 thn 10 bulan ke pejabat

Sijil yang ku dapat sebagai salah seorang peserta yang menyusukan anak secara penuh lebih dari 1 tahun ketika Sambutan Hari Susu Ibu peringkat MPSJ 2011 

Buku panduan yang sangat2 berguna dan seringku jadikan rujukan.

 
Filzah genap 2 tahun pada 12 Julai yang lepas dan masih menyusu badan ketika kami bersama..Alhamdulilah

Permata hati Mama & Ayah..Semoga ke dua2nya membesar dengan sihat. Amin

Ku ingin tag
Teppeijourney
Izwa
Wan norashikin
Ayu


Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada 10 Ogos 2011.

zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)