Syarat penyertaan:
- Terbuka kepada semua.
- Buat 1 entri di blog anda untuk menyatakan bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.
- Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
- Salin dan tampal logo DuniaSusuIbu.com ini di permulaan entri anda.
- Masukkan blog DuniaSusuIbu.com dalam senarai blog anda
Peraduan bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010.
Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada 15 November 2010
Nak mula dari mana ehh..??ok begini....
Setiap hari semenjak bekerja kembali setelah abis cuti berpantang selama 2 bulan pada bulan September 2009, rutin harianku di pejabat akan di selitkan untuk sesi mengepam susu untuk anakanda bongsuku Filzah Qasrina..Alhamdulillah, selama usianya kini 1 tahun 3 bulan aku masih mampu untuk menyusukannya dengan susu badanku sendiri secara exclusive..
Laci agak berselerakkan...huhuhu
Pam Manual Pigeon yang banyak berjasa sejak 3 tahun dulu
Untuk sesi pertama, setiap hari, aku akan mula mengepam pada jam 10.30 pagi..sebab semasa perjalanan hantar Filzah ke taska, aku telah menyusukannya terlebih dahulu di dalam kereta (suami pandu kereta). Dulu, pasti aku akan guna botol 9 oz sbb pengeluaran banyak..best ler masa tu..tp bila anak dah lepas 1 tahun nie pengeluaran dah makin merundum..sekarang akan dapat paling banyak 4 oz untuk sesi pagi..huhuhu..dan masa untuk mengepam pun makin lama..ada kalanya menjangkau setengah jam..
Sesi kedua aku akan pam pada jam 1.30 @ 2 ptg..lepas lunch..akan dapat 5 oz..untuk sesi tengahari selalunya sekejap je sbb baru makan tengahari. Dan sesi ke tiga pada jam 5 petang sebelum pulang. Misalnya jika salah satu di antara tiga sesi tu pengeluaran susu amat sikit jadi bila di rumah aku akan top up pada susu yang juga sedikit..aku akan pastikan tetap 15 oz susu yang akan Filzah minum di taska.
Aku akan simpan ke semua susu yang aku pam nie dalam cooler bag Moms Precious.
Cooler Bag Moms Precious yang aku bawa ke opis
Setiap pagi seperti biasa kecuali Sabtu dan Ahad aku akan letak 3 botol kosong brand Mom Little One (MLO) 5 oz dan 3 ice pack dalam cooler bag tersebut. Manakala 3 botol yang dipenuhi susu yang aku pam semalam aku akan masukkan dalam cooler bag empat segi bersama 3 ice pack untuk dibekalkan ke taska.
Cooler bag ini khas untuk di bawa ke taska. (thanks 2 my sis 4 this bag)
Filzah akan minum susu di taska sekurang-kurangnya 15 oz sehingga pukul 5 ptg...Aku sengaja bekalkan cooler bag tersebut kerana tidak perlu pengasuh keluarkan botol susu untuk di pindahkan ke dalam peti ais taska..Aku rasa begini lebih terjamin, lagi pun tidak perlu memikirkan susu tersilap beri pada bayi lain atau pengasuh meletakkan susu di ruang sejuk beku dan juga di pintu peti ais. Ketika dalam perjalanan pulang, aku akan beri 'direct' pada Filzah.
Dulu, sebelum usia Filzah 6 bulan stok susu memang meriah sehinggakan tempat sejuk beku peti aisku penuh dengan botol-botol susu. Ada juga ku letak dalam bekas dadih untuk menjimatkan ruang. Tapi ketika memindahkan susu beku untuk mencuci peti ais..susuku banyak rosak..masa tu aku tak cukup info sebenarnya : bila stok beku telah dicairkan tak boleh dibekukan balik!!. huhuhu..jadi buang je laa...
Stok setahun yang lalu..
Sekarang tiada stok..susu yang aku pam ari nie untuk di minum oleh Filzah keesokkan harinya. Ku dah kemiskinan stok..Bila ku blog walking blog mommy yang Bf babynya dan terdapat banyak gambar stok susu..geramnya aku tengok.. Tapi aku masih bersyukur.. Alhamdulillah setakat nie 3 botol pasti akan dapat. Jika tidak terkejar, baru la aku akan pam di rumah.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, aku akan keluarkan botol-botol kosong dari cooler bag yang di bawa ke taska untuk dibersihkan. Aku akan rendamkan botol-botol itu ke dalam periuk dan rebus supaya lemak2 susu yang terlekat pada botol akan hilang dan untuk mengekalkan kebersihan botol susu...
Setelah itu, aku akan alihkan botol-botol tersebut ke dalam bekas untuk di keringkan..
Amat mudah sekarang, setiap kali sesi mengepam tidak perlu pergi ke surau atau satu ruang lain untuk aktiviti tersebut. Cuma di opis sahaja. Di mejaku..rendahkan kerusi, sarung blazer dan mulakan operasi..
Memulakan operasi..tengah pam pun masih boleh buat kerja..heheheh
Dan yang pasti sejak setahun yang lalu aku dah tak galas handbag..sbb ku asik gendong cooler bag ke opis..walaupun berbaju kurung atau berkebaya tetap cooler bag..heheh
x per kureng feminin asalkan anak terjamin..kuikui...
Aku enjoy ketika mengepam di opis, klu dulu semasa guna pam manual dan ke ruang lain untuk mengepam sangat la memboringkan..tapi sekarang untuk merangsang pengeluaran susu, aku cuma menghadap komputer di meja dan klik screen server, jadi akan terpampang la satu persatu wajah Filzah..memang berkesan.
juga boleh tgk N3 ini..
aktiviti baru
stok makin meriah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan