Halaman

Pengikut

27 Januari 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula ?

**Barang kosmetik murah tapi branded~dapatkan di sini**



klik banner utk join..




Haah..nie aku sukee...kali nie blog Gedung Rasa buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan..ada kaitan dgn kerja aku dalam bidang Alam Sekitar..apa tah lagi Kitar Semula adalah major job unit alam sekitar tempat aku bekerja..Alam Sekitar dan Kitar semula tidak dapat di pisahkan..heheh..hah..dimana ?? salah satu PBT di Selangor. PBT yang gah tu..kihkih..banyak aktiviti atau program yang telah di anjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan kitar semula.



Antara pamplet yang akan diedarkan semasa membuka pameran alam sekitar/kitar semula


Let's straight 2 the point..


~Apa Itu Kitar Semula ~

Ia meliputi proses yang melibatkan usaha:~mengumpul~memproses dan ~mengguna semula bahan yang kita anggap sampah.


Pengurangan penggunaan sumber bermakna mengurangkan penggunaan dan pembuangan yang meliputi 3R iaitu:

Pengurangan (Reduce)
Menghasilkan produk-produk yang tahan lama bagi membolehkan ianya digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Penggunaan produk yang dapat bertahan untuk tempoh yang panjang dapat membantu ke arah pengurangan penghasilan sampah.
Mengguna Semula (Reuse)Dengan membaiki semula barangan yang rosak atau menderma kepada pertubuhan amal turut membantu mengurangkan sampah. Menggunakan semula produk adalah lebih baik daripada mengitar semula kerana tidak perlu menjalani proses pemprosesan semula.

Kitar Semula (Recycle)
Ia ditakrifkan sebagai mengubah semula bentuk bahan yang asalnya dianggap sampah atau bahan yang tiada nilai kepada sesuatu produk yang bernilai.

~Jadi, Mengapa Kita Perlu Mengitar Semula?~


Dengan mengitar semula kita akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah, pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Selain itu dari segi jangkamasa panjang, dengan menjalankan kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain dan yang paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.


~Siapa yang terlibat??~

Pihak Berkuasa Tempatan
Sekolah – sekolah
Pertubuhan Bukan Kerajaan
Syarikat-syarikat Konsesi
Pengumpul Bahan Kitar Semula
Persatuan Kitar Semula
Persatuan Penduduk
Sektor Awam



Jangan tak tau..di kawasan PBT tempat aku berkhidmat telah menyediakan sebanyak 21 buah Pusat Kitar Semula..Ada di antaranya telah dibina oleh pemaju kerana telah mensyaratkan pemaju supaya menyediakan pusat kitar semula sebagai satu keperluan bagi menampung jumlah sampah yang boleh di kitar semula apabila pemaju tersebut ingin membangunkan perumahan di sesuatu kawasan. Usaha ini juga dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan aktiviti kitar semula orang awam.


Antara Pusat Kitar Semula yang telah disediakan.
Penghantaran barang kitar semula ke pusat kitar semula
~Apa Yang Boleh Dikitar Semula?~

Plastik



Boleh dikitar semula:
Semua jenis plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg membeli belah, botol minuman, bekas makanan, botol bahan pencuci dan botol ubatan.

Tidak boleh dikitar semula:
Bekas cat, bekas bahan toksik, alatan makmal atau apa-apa bekas yang telah tercemar dengan sisa toksik, makanan, minyak dan lain-lain.


Ia di letakkan ke dalam tong Jingga


dengan cara~

●Tanggalkan penutup.
●Bersihkan dan keringkan botol atau beg plastik yang kotor.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat kitar semula.

Kaca




Boleh dikitar semula:
Semua jenis kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman, bekas makanan, botol ubatan dan bahan kosmetik.

Tidak boleh dikitar semula:
Kristal, cermin, kaca tingkap, seramik, porselin, alatan makmal dan bekas bahan toksik atau apa-apa bekas yang telah tercemar dengan sisa toksik, makanan, minyak dan lain-lain.

Ia di letakkan ke dalam tong Coklat



dengan cara~
●Tanggalkan penutup, bahan plastik atau dan label.
●Bersihkan dan keringkan botol atau bekas kaca.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat atau hantar ke pusat kitar semula.


Kertas



Boleh dikitar semula:
Semua jenis kertas berwarna dan tidak berwarna seperti surat khabar, majalah, buku, katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak.

Tidak boleh dikitar semula:
Kertas tisu, kertas karbon, kertas pengelap dan kertas yang kotor tercemar dengan bahan toksik, makanan, minyak dan lain-lain.
Ia di letakkan ke dalam tong Biru

dengan cara~
●Ikat suratkhabar dan buku secara berasingan.
●Buka kotak kadbod, ratakannya dan ikat dengan kemas.
●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna biru atau hantar ke pusat kitar semula.
Besi/Aluminium

Boleh dikitar semula:
Semua jenis bekas/tin aluminium dan besi seperti tin makanan dan minuman.

Tidak boleh dikitar semula:
Bekas cat, bekas bahan toksik, bekas bahan pelekat dan bekas bahan pelarut.
Ia di letakkan ke dalam tong Jingga



dengan cara~
●Buang isi kandungan●Bersihkan dan keringkan●Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat kitar semula.
Salah seorang staff memasukkan barangan kertas ke dalam tong biru

Antara program yang telah dijalankan:
~Membuka Pameran Alam Sekitar & Kitar Semula
Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kitar semula dan faedahnya.

Antara pameran yg telah dijalankan
~Program Kitar Semula Taska / Tadika“Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya”
• Tong kitar semula dibekalkan ke taska/tadika di kawasan MPSJ
• Melalui program ini, kanak-kanak di ajar untuk mengitar semula dan membiasakan diri untuk
mengasingkan sampah

~Program Kitar Semula Jabatan/Bahagian
Setiap jabatan di mestikan untuk mempraktikan 'reuse' melalui penjimatan penggunaan kertas..Guna kedua2 belah kertas yer kengkawan..lagi elok guna email jer..^- ^
Tong kitar semula yang disediakan di setiap jabatan (opis)


kengkawan mana yang mengamalkan 3R nie pasti dapat habuan..nie ler contohnya..kan dah dapat hamper..leh ler mnunjuk kat kengkawan yg malas nak 'recycle' tuh..

~Program Kitar Semula Sekolah/ 3R

Pendedahan amalan kitar semula bagi pelajar sekolah di kawasan MPSJ

Pertandingan 3R untuk sekolah menengah..Antara sekolah yang menyertainya..pic kat atas nie bekas telur di 'Reuse' dan menjadi tempat meletakkan tabung uji di makmal sekolah. So creative..
Yang nie plak tin susu di susun dan dijadikan tong sampah sekolah..so colourful

Antara poster pelajar yang menyertai pertandingan melukis poster alam sekitar & kitar semula
~Program Hari Alam Sekitar & Kitar Semula bersama penduduk
Persatuan penduduk juga memainkan peranan dalam memastikan penduduk di dalam kawasannya mengamalkan kitar semula..klu kita tgk rumah sampah di perumahan bertingkat cam umah flat tu..pasti berbulu jer mata nie sbb umah sampahnya bersepah2 yang membanyakkannya bukan hanya sampah yg tidak boleh di gunakan lagi tp ada brg yg boleh 'recycle'..sbb tu la ada jer pakcik2 indian yg akan selongkar tong2 nih utk cari brg2 'recycle'.

Pengerusi JKP memberikan hamper kepada pemenang kuiz kitar semula dan penduduk yang banyak menghantar brg kitar semula

~Mengitar Semula atau Mengotor Semula ?~
Benarkah Malaysia mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi pemikiran rakyatnya kelas ketiga ?
Anda yang menentukannya…

sampah dilonggokkan di hadapan tong kitar semula...

Sampah dilonggokkan di pusat kitar semula..kenapa sebegini MALAS???
Nie antara tips2 untuk mengamalkan kitar semula yer..so simple..

~ AMALAN MESRA ALAM DI RUMAH

1. Simpan bekas kaca dan plastik untuk digunakan semula terutamanya di dapur sebagai bekas menyimpan pelbagai barang.
2. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan sebagainya kerana kain boleh digunakan semula berbanding dengan tisu.

3. Beg plastik membeli belah boleh digunakan semula untuk mengisi bahan buangan
4. Kitar semula surat khabar lama, jangan membuang atau membakarnya.
5. Membasuh kereta menggunakan paip semburan amat membazirkan. Sebaiknya gunakan air yang telah diisi di dalam baldi.
6. Berilah galakan dan sumbangan kepada program kitar semula tempatan. Kitar semula barang-barang buangan anda sebanyak mungkin.
7. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja
8. Jimatkan penggunaan elektrik dengan menggunakan peralatan elektrik yang efisen. Padamkan jika tidak menggunakannya.
9. Jimatkan tenaga dengan menggunakan bekas memasak yang mempunyai saiz yang bersesuaian untuk memasak. Menutup dengan penutup juga menjimatkan tenaga.
10. Sesuaikan kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran yang rendah boleh menggurangkan 25-50% penggunaan air.
11.Gunakan ‘shower’ untuk mandi dan elakkan mandi dalam takungan air. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Ini menjimatkan penggunaan air.
12.Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air paip mengalir berterusan.

13.Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Dengan kaedah ini anda boleh menjimatkan 15 kali penggunaan air dibandingkan dengan cara membasuh di bawah paip air yang dibuka berterusan.
haaa..nie nak bangga skit ler..kitaorang pon ada lagu kitar semula tau..di cipta dan di nyanyikan oleh Aris Ariwatan..klu nak tau aris nie salah seorang penyanyi kebudayaan MPSJ..kat bawah nie adalah lirik lagu tu..best melodi lagu nih..cuma ada dlm cd jer..akan di pasang jika ada pelancaran /program yang melibatkan recycle di MPSJ. So..baca bait2 lirik tu je la yer..

Lagu Kitar Semula MPSJ
Tak Perlu Kreativiti, Hanya Menghargai
Untuk Mencuba Ini
Tak Perlu Buang Lagi, Ayuh Selidiki
Nilai Yang Dimiliki

Nun, Semakin Menimbun
Beban Tak Tertanggung
Sampah Tak Terlindung
Oh, Asingkan Berbeza
Kertas, Plastik, Kaca
Amatlah Mudahnya
Sampah Yang Dibakar, Bikin Udara Tercemar
Bagaimanakah Dunia Akan Berputar
Dengarkan Wahai Insan, Bersama Kita Jayakan
Kemajuan, Kepesatan Bukan Pembaziran


Kitar Semula, Guna Semula, Masih Berharga
Rugi Namanya, Jikalau Kita, Abai Faedahnya
Alam Sekitar, Milik Bersama, Harus Dijaga
Masyarakat Pintar, Negara Terkenal, Alam Terpelihara
Buktikan Kita Sedar, Pentingnya Alam Sekitar
MPSJ Memulakan, Mewar-warkannya
Bersama Kita Jayakan, Kempen Alam Sekitar
Haruslah Mencuba (Mencuba) Praktikkannya
(Praktikkannya)Kitaran Bermula Kitarlah Semula

Projek membuat baja kompos juga termasuk dalam skop kitar semula kerana ia mengguna pakai barangan yang tidak diperlukan untuk membuat sesuatu yang berfaedah.
Taklimat mengenai cara pembuatan juga akan diberikan kepada kakitangan jabatan yang berminat untuk mempraktikkannya di rumah. Bagi menghargai usaha mereka, kami memberi tong kompos individu secara percuma untuk mereka lakukan sendiri di rumah..dengan syarat pemantauan akan dilakukan 3 bulan kemudian untuk tujuan sport check..ye la kan..ner tau tong tu di salahgunakan ..heheheh




Sesi memberi taklimat kepada opismate

Selain tu taklimat juga di berikan kepada orang awam yang berminat untuk melakukan pengkomposan di kawasan taman perumahan mereka..

Aku pegang mikrofon tu bknnya tgh berkaraoke yer..hehehh..pic sebelah kanan tu ler puteri di Unit Alam Sekitar MPSJ..hiii....*cittt..puteri la sgt....

Penyerahan tong kompos individu
Okey..tapi itu educated kepada orang awam..bagaimana dgn diri sendiri..??.. x guna klu aku asik ler bercakap bagi org lain buat atau lakukan amalan kitar semula tapi diri sendiri x buat..itu namanya cakap x serupa bikin..kan...aku akan rasa bersalah klu x melakukannya so kat umah pon aku akan mengamalkan kitar semula..secara x langsung ia dapat mengajar anak aku especially kakak menghargai environment..of coz ler bila dh kumpul brg nie kita akan jual n dpt duit..wpon x byk sekurg2nya kita membantu melambatkan lambakkan tempat pembuangan sampah.


Barangan kitar semula haruslah di asingkan mengikut jenisnya..tau x..!!!!

Fuhh...panjang betul entry aku kali nih..tapi sbb tanggungjawab sosial..mak x kesah..heheh
Tarikh tamat pertandingan adalah pada 15/2/2011 jam 11.59 malam.

4 ulasan:

Mohd Fitri berkata...

terima kasih kerana turut serta. entri yang menarik. semoga berjaya :)

Azuan berkata...

betul3 panjang ni...siap ade lagu lagi tu..hehee

Fara berkata...

fitri..i try my best..hope i'm the lucky one..heheh

azuan..klu ada mp3 mmg ku nk upload je kat blog nih..

Tanpa Nama berkata...

Salam saya berminat untuk tahu pasal tong yg comel untuk kitar semula tu..macam mana nak dapatkan nyer?? boleh kongsikan??

Puteri Sulong

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Puteri Ke Dua

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Putera Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Recent Visitors

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)

'Comel Lote Welcome Giveaway' (2nd Winner)
Ends On 6 Sept

Pregnancy Moment Contest (3rd winner)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

CONTEST COTTON KURUNG - IDMA TEXTILE - (Saguhati)

1ST GIVEAWAY LOVELY MASHA (1st Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

"TUDUNG GIVEAWAY" (4th Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Extreme Makeover From Kenitchiko (1st Winner)

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?(1st Winner- Entri Bijak)

Melati Mirror Giveaway (Top 5 Winner)

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)