Halaman

Pengikut

30 Januari 2009

Pedoman Untuk Semua..Juga diri ku...

Sabda Rasulullah s.a.w
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan
6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh
dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.
Rasulullah bersabda:
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama
2.Berhati-hati dalam lidah
3.Senyum di muka
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.
Seorang hakim berkata :
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang
bodoh
Luqman Alhakim
Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.
Muadz r.a
Muadz r.a pernah meminta nasihat dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak lain hanya hasil dari lidahnya.
Abu Said Alkhudri r.a berkata :
Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah, hai lidah kami tuntut engkau dengan nama Allah, jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka.
Seorang sahabat berkata:
Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu.
Pesanan Alqamah pada puteranya ....
Hai anakku...jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar...jikalau engkau berselisih faham dengannya...ia akan mengalah untuk kepentinganmu.."
Saiyidina Ali pernah berkata..
"Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu...."
Dalam hal bersahabat ini juga....ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat" Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki diri....moga-moga...kita akan menjadi sahabat yang sejati...yang dicintai.....dan dikasihi....aminn.
Sangka-sangka
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

28 Januari 2009

Wanita berselubung hitam...

Saperkah dier??....suspend nie...



laaa....sikenit rupanyer...heheheh..aku pun x tau bila pic nie diambil..maybe hubby aku yg tangkap kot..(klu bukan saper lagi...)



Dgn rasa tak malunya aku tayangkan gambar anak aku mandi tanpa seurat benang..heheh



Mandi dalam kolam kat bahagian luar dapur..kolam nie aku beli sekali ngan pelampung kuning tu..dh pernah bawak balik kampung kat Johor dah..cuti panjang raya cina ari tu tetiba lak rajin nak bukak kolam nie..bukannya apa saiz kolam nie besar dan bahagian luar dapur aku tu kecik..so x jadi bulat ler kolam tu..asal leh mandi udah ler..heheh

Ntah apa la anak mama buat tu yer..tengah leka la tu..

Sekali aku snap gambar dia..kan dapat...

21 Januari 2009

masa bersantai..

Actually saje je letak pic nie..mulanyer nk amik gambar farisha tgh kusyuk tgk tv..bila dia nampak aku pegang kamera sibuk pulak dia nak capai kamera..apa lagi aku snap ler..time tu mmg dia x pakai baju..berlenggeng jerk..mana taknyer aku nk pakaikan baju dia leka la tgk tv..jadi aku x nak ganggu mood dia so aku biorkan jer la..



Anak aku nie juga suka sesuatu yang berbulu..aku rasa klu aku bela kucing mesti dia suka sbb kucing ada bulu..tp di sebabkan aku kurang minat nak membela binatang nie so aku bela unta jer la...hikhik...bukan unta betul tapi mainan farisha..yang ada lagu bila ditepuk pas tu ada lampu merah kat mata..Nia ler rupa patung unta tu..Mainan yang dibeli oleh abah aku ketika di Mekkah dulu..yang bestnyer lagu tu lagu Arab yang aku tak paham..tapi mmg anak aku suka..



Bed time..aku peratikan jer anak aku tido dlm keadaan nie..kejap jer dh 1 tahun 5 bulan anak dara aku nie..cepat benar masa berlalu..x sangka betul.. Semoga farisha jadi anak yang solehah, berguna untuk keluarga dan masa depan..kenang jasa ayah dan mama yer sayang..Sleeping Beauty manja mama.. (the beauties in Iqbal's poetry..)



zwani.com myspace graphic comments
Myspace Smiley Moods Comments & Graphics

14 Januari 2009

uuuWWeekkk...

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for What's Up Comments


Aduss...akhir2 nie sering jerk uwekkk..mual2 la tu..maklum la dah 3 bulan preggy..asal perut lapar skit jer..uuweekk..sampai hubby pun dok ajuk aku..klu mual depan Farisha..sikecik tu di sengihnya kat aku..pas tu kekadang mengajuk aku gak..ingat mama buat2 ker sayang...Cepat la 4 bulan supaya mual2 dan loya2 nie ilang...huhuhu...
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Smiley Moods Graphics

07 Januari 2009

Sedapnyer....

Sesekali makan ais krim memang sedap...Actually beli ais krim nie pasal adanya 2 orang anak buah aku iaitu Fikri dan Farhan..Dorang nie anak akak aku..Akak aku masuk wad sebab bersalinkan anak nombor 3..So dorang nie diposkan ke aku untuk dijaga..Maklumla nenek dan atoknya lum balik Haji lagi masa nie..So untuk menggembirakan hati dorang beli la ais krim..



Tengah aku dok excited nak makan ais krim tu..farisha lak berkenan nak ais krim aku..tak nak dia nangis so aku bagi la dia rasa skit..alih2 dia nak pegang sendiri lak..memang ais krim tu dh jadi dia punya la sampai abis...


Abis comot..lantak la..sesekali dia pun nak gak merasa apa yang kita rasa...heheheh

Welcome 2009

Actually aku baru jer masuk kerja setelah bercuti sekian lama..So baru nak update blog..5 Jan 2009-Isnin tempohari my parent balik dari Mekkah..So g jemput dorang kat KLIA jam 6 pagi..Alhamdulilah selamat sudah dorang sampai ke tanah air..

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]



Diam tak diam dh masuk Tahun Baru 2009..cepat betul masa berlalu..yang pasti usia pun makin lanjut...(cm dh berumur sangat jer aku nie..).


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Malam tahun baru ari tu sempat gak g tengok bunga api kat tepi highway KESAS tu..Bunga api dari Sunway Lagoon..Memang ramai bangat parking kereta tepi jalan tu semata2 nak tengok bunga api..

Sebelum detik 12 tengahmalam ambil la gambar jap..




Gambar bunga apinya tak berapa nampak sebab gelap..tapi klu ngan mata kasar..(x pakai kamera la tu) memang terang benderang ler kat sana..



Actually Farisha tak berapa sihat tu..Ntah kenapa sejak kul 9 mlm dia asik muntah2..asal masuk makanan jer muntah..minum susu pun muntah..Tapi muntah2 pun sempat gak bawak berjalan malam.



Moga tahun 2009 nie membawa kebahagiaan, kejayaan dan kerahmatan dalam keluargaku..Selamat tinggal 2008..Selamat tinggal kenangan...huhuhu...

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Smiley Moods Comments
zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)