Halaman

Pengikut

29 Oktober 2009

Kesian Anakku...

Huhuuu...waaaaaa...sedeynyer...patut la sejak 3 mggu yg lalu farisha asik on/off demam jer..rupa2nyer dia nk kena penyakit HFMD..apa tu..???ala penyakit tangan,kaki dan mulut..huhuhu...al kisahnyer...25 Okt ari tu baru kuar dengan jelas bintik2 merah kat kaki dan tangan dia..sebelum tu dah perasan dah bila dia nangis ada cam bintik2 kecil kat lelangit dalam mulut dia..ingatkan sbb dia panas dalam badan..rupanya itu la tanda asas penyakit nie..kat sekitar kawasan lampin dia pun ada bintik2 merah gak...aku ingat ruam lampin so aku sapu la ubat rash..bwk g klinik sbb tgk farisha dh x aktif mcm slalu..Sah, doc ckp mmg pyakit tu..

Penyakit nie mmg menyebabkan aku resah gelisah..ari nie kira nya dah 4 hari anak aku jd mangsa HFMD..patut la 2 hari lepas aku dapat surat dari taska, dorg bagi pd ibu bapa, menyatakan suh bawa comforter, bantal dan selimut sendiri..sblum nie bebudak nie tido atas tilam..isi surat tu menyatakan untuk mengelakkan penyebaran penyakit nie..abis tu ingat klu bwak brgan anak ingat boleh move ker pyakit nie klu pengasuh x jaga kebersihan...???tension tull aku..bila tanya pgasuh mmg dah ada kes ker..br dorg ckp dh ramai budak kena...sabor jer la...Semoga anak aku cepat sembut dan jgn la ada menda2 yang x diingini berlaku..

Aku nk upkan skit info pasal pyakit nie..

Deskripsi

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens

Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan Gejala

Di antara gejala jangkitan ialah:

• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan

Apa pun get well soon my dear....


27 Oktober 2009

Taklimat Penyusuan Susu Ibu

14 Oktober ari tu opis aku invite Kaunselor Laktasi, Pn Kamariah utk menerangkan tentang pentingnya penyusuan susu ibu.. Mmg xkan kulepaskan untuk mghadiri taklimat nie..time nie la aku nk kumpul sebyk2 maklumat mgenai susu ibu..tp sayg x sempat nk bgambar ngan pn kamariah sbb sesi soal jwbnya smpi kul 1 pun x abis2..perut aku lak dh klaparan..so kuar cm tu jer..so aku upkan je la gmbr yg smpt di snap...


Skrg aku dh jelas ttg pyusuan susu ibu..nk kata pandai idak ler..tp, boleh laaa...

21 Oktober 2009

Stock makin meriah...

Tadaaa..ini la dia beberapa stock susu yang ada sekarang..ini simpanan beku..yang cair ada kat bahagian bawah tp x banyak..Mulanya aku pening jugak takut stock beku nie jadi tukun dalam frezeer aku nie..tp setelah di 'guide' oleh Pn. Kamariah, Kaunselor Laktasi, aku dh tau dh cmner nak buat..hehehhe..Maklum ler sebelum nie kehidupan aku cm biasa2 jer..tp sejak bbrp bulan nie..sejak ada baby baru nie kehidupan aku dh jd luar biasa..skrg frezeer aku bkn tempat simpan ikan dan ayam tp botol2 susu Filzah..sesekali terpikir gak, aku berazam untuk menyusukan Filzah sehingga 2 tahun..insyallah..sehingga 2 tahunkah peti ais aku cm gini...???


Actually peti ais ku ini 1 pintu..ala..hadiah orang bagi masa aku kahwin dulu..so x banyak ler yang aku boleh letak sbb spacenya terhad..cuma leh letak bbrp botol susu dan 5 ice pack jer..tu tgk aisnya dh tebal dah..aku ingat nk cuci peti ais tp cmner ngan nasib simpanan susuku ini...huhuhu

zwani.com myspace graphic comments

Tadaaa..(sekali lagi..) tengok ais kat tepi2 tu dah x dak kan..kan..sebab aku dah cuci peti ais nih..baru puas hati aku..aku eksport jap stok susu nih ke rumah akak aku..sib baik umahnya dekat jer..so, aku tumpang kan ler lebih kurang 1 mlm kat peti ais umahnya..untuk proses pencucian..
Masa aku simpan satu2 botol n bekas dadih simpanan susu kat dalam ice box nya itu, kebetulan anak lelaki akak aku si Fikri ada kat situ..dia tolong kira sbb dia tengok sebakul penuh aku tumpangkan botol susu dalam peti ais tu..dia kata aku boleh jadi penjual dadih..kuikui..(tu baru skit je tu along..)

tom Twitter Backgrounds

14 Oktober 2009

Aktiviti baru..

Bukan ape pun..saje je wat tajuk tu..x tau nk wat tajuk ape..aktiviti yg aku maksudkan adalah pump susu..kali nie aku x nk pisang berbuah dua kali..time farisha dulu aku cuma sempat susukannya sampai 9 bulan je..tu pun bukannya full breastfeeding..tp kali nie aku dh tanamkan keazaman sejak preggy lagi utk menyusukan anak aku yg ke dua nie secara x-klusif..mudah2an allah makbulkan niat suci hamba-Nya ini sehingga 2 tahun..insyallah.
Mulanya aku x terpikir pun nk full breastfeed anak aku tu..tp bila aku tengok opifmate aku membawa mesin pump nya dan hasil yg dia dpt pun cepat dan mudah..tergerak lak aku nk beli mesin pump tu..aku beli brand Spectra 3..actually aku beli mesin nie atas tgn org..kak fatimah namanya..aku search kat web susuibu.com..kak timah nie dia nk let go mesinnya nie sbb dia dh beli freestyle..fuhhh...

apa lgi..pucuk di cita ulam mendatang..nk beli yg package..ermm..byk lg menda yg aku nk beli utk kelahiran bakal baby..beli la mesin nie wat permulaan..just mesin je dulu..masa tu preggy 6 bulan.



Cooler bag pertama aku dpat dari kakak aku..dia bg sbb dia dh x nyusukan anaknya lagi..ada 2 botol dan 2 ice pack..yang bentuk empat segi tu..pastu aku pikir2 nnt kat taska aku nk biarkan je stok susu yg dibawa kat dlm cooler bag..x yah letak dlm peti ais taska yg penuh mak aii tu..

so aku pun beli cooler bag yg ke dua, set Moms Precious cooler bag..dlmnya package ada 6 botol dan 3 ice pack..skarang aku dah boleh bernafas..yg nie aku nk bwk kat opis, utk stok yg dipump di opis...dan bermula la aktiviti baruku...bayangkan beli mesin masa preggy 6 bulan..beli beg bila aku dh start naik keja dan baby aku pun dh 2 bulan ..hahaha...

tu nampak tak dalam bekas kat belakang gambar cooler bag saiz empat segi tu..tu pump manual aku..brand Pigeon..pump tu la yg aku guna masa wat stok Farisha..kira berjasa gk la..sekurang2nya bila blackout, Spectra sure x leh guna tp untung ada manual..ok what!!.



Itu ler serba sedikit yang aku nk kongsi..apatah lagi semangat aku makin membara bila Pn. Nor Kamariah Mohd Alwi, Kaunselor Laktasi, susuibu.com datang beri taklimat mgenai Penyusuan Susu Ibu baru2 nie kat opis aku..so apa2 kemusykilan yg berkaitan dah pun terjawab..alhamdulillah.
p/s:nnt la aku upkan pic...

02 Oktober 2009

raya ngan org baru...

Thn nie Farzly's family beraya 4 beranak..tambah sorang lagi ahli baru..heheh..so mmg bersemangat la nk beraya ngan baju raya sedondon..sbb ahli dh ramai..(cm ler ramai sgt...)..thn nie aku pilih kaler hijau..hubby aku ikut je...

Disebabkan aku x sempat nk tempah baju raya sbb masa tu tgh preggy..ner la tau klu tempah kang saiz bdn lari kan naya..so beli ready made jer..sib baik ada yg sedondon dr segi warna n corak....shopping raya pn masa tu br abis berpantang..cuma si kecik tu je yg x sama..

Pagi raya pertama, kami ke Taman Medan (umah mak mertua)..suami sembahyang raya kat sana. Pas tu baru balik semula ke Puchong, g umah mak aku lak..



Nie ler mak mertua aku..yang dukung farisha tu adik ipar aku..Farisha lak tgh mencebik sbb x nk bergambar...yang kat belakang tersorok tu sepupu farisha..pak mertua aku x dk masa nie..x balik dr masjid lagi..



Sempat la berposing anak beranak..Adik pandai lak tu tersengih..cuma alongnyer jer masam..

01 Oktober 2009

Puteri Baruku..

Alhamdullilah, puas sudah aku dok umah 2 bulan menghabiskan pantang..so kembali la aku pada rutin harian cm sebelum nie..tp ada perbezaan yang besar sbb tanggungjawab juga dh makin besar..almaklum la dulu mnguruskan seorg anak skrng dh dua..heheh...Nama nya Filzah Qasrina yang bermaksud Istana (Qasrina) Belahan Jiwa (Filzah) pada 12 Julai 09..Cm terpikat lak nk guna nama tu lg pn pangkal namanya huruf F..berat sewaktu lahir 2.8kg..skrg dh 2 bulan telah menjadi 6kg..skrg nie tgh berazam untuk fully breast feeding..semoga allah perkenan kan niat murni ku ini...amin..so aku upkan la gambar baby baru ku itu..

Glitterfy.com - Glitter Graphics




Sehari selepas dilahirkan..masa nie masih berada di hospital..



Taraaa..nie pic masa raya ari tu..


Glitterfy.com - Glitter Graphics
zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)