Drama best..tp x dak tajuk..korang baca je la..
"SAYA hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahad lalu kerana diminta ramai ahli Karyawan dan juga hampir semua pemimpin dalam industri hiburan di Malaysia untuk menyelesaikan kemelut dan menghentikan penyelewengan duit Karyawan oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez," kata pengasas Karyawan, Zaienal Abidin Omar.
"Saya terkejut dan terharu dengan upacara sambutan kedatangan saya kerana tidak menyangka sokongan begitu ramai ahli Karyawan kepada saya. "Apabila saya diarak masuk ke dewan, saya dapati hanya ada lebih kurang 30 orang saja di dalam (mungkin hanya separuh daripadanya adalah penyokong Freddie.
"Saya sayangkan Karyawan yang saya tubuhkan serta saya pimpin sehingga menjadi berpengaruh dan gah. "Itu sebabnya saya mengambil keputusan untuk hadir dan cuba membantu agar Karyawan tidak terus dipergunakan untuk kepentingan individu," katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada media.
Kata Zaienal, dia prihatin dengan permintaan ramai, tetapi apa yang berlaku sejurus selepas itu ialah badan bebas (peguam dari kedua-dua pihak) masuk untuk memulakan mesyuarat. "Freddie dalam keadaan kelam-kabut dan ketakutan, mendesak badan bebas membuat sesuatu supaya mesyuarat itu dibatalkan. Beliau tahu apabila undi tidak percaya diusulkan, pastinya akan mendapat sokongan majoriti dan beliau akan dihalau keluar dari mesyuarat. "Beliau mempertikai ahli Karyawan yang hadir dan membuat kenyataan akhbar bahawa Karyawan ada beribu ahli dari segenap lapisan yang terbabit dalam industri hiburan. Kalau begitu, mustahil beliau dapat mengenal pasti kesahihan setiap seorang ahli kerana Karyawan sendiri tidak mempunyai senarai lengkap dan terkini ahli.
"Beliau sedaya upaya cuba membuat kecoh dan mempertikai dengan menghalau ahli Karyawan yang tidak dikenalinya dengan tujuan untuk menggagalkan mesyuarat. "Bagaimanapun, ahli tidak mahu berganjak dan mahu meneruskan mesyuarat supaya mereka dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Freddie. "Freddie menjadi lebih terdesak dan ketakutan ditambah dengan beberapa ahli yang bangun berucap membelasahnya mengenai sikap buruk dan penyelewengan duit Karyawan.
"Apabila Datuk Aziz Sattar berucap, Freddie berkali-kali mengganggu dengan biadab dengan mengatakan 'orang tua bodoh.' Beberapa orang ahli bangun dan menyuruh Freddie memohon maaf kepada Datuk Aziz, tetapi dengan angkuhnya beliau menengking mereka dengan berkata 'for what.' "Ini menyebabkan ahli hilang pertimbangan. Kekecohan dirancang lebih awal oleh Freddie kerana beliau membuat laporan polis sehari sebelumnya. Beliau mengupah beberapa orang untuk menyekat ahli yang tidak menyokongnya untuk masuk ke dewan supaya ahli marah dan memprotes. Beliau sedar bahawa hanya sekerat dua saja ahli yang masih mempercayainya," katanya.
Tegas Zaienal, oleh kerana hampir semua ahli Karyawan dan pemimpin industri hiburan tanah air menolak Freddie, dia mengambil kesempatan ini untuk menasihatkannya berundur secara terhormat sebelum terlambat demi mengembalikan penyatuan dan memartabatkan industri hiburan Malaysia.
AGM yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang itu diharap menyelesaikan kemelut yang membelenggu Karyawan sejak hampir tiga tahun lalu.
Namun, cerita lain pula berlaku kerana belum pun sempat mesyuarat berjalan, sudah berlaku kekecohan dan tidak puas hati di kalangan pihak tertentu sehingga membawa kepada babak pergaduhan. Freddie dikatakan ditampar manakala Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah dipukul selepas berlaku perang mulut dengan beberapa pihak yang mengaku 'ahli' Karyawan. Bagaimanapun, sehari selepas AGM itu, Freddie menafikan dia ditampar.
Dalam sidang media yang diadakan di pejabat Karyawan, Freddie menjelaskan keadaan sebenar dan mengatakan 'dalang' sebenar yang bertindak memainkan peranan di belakang tabir sudah menunjukkan dirinya. Individu dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah pengasas dan bekas Pengerusi Kehormat Karyawan, Zaienal.
Kata Freddie, AGM itu dibuat secara tertutup untuk ahli, tetapi mereka tetap berkeras untuk masuk dengan tujuan buat kacau. Apabila diminta keluar cara baik, mereka tetap enggan. "Sebenarnya saya dah lama jangka Datuk Aziz Sattar diperalatkan. Ada seseorang di belakangnya kerana perkara ini sudah berlarutan tiga tahun tanpa penyelesaian. Apa yang berlaku menampakkan Zaienal hendak rampas kuasa dan mahu jadi presiden. "Dia buat kenyataan kononnya kalau jadi presiden, akan baik dengan persatuan artis lain sedangkan dulu dia yang memulakan sengketa dengan persatuan lain. Tingkah lakunya dulu sangat mengecewakan. Sekarang dia berbuat baik dengan persatuan lain dan nak bertepuk tangan dengan kejatuhan Karyawan," Freddie dilaporkan berkata.
p/s: ermmmm...mmg sesuai la org2 nie jadi artis..bila baca artikel nih mcm dlm drama pon ada..haii...dunia..dunia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan