huda
fieda
"Sahabat ibarat Mentari menyinar
yang membawa kita ke jalan Allah. Sahabat haruslah bercakap benar dan bukan hanya membenarkan kata-katanya. Jika anda bersahabat, berkorbanlah demi sahabat. Jika anda bermusuh, mengalahlah demi persahabatan itu."
Kat sini juga aku nak upkan satu cerita yang sangat memberi inspirasi dan tauladan dalam diri aku, yang berlaku di zaman baginda Rasulullah SAW
DALAM masyarakat Melayu terdapat perumpamaan yang berbunyi: ” Sahabat yang baik umpama sepohon yang rendang tempat untuk berteduh”.
Perumpamaan ini bermaksud, sahabat yang baik sanggup bersama kita ketika susah senang dan sanggup pula memberi bantuan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. Islam menganjurkan supaya kita berhati-hati apabila memilih sahabat dan menegah kita mencari sahabat yang boleh membawa kepada kemungkaran, seperti mana firman Allah dalam surah Kahf, ayat 29 yang mafhumnya: “Janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya”.Seandainya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita malah lambat laun kita mungkin terpengaruh dengan sikapnya.
Justru itu, Islam menganjurkan kita mencari sahabat yang soleh yang sering ingat mengingati ke jalan yang diredhai Allah. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya”.Sebenarnya, sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh Al Qamah kepadanya. Katanya: “Hai anakku, jikalau engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu:
~Jikalau engkau melayaninya ia suka melindungi,
~jikalau engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan
~jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya., pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jikalau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya sahaja, jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya, sedang jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu”.
Saidina Ali menyatakan: “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang disampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi kesejahteraanmu”.
Saidina Ali membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saidina Ali tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah s.a.w. dan akan membunuhnya tetapi Saidina Ali sanggup menghadapi situasi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.
Sebagai contoh persahabatan lain yang baik dan boleh diteladani ialah persahabatan Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasullullah s.a.w. berkata. Sewaktu Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan Israk dan mikraj kepada orang kota Mekah, mereka semua tidak mempercayai cerita Rasulullah s.a.w. malah menuduh baginda pembohong.Untuk itu, mereka berjumpa dengan Saidina Abu Bakar untuk bertanya sama ada cerita Rasulullah s.a.w. itu benar atau sebaliknya. Tujuannya untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar. Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah s.a.w. bercerita begitu?
Orang-orang itu mengatakan begitulah cerita Rasulullah s.a.w. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan bahawa apa yang Rasulullah s.a.w. katakan semua benar.Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. ialah beliau sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah. Sewaktu dalam perjalanan dari Kota Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang baginda. Apabila baginda bertanya hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab: ” Aku berjalan di hadapanmu untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu”.
Sebagai kesimpulannya, cuba kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam. Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang jadikan sahabat itu dapat menambahkan kemaafan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya”.
Oleh : ISMAIL ABDULLAH
Subhanallah..tapi terus terang aku katakan sepanjang hidup nie aku mmg x dak sahabat..yang ada hanyalah kawan. Bagiku..
~ Ibu bapaku adalah sahabat yg paling baik untuk aku. Bemain bersama mereka tika aku kecil, berkawan dengan mereka tika aku remaja dan menjadi guru tika aku dewasa. Insyallah aku akan cuba pula menjadi sahabat kepada anak2ku kelak.
Bagi suamiku mungkin aku adalah sahabatnya (x pernah tanya pon*-* ) dan bagiku suamiku adalah sahabatku, Aku ingin suami dan anak2ku menjadi sahabat ku yg paling rapat. Insyaallah ~
Tarikh tutup penyertaan:
9 September 2011 (12:00pm)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan