Last week kan cuti pjg coz CNY..so my family balik Johor la..pepaham la bila kat kampung..suasana kampung..tenang je..pulak tu klu halaman rumah tu sure luas..bebudak mmg amat2 suke sbb leh berkejar2an kat halaman asmara rumah tu..
Amat2 suka waktu petang sbb klu tido sure nenyak mcm tido mamposs malam..sbb sunyi tanpa lalu lalang kenderaan..tapi bebudak plak cam tak reti nak tido..asik memain ler memanjang..termasuk ler anak dara aku nih..
haippp budakk!!! wat apa tuh... |
ingat kolam air panas ker..main rendam2 kaki... |
Nak tau apa jadi pas tu..anak aku melalak sebab cousinnya nie main simbah2 air rendaman kaki tu kat rambut dia..biasa la tu..memula mmg sukee..bergelak ketawa bagai berada di syurga pas tu bila dah penat main ada jer la salah sorg akan menangis...
Tapi..ini juga salah satu pembelajarankan...mak tak kesah jika sesekali farisha main menda2 kotor cam nie..sekurang2nya boleh meningkatkan daya kreativitinya..lagi pon aku tgk imunitinya kuat jer..x demam or selsema pon bila main pasir tuh..idak ler asik main game hanfon or teddy bear jer...heheh..tak gitu...
tapi aku berminat pada satu artikel nie..nak tau lanjut klik sini
Ciri interaktif, mekanikal perlu jadi pilihan ibu bapa
KANAK-KANAK dan mainan tidak dapat dipisahkan. Bermain adalah cara paling efektif untuk belajar kerana melalui aktiviti bermain akan mencetuskan gembira dan seronok yang mampu merangsang saraf atau neuron pada otak anak untuk saling berhubung dan membentuk memori baru. Melalui proses ini, anak-anak mudah belajar sesuatu yang baru melalui permainan.
Sayangnya ramai ibu bapa masa kini cenderung untuk membelikan permainan yang berharga mahal dan melambangkan status walhal mahal atau murah bukanlah soal utama bagi anak. Apa yang paling penting bagi kanak-kanak ialah permainan itu menyeronokkan dan alat itu boleh dijelajah.
Menurut Pakar Psikologi Klinikal Hospital Pantai, Kuala Lumpur, Datuk Dr Md Saad Baki berkata, ibu bapa perlu bertanya kepada diri sendiri apa tujuan dan mengapa sesuatu permainan itu patut dibeli. Malah adalah penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti pemberian permainan itu secara bersyarat atau tanpa syarat.
"Contohnya permainan yang dibelikan sempena sambutan hari jadi, itu adalah pemberian tanpa syarat (unconditionally) manakala permainan bersyarat (conditionally) pula mengajar anak-anak berusaha selain tahu menilai jerih perih mendapatkan sesuatu ganjaran," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Tiada salahnya membeli permainan yang berstatus dan mahal harganya, cuma dalam kebanyakan kes, permainan jenis ini tidak dimainkan sepenuhnya dan dikawal ibu bapa kerana takut cepat rosak. Akhirnya ia akan tersimpan kemas di dalam almari sehingga anak hilang minat untuk bermain. Walhal, permainan mahal seperti yang menggunakan alat kawalan jauh seperti kapal terbang dan kereta mengajar anak-anak mengenai asas fizik.
Apapun, sangat disarankan ibu bapa membeli permainan yang banyak merangsang penggunaan jari jemari.
"Jika anda terpandang sebuah rumah yang mainan anak-anaknya tersimpan kemas dalam almari, ini bermakna kanak-kanak itu hidup dalam kawalan, sebaliknya rumah yang permainannya bersepah di atas lantai membawa maksud anak-anak ini sihat, aktif dan bebas bermain," jelasnya.
Jelasnya, kanak-kanak yang aktif, kreatif dan pandai, alat permainannya akan cepat rosak kerana sering dijelajah dan dilakukan uji kaji. Sebaliknya, permainan yang dibeli sejak tiga bulan lalu dan masih berkeadaan baik menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak itu.
Soalnya beli atau tidak, anakanak akan tetap bermain malah mencipta permainannya sendiri. Jika tidak, mana mungkin wujud permainan tradisional seperti main tempurung, konda kondi, baling tin, buat sampan, buat seruling dari daun kelapa dan macam-macam lagi. Itu yang membezakan antara kanak-kanak dulu yang lebih kepada kreativiti artistik berbanding anak zaman sekarang yang lebih interaktif dan mekanikal (permainan komputer, video dan lain-lain).
Kesimpulannya, bukan harga atau status yang menentukan baik atau tidaknya sesuatu permainan itu tetapi fungsi permainan yang membawa keseronokan dan merangsang otak untuk menjelajah.
Fungsi mainan
* Merangsang fungsi otak
* Merangsang penggunaan jari jemari
* Membina perhubungan
* Mengawal/menguruskan emosi
Jenis permainan
* Permainan statik
* Permainan interaktif/ mekanikal
* Permainan yang boleh diubah-ubah.
Permainan khusus untuk si kecil
* Bermain Sosial - Mengajak si kecil berinteraksi dengan Anda dan orang lain sangat penting di tahun pertama kehidupannya.
* Bermain objek - Menggunakan objek tertentu bermain sentuh, goyang, buang dan tekan akan membuat bayi 4 hingga 10 bulan riang dan gembira.
* Bermain Pura-Pura - Gunakanlah benda-benda yang biasa untuk bermain. Contohnya kereta yang dijalankan di rumput, atau menggunakan sikat sebagai gagang telefon. Ini permainan imaginasi yang disukai anakanak 12-21 bulan.
* Bermain Simbol - Jenis permainan ini biasanya dilakukan pada anak usia 2 tahun. Ajak mereka memanfaatkan kotak kasut untuk dijadikan bus sekolah atau ajak mereka menggigit gelang-gelang warna yang dianggap sebagai kuih donat.
* Bermain Peranan - Di usia 30-36 bulan, si kecil sudah mampu diberi peranan utama dalam memainkan babak `doktor-pesakit´, `guru-murid´ atau `Polis-nenek tua´.
Main tanah...cam seronok je...hehehheh |
Amat bergunakan info nie wat parent mcm aku ..hiiii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan