Halaman

Pengikut

24 Ogos 2010

My Dear Farisha

Memori bulan Ogos...28 Ogos nnt genap 3 tahun usia anak dara sulungku..Farisha Qasdina..Sekejap je masa berlalu..Segar lagi dalam ingatan aku..saat2 nk melahirkan kakak (gelaran Farisha).. Alhamdulilah.. amat mudah.. walaupun ia pengalaman yang pertama..



Sebenarnya jangkaan due date melahirkan kakak 5 Sept..tp pada tarikh 27 Ogos pd jam 7 pg.. air ketuban aku meleleh..so dgn rasa berdebar dan suspendnya aku laki bini trus bergegas g DEMC utk check..


Tapi doc ckp , laluan blum buka lagi..so kami pon balik la..dan lalui hari sperti biasa..(of coz la MC) keesokkan arinya pada 28 Ogos jam 430 pagi..perutku rasa x berapa sedap..actually mlm tu mmg aku x bleh nk lelapkan mata sbb doc bgtau..bila2 masa je aku blh bersalin..maybe 24hr, 48hr..so beware.. jd mmg hati aku x tenteram je nk tido..aku nk fokus pd keadaan diri aku nih.. so aku terkebil2 je la dalam bilik..atas katil..hubby aku mmg dah berdengkur la...

Nk jd citer, 430pg tu aku sesorg g toilet (wpon aku takot2 berani)..dan kali nie kuar lagi lelehan air yg aku rasa suam2 campur ngan sikit2 darah..kali nie aku yakin..masanyer dah tiba utk bersalin..

Sekali lagi..bergegas g Hospital..tp kali nie dlm keadaan tenang sbb dah ada pgalaman smlm..hihhiii..

Mmg laluan dah buka 2 cm..menjelang 9pg dah buka 8 cm..945pg masuk labour room..time tu debaran makin kencang..x sabar pon yer gk..kul 1021pg aku selamat melahirkan..alhamdulilah..

Baru je abis azab 'meneran'.. doc ckp skrg saya nk jahit yer..adusss..seriau datang lagi...huhuh..sib baik doc pakar..x rasa apa pon..cm kait2 skit jer..


Pic nie usia kakak baru 3 hari..

Ingat lagi masa doc tu bagi kakak kat aku sebaik saje baby kuar..aku cm x dak perasaan je..aku pegang sekejap je Farisha dgn tangan yg terketar2..aku x cam mcmana rupa kakak baru lahir masa tu..aku x cium dia..air mata pon x kuar..maybe masih lagi x percaya dan keletihan menge'push' mengatasi segalanya...

Itu citer 3 tahun dulu..dan farisha telah pon jadi kakak ketika usianya 1 tahun 11 bulan..aku preggy buat kali kedua ketika farisha berumur 1 tahun 2 bulan..



Kakak sibuk kacau adik tgh tido..dia sgt gerammm bila mama pegang adik..kakak dengki n jelouse..

Kakak perhatikan adik di mandi oleh nenek..


masih dalam pantang..

Tahun lepas x dan nk celebrate bufdey kakak sbb aku masih dalam pantang (lom lepas 45 hari lg)..cume ayahnya je yg bawak dia berjalan dan hadiahkan kereta mainan..hadiah tu pon ayahnya belikan 2 minggu awal..


Kakak posing ngan kereta charger mainan barunyer..


Mulanya dia sgt suke hadiah ini..pas tu dia jd takot sbb atuk dia x expert control remote..laju je kereta tu gerak..apa lagi melalak la kakak ketakutan..huhuu..

Sampai la skrg kakak masih takut ngan kereta mainan tu..so sbgai ganti aku belikan basikal plak wpon masa beli tu dia masih lagi x reti mengayuh..


Menjelang mlm 28 Ogos 2009 tu..ntah kenapa hati aku sayu sgt..ye la..budak usia 2 tahun kan tgh nakal..lasak..Adik tido..dia bantainyer jerit..bising..so aku tension..Adik pulak Fully BF..bila dia jaga..of coz menangis..so kena bfeed dia..penat..jd tanpa aku sedar aku marah n babab kakak..apa lagi melalak kuat la dia..


mlm tu bila dia tido aku nangis sensorg..nyesal atas perbuatan aku td..pd hal sok bufdey dia..huhuhu...


'Farisha walaupon kamu ada adik..biarlah..dua..tiga..berapa byk adik pon..Kamu masih menjadi kesayangan mama..mama kata begitu bukan bermakna mama x sayang adik tapi kakak adalah semangat mama..manakala adik (maybe juga pada bakal adik) adalah jiwa mama..Bila semangat dan jiwa bersatu..mama akan jadi tabah dan itu menjadi kekuatan mama..'

Mama, ayah dan adik sayang akan kamu Farisha..Be a good gurl..jd anak yg soleh dan berakhlak mulia..we love u so much..



23 Ogos 2010

Kenali petunjuk bayi ingin menyusu

Bagus info nie..apa kata kita sama2 share...
Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? Usah khuatir lagi! INTAN JASTINA JAMALUDDIN berjaya mendapatkan pandangan daripada kaunselor laktasi, Nur Farah Farhan.

Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. Langkah ini penting agar membantu anda mengenal dengan lebih baik tanda-tanda komunikasi bayi dan orang di sekelilingnya.

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:


-Bayi bersedia menyusu (feeding cues)

Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur).

-Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala.

-Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
-Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu.

-Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
-Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.


Apa yang perlu dilakukan?

Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.

Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 - 15 kali dan berhenti seketika selama 2 - 5 saat sebelum menyusu semula.


Tanda awal bayi mahu menyusu



Tanda akhir bayi mahu menyusu

Bayi mahu berehat sebentar (withdrawal cues). Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaannya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang mengganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.

Apa yang perlu dilakukan?
Berikan masa pada bayi untuk berehat sebentar. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajak bayi berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Anda harus bertenang dan pelajari dan teliti petunjuk yang bayi berikan.

Bayi mahu bermain (approach cues). Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Sekiranya petunjuk ini tidak dipedulikan, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan.

Apa yang perlu dilakukan?
Letakkan alat mainan berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan bayi kerana waktu ini bukan susu yang dikehendakinya tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, rangsangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan. Menangis adalah salah satu komunikasi bagi bayi menyampaikan mesejnya. Anda jangan khuatir dan panik jika bayi menangis.
Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana melaluinya anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.
~sumber dari Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2010 di pasaran
Mmg betul sumer tips yg pakar laktasi tu beri especially petunjuk bby nk nyusu..so sblm bby nangis baik la amik langkah awal dgn perhati tanda2 yg bby tunjuk sbb bila bby dh nangis amik masa gk la nk pujuk..huhuhuh

:. Kontest .. Aku Punya Bear .:

Best x tajuk contest nie..sure la aku punya bear..klu pegang bantal..tajuknyer aku punya bantal..heheh..So, sapa yg nk join jomm.ada masa lagi nih...

Pembuat acara nie cik noiezan..sila la klik..


- berikan satu nama yang CUTE untuk teddy di atas -

aku nk namakan bear tu SI ROPOL-ROPOL.. sbb baju yg di pakai oleh bear tu beropol2 plak aku tgk..so sweet..(bear pon tau malu tuh..)

- buat entry ringkas kenapa anda mesti MEMILIKI bear tersebut ( ringkas je jgn pjg sgt k )-

Bestnyer klu dapat menambah koleksi bear kat rumah..sejak dh jadi mak budak nie..bear yg ada sumernya doter aku yang punye..maklum ler budak2 kan suke bear..ermm..mak budak pon suke gk la...tp klu dapat bear nie sekurang2nya ia jd hak mutlak aku..(tp klu anak aku nk pon xper..)..lebih2 lagi bufdey Farisha 28 Ogos nanti..Lom lg pikir present apa mama n ayah nk bagi..Farisha sure suke klu dpt bear si ROPOL-ropol nih..sbb dia suke something yg berbulu2..like a bear..Hope si ROPOL-ropol menjadi salah satu adiah bufdey dia yg ke 3 tahun yg bakal mendatang nie..amin

- anda mestilah follower blog ni ( kalau belum tu.. sila2 ler )-

okeh

- tag pada 2 orang kawan anda ( yg ditag tu mesti tahu mereka telah di tag )-



- letakkan banner contest ni di entry anda tu-

tu..yg kat atas tu...hehehhe

- dan jangan lupa letakkan link blog ini di entry tersebut-


baekk.. puan

- then satu lagi paling bagus letakkan juga banner contest ini di sidebar blog anda yer-


jugak ker???

- jgn lupa tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah ye-

Wokeh..jp lagi nk g terjah blog beliau...


TARIKH TUTUP :
31HB OGOS 2010

20 Ogos 2010

Khasiat makanan dalam islam

Sempena bulan yang mulia nie..apa kata kita mulakan sesuatu yang baru..misalnya makan makanan yang di anjurkan dalam islam seperti kat bawah nie...mmg ada di antaranya kita dah biasa makan..tp maybe ada di antara kita juga (termasuk aku) x brp pasti apa khasiat makanan nie..so check it out...


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.




Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.




Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.




Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.





Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.




Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap
demam.





Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.





Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.




Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.




Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.





Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.




Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.




Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.




Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.



Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.



Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.




Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.



Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.



Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau
kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.



Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'




Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.



Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.



Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.



Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).



Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.




Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.



Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk


19 Ogos 2010

myMetro | Mayat ditemui celah plastik

myMetro Mayat ditemui celah plastik

Artikel kat atas tu satu hal..dan yang kat bawah nie berlaku bbrp hari lepas..


Subahanallah..apa nak jadi sekarang nie..dah makin menjadi2 plak kes pembuangan bayi nie..aku rasa tiap2 hari ada je kes..x sanggup aku nak tgk gambar nie..Begitu hinaya baby nie di buang ke dalam lubang yang kotor..



Hukuman pada pembunuh bayi yg tidak berdosa nie mmg layak ke tali gantung...

Giveaway Raya

Haaa..kali nie nk cuba nasib utk dapatkan barangan deko ala2 english style dari blog http://mrsnorhobi.blogspot.com.. First time plak aku baca blog loghat Klate. Best plak..cm klakor pon ada gk..(hihi..jgn mare yer kak..). Loghatnya idak ler pekat sgt dan masih boleh difahami oleh aku..lagi pon abang ipar aku pon org klate..ner tau tempiasnyer tu leh lekat GA nie kat aku..kihkih....Syaratnyer mudah jer..x sama ngan mana2 contest @ GA yg pernah aku join sblm nih..Melalut pjg pon x guna..mintak2 tembak mengena.....ahakksss...


ThiS iS The BanNeR




GA untuk barang deko english style...
Nak join..JoMMM..........




18 Ogos 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

Salam..Alhamdulilah dh seminggu kita berpuasa..bermakna lagi 3 minggu kita di bulan yang mulia ini..sekejap jekan..ku belum lagi bendera merah..x tau bila dia nk muncul sbb dr lahirkan Filzah sampai la skrg lom muncul2 bendera merahku itu..alhamduillah..maybe hormon prolaktin aku masih lagi tinggi di sbbkan masih breastfeed my dother..

Ckp pasal BF, aku berkenan ngan satu GA nie..yg di anjurkan oleh cik Puan Aishah Megahasz yg begitu obses dengan BREASTFEEDING & BABYWEARING..dan sekarang beliau dgn bermurah hatinya menganjurkan GA dan hadiahnya berupa senaskah buku ilmiah yg sgt best..sbb ia dikarang oleh Wardina yg mmg diketahui, ketiga2 anaknya semua fully breastfeed..so aku x nk ketinggalan utk join this GA


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com/





Mudah2an adalah rezekiku untuk menang this GA..insyallah..amin


17 Ogos 2010

Akhirnya...adik dah boleh berjalan..

Begitu la tajuknya..syukur alhamdulilah..akhirnya Filzah dah boleh berjalan dah..walaupun seperti orang x tentu arah...kihkih...at least x perlu la aku dukung seperti kebiasaanya dan kebarangkalian untuk dia didukung pon dah makin kurang..yang pasti raya yang akan datang adik dah dapat kaki..yeyyehhh

Filzah boleh berjalan waktu usianya 1 tahun 1 bulan..masa Farisha dulu boleh berjalan, umur dia 1 tahun 2 bulan..cuma cepat sebulan jer adik dari kakak..dan adik masih lagi menyusu badan..tapi lately aku cam seriau plak nk nyusukan adik sebelum dia tido..coz bila dia dah tido tanpa dia sedar (kot) pasti ni**le aku di gigitnyer...makk aihh...sakit nyer....time tu aku dah mcm x tentu hala nk buat utk dia lepaskan ni**le aku tuh..sbb dia tengah tido..kata org klu nk bagi dia lepas tutup idung dia atau tampar manja mulut dia..tp Dia Tengah Tido..so what can i do...huuhuhhu???


zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)