Halaman

Pengikut

03 September 2010

ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

Lebih kurang cam nama kakak cuma spellnyer jer lain skit. Idea contest nie di wujudkan oleh JuE-aNNa FaUZiE, jom kita meriahkannya...



ConTest Berakhir Pada 08.09.2010 jam 5.32 petang. pembuat acaranya kata masa ni farisyah keluar dari perut beliau.Wahhh..happy becoming bufdey dear..

so ini la picturenya...


Nama: Farisha Qasdina bt Md Fazly
Umur: 3 tahun

Contest saya dan baby oleh cik awynn

Okey...yg nie mudah..mmg byk pic aku ngan baby..klu letak kat sini dh bleh jd album gambo..so x tau nk pilih yg mana..

ThaThE BanNer



pembuat acara adalah Cik Awynn..so jom kita check apa syarat2nya..

Syarat-syarat nya!!


1) anda mesti warganegara Malaysia. n jadi follower blog ni.~of coz..dh jd follower dh..

2) mesti gambar anda dan baby. ~tgh wat pemilihan pic nih..
*pada saya, baby adalah budak yang berumur antara 1hari hingga 4 tahun. so mana2 budak yang berumur dalam kategori itu.. dikira sebagai baby*


3) hanya sekeping gambar aje tau. tak boleh banyak2. nanti pening nak pilih pemenang.
~okey..

4) boleh aje edit2. tapi jangan lah over sangat :) ~nk edit tang mana ntah..x yah la kot..

5) buat satu entri pasal contest ni.. yang simple2 aje dan letak link blog ni ~okeh..

( http://matahati-aween.blogspot.com)


6) letak kan gambar di atas di side bar blog korang.. link back to entry.
~okeh..

7) lepas tu jangan lupa taruk nama, email dan link entri anda pada ruang comment ye.
dan....~dah settle bru comment..

8) tag at least 2 orang. lebih pun boleh~sapa ehh...

****
JuE-aNNa FaUZiE
**** BABY(MAMA AMANA&ARIEF)

baru aku perasan..selama nie aku join contest or GA kebanyakkannya pic kakak..so kali nie aku nk up pic adik plak..ner tau ada 'ong'..kihkih...



Pic nie di ambil semasa majlis kenduri aqiqah adik pada bulan Februari yang lepas semasa usianya 7 bulan..rambutnya mmg kureng..dan sampai skrg pon masih kureng..ntah bila la nk lebat rambut adik nih yer dik...

So..let join this contest....

~Contest Memek Muka Si Manja~

So kali nie nk cuba contest by Ibu Aqil plak..ini blognya..sila la klik utk turut serta..Dunia Contest Ibu/EmIenAqil ~Kembara Sebuah Kehidupan~



Mulanya aku confuse pasal contest nie..setau aku memek muka adalah riak wajah yg spontan..so pepaham je la klu spontan..like candid..tp salah satu rules adalah:

'MEMEK MUKA YG PALING CUTE & SPECIAL di mata anda.. Yg anda rasa boleh buat pihak juri cair giler..'


Nk yg cute plakk...ermmm..so aku putuskan utk pilih memek muka spontan..ikut pemahaman aku..of coz ler x cute..toll x?hehehe....jd aku memilih picture ini...



bath time..kakak pegang botol soap..biasa la bebudak tgh mandi daya imaginasi pon tinggi..kunun botol tu airplane..

Nama: Farisha Qasdina bt Md Fazly
Umur: 3 tahun (pic masa tu umur 1 thn 5 bulan)

Tarikh tutup : 25 SEPTEMBER 2010 (12 am)
lets join...

'Comel Lote Welcome Giveaway'

Dah lama x update n join GA or contest..kali nie nk cuba nasib untuk GA ini plak..



Cute x brooch kat atas tu??..cutekan..sesuai ngan tajuk GA nie..so sesapa yg berminat untuk dapatkan brooch tu..apa tgu lagi..jom klik..ner tau ada rezeki n peluang jadi pemenang bertuah..

'Comel Lote Welcome Giveaway' ini bermula 1 September 2010 hingga 6 September 2010.

Drama bulan puasa..

myMetro | Freddie hilang sokongan

Drama best..tp x dak tajuk..korang baca je la..

"SAYA hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahad lalu kerana diminta ramai ahli Karyawan dan juga hampir semua pemimpin dalam industri hiburan di Malaysia untuk menyelesaikan kemelut dan menghentikan penyelewengan duit Karyawan oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez," kata pengasas Karyawan, Zaienal Abidin Omar.

Zaienal yang juga ahli seumur hidup Karyawan berkata, kehadirannya disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang. Malah, pada hari itu ratusan ahli Karyawan (lebih 400 orang) menyambut kedatangannya dan mengiringinya ke dewan mesyuarat.


"Saya terkejut dan terharu dengan upacara sambutan kedatangan saya kerana tidak menyangka sokongan begitu ramai ahli Karyawan kepada saya. "Apabila saya diarak masuk ke dewan, saya dapati hanya ada lebih kurang 30 orang saja di dalam (mungkin hanya separuh daripadanya adalah penyokong Freddie.


"Saya sayangkan Karyawan yang saya tubuhkan serta saya pimpin sehingga menjadi berpengaruh dan gah. "Itu sebabnya saya mengambil keputusan untuk hadir dan cuba membantu agar Karyawan tidak terus dipergunakan untuk kepentingan individu," katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada media.


Kata Zaienal, dia prihatin dengan permintaan ramai, tetapi apa yang berlaku sejurus selepas itu ialah badan bebas (peguam dari kedua-dua pihak) masuk untuk memulakan mesyuarat. "Freddie dalam keadaan kelam-kabut dan ketakutan, mendesak badan bebas membuat sesuatu supaya mesyuarat itu dibatalkan. Beliau tahu apabila undi tidak percaya diusulkan, pastinya akan mendapat sokongan majoriti dan beliau akan dihalau keluar dari mesyuarat. "Beliau mempertikai ahli Karyawan yang hadir dan membuat kenyataan akhbar bahawa Karyawan ada beribu ahli dari segenap lapisan yang terbabit dalam industri hiburan. Kalau begitu, mustahil beliau dapat mengenal pasti kesahihan setiap seorang ahli kerana Karyawan sendiri tidak mempunyai senarai lengkap dan terkini ahli.


"Beliau sedaya upaya cuba membuat kecoh dan mempertikai dengan menghalau ahli Karyawan yang tidak dikenalinya dengan tujuan untuk menggagalkan mesyuarat. "Bagaimanapun, ahli tidak mahu berganjak dan mahu meneruskan mesyuarat supaya mereka dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Freddie. "Freddie menjadi lebih terdesak dan ketakutan ditambah dengan beberapa ahli yang bangun berucap membelasahnya mengenai sikap buruk dan penyelewengan duit Karyawan.


"Apabila Datuk Aziz Sattar berucap, Freddie berkali-kali mengganggu dengan biadab dengan mengatakan 'orang tua bodoh.' Beberapa orang ahli bangun dan menyuruh Freddie memohon maaf kepada Datuk Aziz, tetapi dengan angkuhnya beliau menengking mereka dengan berkata 'for what.' "Ini menyebabkan ahli hilang pertimbangan. Kekecohan dirancang lebih awal oleh Freddie kerana beliau membuat laporan polis sehari sebelumnya. Beliau mengupah beberapa orang untuk menyekat ahli yang tidak menyokongnya untuk masuk ke dewan supaya ahli marah dan memprotes. Beliau sedar bahawa hanya sekerat dua saja ahli yang masih mempercayainya," katanya.


Tegas Zaienal, oleh kerana hampir semua ahli Karyawan dan pemimpin industri hiburan tanah air menolak Freddie, dia mengambil kesempatan ini untuk menasihatkannya berundur secara terhormat sebelum terlambat demi mengembalikan penyatuan dan memartabatkan industri hiburan Malaysia.


AGM yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang itu diharap menyelesaikan kemelut yang membelenggu Karyawan sejak hampir tiga tahun lalu.


Namun, cerita lain pula berlaku kerana belum pun sempat mesyuarat berjalan, sudah berlaku kekecohan dan tidak puas hati di kalangan pihak tertentu sehingga membawa kepada babak pergaduhan. Freddie dikatakan ditampar manakala Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah dipukul selepas berlaku perang mulut dengan beberapa pihak yang mengaku 'ahli' Karyawan. Bagaimanapun, sehari selepas AGM itu, Freddie menafikan dia ditampar.


Dalam sidang media yang diadakan di pejabat Karyawan, Freddie menjelaskan keadaan sebenar dan mengatakan 'dalang' sebenar yang bertindak memainkan peranan di belakang tabir sudah menunjukkan dirinya. Individu dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah pengasas dan bekas Pengerusi Kehormat Karyawan, Zaienal.

Kata Freddie, AGM itu dibuat secara tertutup untuk ahli, tetapi mereka tetap berkeras untuk masuk dengan tujuan buat kacau. Apabila diminta keluar cara baik, mereka tetap enggan. "Sebenarnya saya dah lama jangka Datuk Aziz Sattar diperalatkan. Ada seseorang di belakangnya kerana perkara ini sudah berlarutan tiga tahun tanpa penyelesaian. Apa yang berlaku menampakkan Zaienal hendak rampas kuasa dan mahu jadi presiden. "Dia buat kenyataan kononnya kalau jadi presiden, akan baik dengan persatuan artis lain sedangkan dulu dia yang memulakan sengketa dengan persatuan lain. Tingkah lakunya dulu sangat mengecewakan. Sekarang dia berbuat baik dengan persatuan lain dan nak bertepuk tangan dengan kejatuhan Karyawan," Freddie dilaporkan berkata.

p/s: ermmmm...mmg sesuai la org2 nie jadi artis..bila baca artikel nih mcm dlm drama pon ada..haii...dunia..dunia....

31 Ogos 2010

krebiozen-think-green-contest

**This is a sticky mode entry, scroll down for a new entry**
Ookehh..contest nie memerlukan seseorang berfikir secara kreatif..i likee...

so..check it out apa yg perlu di buat...

1. jadi follower KREBIOZEN (krebiozen akan follow korang balik )
2. buat entry bertajuk KREBIOZEN THINK GREEN CONTEST (sertakan banner di atas sekali )
3. soalan: apa yang korang nampak dalam gambar kat bawah ni? (gambar A)clue: gambar ilusi

4. hantar jawapan & url entry dengan men"comment" entry ni (krebiozen buat owner appproval, so comment korang takkan dipublish)
5. sertakan url blog dari mane korang dapat tahu about contest ni
Tau masa tgh 'blog walking' di blog dyahaha http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/
Haa...nampak x berapa kreatifnyer si pembuat acara nih..setelah dibelek2 pic kat atas tu ..aku dah pon temui jawapannya..so aku nk terjah blog beliau utk kasi tau jwpannya....
dan hadiahnya..tara...

sepasang pelita decoupage

So..tgu apa lagi...jom la join..

30 Ogos 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

by oh media..

Selamat Hari Jadi Sayang..

Sabtu lepas (28 Ogos) bufdey puteri sulongku, Farisha Qasdina yang ke 3 tahun...Alhamdulilah..dah 3 thun dah anakku itu..Tiada celebrate bagai..almaklum la..bulan pose..sempena menyambut bufdey anakku ini, aku bercadang nk tindik telinga dia..mcm pelikkan..??dlm banyak2 perkara napa la nk bertindik time bufdey dia..aku wat begitu supaya ia akan jadi ingatan kerana bertindik pd tarikh sambutan hari jadi dia..lg pon kakak sgt sukee dan asyik puji anting2 aku..ayat standard dia 'cantekknya mama..' katanyer....aku pon byk kali tanya..'kakak nk cm mama ker..' 'nakk..' dia ckp..so aku makbulkan permintaan anak daraku itu..

So, tengahari sabtu, aku ngan parent g kedai emas utk tindik telinga kakak dan beli skali subangnya..aku pilih yang ada huruf 'F'. Tapi subang tu kena pakai 5 hari selepas bertindik..



Telinga farisha ditanda dgn pen


selesai tembak telinga sebelah kiri..maybe dia terkejut....terus pandang aku..aku wat x tau je n pandang tempat lain..klu pandang muka dia pretty sure dia nangis ..


pas tu telinga sbelah kanan plak..spray dulu kasi kebas..(mama sempat wat peace kat atuk..kihkih)



kali nie sbb dah rasa sakit sbelah kiri tadi..muka dia cebik..Tapi kakak sangat2 baik sbb x nangis pon..good gurl kakak..



So..itu la hadiah mama pada kakak utk tahun ini..kihkih..tgu plak present dari ayah yer kakak...

Balik dari umah parent aku petang tu..hubby aku trus bawak g beli hadiah kakak..aku pon x tau apa menda yg dia nk belikan..cari punya cari dan ini la yg hubby aku pilih utk kakak..




Intellective Computer..pilihan yg bijak..no more bear..yer kakak..hehehhe..


Untuk berlaku adil..ayah belikan juga utk adik handphone..ermm..handphone mainan ler...





Disebabkan terlampau excited dpt komputer..celik je mata dari tido ..perkara pertama yg dia buat..capai komputer...bagus anak mama..sekurang2nya x ler asik kacau adik...dlm masa yg sama 'learning'.



Itu la dia aktiviti hujung minggu selama 3 hari di rumah..Start Jumaat (Nuzul Quran)..dan hari Ahad nk g shopping baju raya..yeaahhhh.....

25 Ogos 2010

ButterflyShop 1st Giveaway

Salam..

Jom join..kali nie ButterflyShop sangat berbesar hati mengadakan giveaway sempena 3 bulan beroperasi di alam maya ni.

that the banner


"Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop"

hadiahnyer adalah....

Pemenang utama akan mendapat Support pillow baby yg berharga rm49.90 (eh kenapa bukan tudung ek...ok...pemenang bole tukarkan hadiah ni dengan 2 helai shawl OR sehelai syria OR sehelai tudung dubai drpd mana2 product ButterflyShop..okla tu kan..so yg belum kawin/lum ade anak pn bole join...)



lets join....

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI RUPANYA BULU BABI

Baru2 nie aku terima email dari member opisku..pasal mendalah nie ler..x tau ler korg memg dah tau ker lom..so aku upkan kat sini utk di kongsi bersama..

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria

JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

p/s: maaf klu pic tu mengganggu emosi kalian..tp aku tgk pon mcm nk muntah..uweekkk....


24 Ogos 2010

My Dear Farisha

Memori bulan Ogos...28 Ogos nnt genap 3 tahun usia anak dara sulungku..Farisha Qasdina..Sekejap je masa berlalu..Segar lagi dalam ingatan aku..saat2 nk melahirkan kakak (gelaran Farisha).. Alhamdulilah.. amat mudah.. walaupun ia pengalaman yang pertama..



Sebenarnya jangkaan due date melahirkan kakak 5 Sept..tp pada tarikh 27 Ogos pd jam 7 pg.. air ketuban aku meleleh..so dgn rasa berdebar dan suspendnya aku laki bini trus bergegas g DEMC utk check..


Tapi doc ckp , laluan blum buka lagi..so kami pon balik la..dan lalui hari sperti biasa..(of coz la MC) keesokkan arinya pada 28 Ogos jam 430 pagi..perutku rasa x berapa sedap..actually mlm tu mmg aku x bleh nk lelapkan mata sbb doc bgtau..bila2 masa je aku blh bersalin..maybe 24hr, 48hr..so beware.. jd mmg hati aku x tenteram je nk tido..aku nk fokus pd keadaan diri aku nih.. so aku terkebil2 je la dalam bilik..atas katil..hubby aku mmg dah berdengkur la...

Nk jd citer, 430pg tu aku sesorg g toilet (wpon aku takot2 berani)..dan kali nie kuar lagi lelehan air yg aku rasa suam2 campur ngan sikit2 darah..kali nie aku yakin..masanyer dah tiba utk bersalin..

Sekali lagi..bergegas g Hospital..tp kali nie dlm keadaan tenang sbb dah ada pgalaman smlm..hihhiii..

Mmg laluan dah buka 2 cm..menjelang 9pg dah buka 8 cm..945pg masuk labour room..time tu debaran makin kencang..x sabar pon yer gk..kul 1021pg aku selamat melahirkan..alhamdulilah..

Baru je abis azab 'meneran'.. doc ckp skrg saya nk jahit yer..adusss..seriau datang lagi...huhuh..sib baik doc pakar..x rasa apa pon..cm kait2 skit jer..


Pic nie usia kakak baru 3 hari..

Ingat lagi masa doc tu bagi kakak kat aku sebaik saje baby kuar..aku cm x dak perasaan je..aku pegang sekejap je Farisha dgn tangan yg terketar2..aku x cam mcmana rupa kakak baru lahir masa tu..aku x cium dia..air mata pon x kuar..maybe masih lagi x percaya dan keletihan menge'push' mengatasi segalanya...

Itu citer 3 tahun dulu..dan farisha telah pon jadi kakak ketika usianya 1 tahun 11 bulan..aku preggy buat kali kedua ketika farisha berumur 1 tahun 2 bulan..



Kakak sibuk kacau adik tgh tido..dia sgt gerammm bila mama pegang adik..kakak dengki n jelouse..

Kakak perhatikan adik di mandi oleh nenek..


masih dalam pantang..

Tahun lepas x dan nk celebrate bufdey kakak sbb aku masih dalam pantang (lom lepas 45 hari lg)..cume ayahnya je yg bawak dia berjalan dan hadiahkan kereta mainan..hadiah tu pon ayahnya belikan 2 minggu awal..


Kakak posing ngan kereta charger mainan barunyer..


Mulanya dia sgt suke hadiah ini..pas tu dia jd takot sbb atuk dia x expert control remote..laju je kereta tu gerak..apa lagi melalak la kakak ketakutan..huhuu..

Sampai la skrg kakak masih takut ngan kereta mainan tu..so sbgai ganti aku belikan basikal plak wpon masa beli tu dia masih lagi x reti mengayuh..


Menjelang mlm 28 Ogos 2009 tu..ntah kenapa hati aku sayu sgt..ye la..budak usia 2 tahun kan tgh nakal..lasak..Adik tido..dia bantainyer jerit..bising..so aku tension..Adik pulak Fully BF..bila dia jaga..of coz menangis..so kena bfeed dia..penat..jd tanpa aku sedar aku marah n babab kakak..apa lagi melalak kuat la dia..


mlm tu bila dia tido aku nangis sensorg..nyesal atas perbuatan aku td..pd hal sok bufdey dia..huhuhu...


'Farisha walaupon kamu ada adik..biarlah..dua..tiga..berapa byk adik pon..Kamu masih menjadi kesayangan mama..mama kata begitu bukan bermakna mama x sayang adik tapi kakak adalah semangat mama..manakala adik (maybe juga pada bakal adik) adalah jiwa mama..Bila semangat dan jiwa bersatu..mama akan jadi tabah dan itu menjadi kekuatan mama..'

Mama, ayah dan adik sayang akan kamu Farisha..Be a good gurl..jd anak yg soleh dan berakhlak mulia..we love u so much..



23 Ogos 2010

Kenali petunjuk bayi ingin menyusu

Bagus info nie..apa kata kita sama2 share...
Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? Usah khuatir lagi! INTAN JASTINA JAMALUDDIN berjaya mendapatkan pandangan daripada kaunselor laktasi, Nur Farah Farhan.

Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. Langkah ini penting agar membantu anda mengenal dengan lebih baik tanda-tanda komunikasi bayi dan orang di sekelilingnya.

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:


-Bayi bersedia menyusu (feeding cues)

Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur).

-Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala.

-Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
-Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu.

-Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
-Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.


Apa yang perlu dilakukan?

Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.

Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 - 15 kali dan berhenti seketika selama 2 - 5 saat sebelum menyusu semula.


Tanda awal bayi mahu menyusu



Tanda akhir bayi mahu menyusu

Bayi mahu berehat sebentar (withdrawal cues). Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaannya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang mengganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.

Apa yang perlu dilakukan?
Berikan masa pada bayi untuk berehat sebentar. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajak bayi berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Anda harus bertenang dan pelajari dan teliti petunjuk yang bayi berikan.

Bayi mahu bermain (approach cues). Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Sekiranya petunjuk ini tidak dipedulikan, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan.

Apa yang perlu dilakukan?
Letakkan alat mainan berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan bayi kerana waktu ini bukan susu yang dikehendakinya tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, rangsangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan. Menangis adalah salah satu komunikasi bagi bayi menyampaikan mesejnya. Anda jangan khuatir dan panik jika bayi menangis.
Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana melaluinya anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.
~sumber dari Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2010 di pasaran
Mmg betul sumer tips yg pakar laktasi tu beri especially petunjuk bby nk nyusu..so sblm bby nangis baik la amik langkah awal dgn perhati tanda2 yg bby tunjuk sbb bila bby dh nangis amik masa gk la nk pujuk..huhuhuh

zwani.com myspace graphic comments

Giveaway Mei 2011 (2nd Winner).

Magnolia Pert GiveAway (Lucky)

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana......... .;-) (saguhati)

"1st GiveAway by PinkUmmi"

"1st GiveAway by PinkUmmi"
Saguhati ke 5

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
Saguhati

CONTEST AKU DAN PAYUNG (3th Winner)

Giveaway | "love to look gorjes!" (4th winner Lulu)

GA - Setulus Ingatan

GA - Setulus Ingatan
Antara 20 Pemenang Bertuah

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 (9th Winner)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)

Kontest Menang Duit Raya (Winner random no.70)
NO70 – 1 Artikel Review bernilai RM40 di blog http://www.bluedianthus.com/

"Ummi Iman 1st Giveaway" (2nd Winner)

CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS? (1st Winner)

korang vote saya, saya kasi hadiah (1st Winner)

Anniversary Giveaway AzatieSayang (Pemenang Bertuah).

"Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !" (Top 10 bloglist)

Contest : Aku Mahu Jadi Ratu (saguhati)

GA My Little Secret - Fisher Price.(3rd Winner)